Terpanggil untuk aku kembali menukilkan sesuatu di ruangan yang jarang ku singgah ini.
Bermonolog di sini, tidak seperti monolog yang biasa. Kerana pendengarnya tiada, namun mungkin ada yang membaca. -Tapi, Yang Maha Mendengar tetap sentiasa ada.
Ketika ini, manusia sedang menanti tibanya Ramadhan. Beberapa hari sebelum tibanya ramadhan ini, diri seperti dibawa oleh mesin masa untuk kembali pada satu ruang; beberapa hari sebelum Ramadhan tahun lalu. Dan tahun sebelumnya.
-Tahun 1433H/2012; dua tahun sebelum tahun ini, sungguh ianya sesuatu untuk aku.
Alhamdulillah. Syukur. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan untuk hambaNya, aku masih bernyawa pada ketika itu. Dan, menanti tibanya ramadhan pada ketika itu, bukan seperti hari-hari yang biasa yang pernah aku lalui. Indahnya rasa ketika itu, amat aku rindu ketika ini. Hari-hari yang Tuhan anugerahkan, penuh dengan kemanisan dan keindahan; menyedarkanku betapa Tuhan itu Ar Rahman. Ramadhan pertama bagiku, di mana hati merasakan indahnya Ramadhan. -Buat pertama kali sepanjang aku bernyawa, aku berasa demikian. Bulan penuh barakah dan keindahan; itulah Ramadhan.
Perginya Ramadhan tahun itu, menghadiahkan ku sesuatu. Berlalunya ramadhan; Tuhan hadirkan sesuatu dalam hati. -Fitrah manusia. Fitrah sebagai hambaNya. Fitrah sebagai seorang wanita. Fitrah di mana hati punya sesuatu rasa, namun ketika itu diri sedang berperang agar tidak lemah dengannya. -Tuhan anugerahkan rasa itu, walau ia tidak terluahkan; namun hanya Tuhan Yang Maha mendengar segala rintihan.
Dia dengar. Dia Maha Mengabulkan. -Dia anugerahkanku untuk bernyawa hingga ramadhan seterusnya.
Tahun 1434H/2013; Alhamdulillah. Tuhan mengizinkan untuk aku terus bernafas di muka bumi ciptaanNya ini. -Ramadhan kali ini; Terkadang aku rasakan cabarannya ketika berada di situ ketika tu. Sedang Ramadhan menjelma, Allah hadirkan ujian untuk aku hambaNya. Allah uji, apakah benar aku benar-benar berharap dan bergantung hanya padaNya? Atau apakah ianya sekadar satu ungkapan semata? -Bermula dengan sesuatu yang Dia hadirkan selepas Ramadhan tahun lepas, sesuatu itu semakin kuat aku rasa menjelang Ramadhan ketika ini. Semakin aku kuat berperang dengan diri sendiri, semakin aku rasakan betapa lemahnya diri aku ini.
"Kenapa kau mesti lemah dan kalah dengan perasaan?" -Persoalan yang sering aku lontarkan untuk aku kembali sedar dari lamunan. "Jika Allah izinkan ia untuk hadir, ia akan hadir juga. Jangan kau hanyut dan terbuai dalam angan-angan" -Kata-kata yang sering aku gunakan untuk aku kembali menampar diri bila hati mula rasa lemah.
Saat tibanya Ramadhan itu, Dia hadirkan ujian untuk aku bergantung hanya padaNya. Saat aku buntu, saat aku tidak tahu arah untuk aku tuju, ketika itu Dia mahu aku hanya bergantung padaNya. -Aku larikan diri dari dunia yang sering aku terjah secara senyap. Aku tahu, terkadang aku hanya buang masa bila berada di dunia itu. "Muka Buku" -Dunia maya yang tidak memberi sedikit pun faedah jika tersalah langkah. Dan aku hanya insan lemah. Aku hanya hambaNya yang sering kalah bila diuji dengan hati dan perasaan. Hingga sampai satu ketika, Allah mahu aku untuk tinggalkan sebentar dunia maya yang sering aku perhatikan.
Sukar. Sungguh ianya sukar -"jauhku untuk mendekat". Aku perlu jauh dari dia, untuk aku terus dekat padaNya. Aku tidak mahu terus condong pada satu perasaan, sedangkan aku tahu untuk istikharah hati perlu tidak condong pada mana-mana keputusan. Walau payah, walau sukar; aku tahu Tuhan tidak pernah membebankan hambaNya lebih dari kemampuan. Tuhan Maha Mengerti apa yang aku rasai, Tuhan Maha Mengetahui apa yang aku alami. Saat aku menjauh darinya seketika, saat itu Tuhan mahu aku untuk terus mendekatiNya. -Agar aku sedar bahawa kebergantungan itu hanya pada Yang Maha Esa, bukan pada sesiapa manusia.
