25 June 2012

Untuk kamu; ya. saudariku..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua...

Sesuatu ini di nukilkan, khas untuk semua saudariku,
Wanita, dan gadis; Yang bergelar Muslimah.

Muslimah;
Tidak hanya untuk seseorang yang berjubah,
Ianya bukan satu gelaran khusus untuk seseorang yang bertudung labuh..
Natijahnya, kita; hamba Allah yang dilahirkan sebagai seorang wanita,
Kitalah Muslimah.


Saudariku,
Mengapa perlu kita terbang jauh dari hakikat?
Mengapa perlu kita mengejar sesuatu yang bukan untuk kita?
Fikirkan,
Dan menungkan,
Juga Renungkan..

Apakah hakikat itu?
Dan apakah sesuatu untuk kita itu?
Ianya; Fitrah.
Fitrah kita; Diciptakan sebagai seorang wanita.
Wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslimah.
Itu adalah hakikat kita.
Itu adalah fitrah.

Saudariku,
Berbalik lah kepada fitrah itu.
Sesungguhnya, tiada lain yang memberikan ketenangan;
Melainkan tenangnya datang dari Allah S.W.T..

Peliharalah, Jagalah, Tutuplah,
Segala apa yang ada pada diri.
Juga hati; juga jiwa; juga perasaan.

Subhanallah, Maha Suci Allah,
Indahnya rasa itu,
Bila kita sematkan kukuhnya pegangan itu.
Bahagianya rasa itu,
Bila jiwa kita tautkan pada syariat dan jalanNya.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah,
Bersyukurlah..
Kerana kita adalah seorang Muslimah,
Syurga sedang menanti;
Dan neraka juga tidak putus mempelawa..

Benar; saudariku..

Hanya sesuatu yang bernama pengalaman;
Yang dapat dikongsikan.
Dengan harapan, agar kita sama2 berjalan;
Membawa identiti sebagai seorang Muslimah..

Kerana ku mahu;
Bahagia itu di kongsi bersama.

Kembalilah,
Peliharalah,
Kerana kita ciptaanNya;
Begitu berharga..

21 June 2012

untukMu Ya Rabbi


Ya Rabb, Tuhanku,
Penciptaku, Pemberi nafasku,
Pengatur segala urusan hidupku,
Pemberi nikmat bahagiaku,
Penawar duka dan kecewaku,
Penjagaku yang hakiki,
Dan pemilik jiwaku..

Andai nanti Kau panggilku untuk bertemuMu,
Suara dari hatiku berkata, Ya Rabbi;
Ambilah aku dalam keadaan aku yang masih menjadi hambaMu,
Pertemukanlah aku ketika mana hatiku merinduiMu
Hilangkanlah aku dari dunia ketika semangatku teguh memegang taliMu,
Tutuplah mataku ketika air mataku jatuh kerana takut padaMu..

Ya Muntaqim..
Sungguh, Kau Maha Penyiksa dan Penghukum;
Yang punya hak membalas setiap perbuatan dosa,
Sungguh, Kau Mutakabbir;
Maha Megah Yang Memiliki kebesaran,
Benar Ya Rabb,
Kau Al Qadir, Yang Maha Berkuasa atas segalanya,
Benar, Ya Allah.
Allahuakbar; Allah Maha Besar.
Hanya Kau Tuhan Yang Satu,
dan hanya padaMu ku hambakan seluruh hidup,
Bertemankan harapan agar nanti bila aku dipanggil;
Sisa-sisa hitam dan hampas hidupku tidak lagi ku bawa;
Dalam perjalanan dan kembara bertemuMu, Ya Wadud.

Ya Latif, Tuhan Yang Maha Lembut,
Titiskanlah kelembutanMu pada qalbuku,
Agar basah tapak qalbu untuk ku semai cinta;
Untuk ku baja kasih dan rindu,
Agar nanti tumbuh dengan kukuh pohon hidup hanya keranaMu..

Ya Muhyi,
Kau Maha Menghidupkan,
Dan kini aku hidup keranaMu,
Ya Mumit,
Tuhan Yang Maha Mematikan,
Ketika ini suaraku merayu agar nanti;
Aku dimatikan dalam pautan dahan cahayaMu..
Agar nanti bertemu ku dengan Nur dariMu,
Dan jauh dari Nar yang sentiasa ada untuk menunggu...


Amin, Ya Rabbal 'alamin...