Saat itu hati hanya mampu berbicara padaNya -"Jika dia benar untuk ku dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku damaikanlah hati ku dengan ketentuanMu, dan berikanlah yang terbaik untuknya dan untukku". Walau tanpa aku lafazkan, walau dengan lafaz dan bisikkan, Tuhan tetap tahu apa yang berada dalam hati dan perasaan.
Hingga sampai satu masa, Tuhan hadiahkan ku sesuatu yang tidak pernah aku duga. -Sungguh. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengabulkan doa. Beberapa hari sebelum Ramadhan tahun itu, Dia menjawab segala luahan dan rintihan yang selama ini ku simpan. Hadirnya sesuatu sebagai pembuka jalan, dengan izinNya, jalan itu adalah jalan yang sedang aku dan dia lalui sekarang.
Syukur. Alhamdulillah. -Aku bukan wanita solehah. Aku juga punya kisah jahiliyyah. Namun, Tuhan tetap mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya, Tuhan tetap beri aku jalan yang selama ini aku mahu ianya ada.
Ramadhan ketika itu adalah permulaan perjalanan yang membawa kepada Ramadhan kali ini. Dengan izinNya, moga Ramadhan kali ini dapat aku dan dia lalui, untuk kami terus berjalan menuju ke hari-hari yang seterusnya hingga saat nyawa tiada lagi.
Sungguh indah aturan Yang Maha Kuasa. -Sungguh, Tuhan Maha Mencintai hamba-hambaNya.
Insan yang selama ini aku nafikan hadirnya dalam hati walau ketika itu hati ingin membenarkan, kini dia bersamaku, sebagai anugerah terindah dari Allah Ar Rahman.
Semoga Ramadhan yang bakal tiba kali ini menjadikan aku dan dia hamba yang lebih baik daripada sebelumnya. -Bantulah kami Ya Tuhan. Bantu kami agar bila kami bangun di sana nanti, kami akan kembali dipertemukan....
- By Farah Mn -
from thoughts to words
24 June 2014
17 June 2014
Anugerah
Segala puji hanya bagiMu,
Yang memberikan cahaya ketika gelap,
Yang menghadirkan kekuatan ketika lemah,
Yang memegangku ketika jatuh,
Yang mendengar setiap segala rintih dan keluh.
Saat hati bermujahadah,
Kau hadiahkan sebuah anugerah,
Anugerah terindah,
Sungguh,
Yang terindah.
Moga dengan izinMu,
Anugerah ini akan sentiasa ku pelihara,
Sampai nyawa tiada,
Mohonku padaMu,
Bawa ia sampai syurga..
27 January 2014
Lama-
Lama aku diam;
Sepi, aku tinggalkan.
Dalam keriuhan aku diam,
Dalam kesunyian aku merintih.
Lama-
Aku diamkan.
Lama-
Tiada aku rintihkan.
Dia sentiasa Tahu;
aku tahu,
Dia sentiasa Tahu.
Walau aku diam lama,
Walau aku lama tiada merintih,
Dia sentiasa tahu.
Dan lama;
Aku rindukan,
Semangat kemanisan itu;
yang kini seperti sekian lama,
aku biar dan hilangkan.
Apakah lama lagi aku begini?
Dengarlah, Tuhanku.
Bantulah, Rabb ku.
Aku tidak mahu lama begini,
Hadirkanlah semangat yang manis itu semula,
agar selamanya ada dalam diri.
Agar selamanya,
aku dalam dakap Kasih yang hakiki.
Sepi, aku tinggalkan.
Dalam keriuhan aku diam,
Dalam kesunyian aku merintih.
Lama-
Aku diamkan.
Lama-
Tiada aku rintihkan.
Dia sentiasa Tahu;
aku tahu,
Dia sentiasa Tahu.
Walau aku diam lama,
Walau aku lama tiada merintih,
Dia sentiasa tahu.
Dan lama;
Aku rindukan,
Semangat kemanisan itu;
yang kini seperti sekian lama,
aku biar dan hilangkan.
Apakah lama lagi aku begini?
Dengarlah, Tuhanku.
Bantulah, Rabb ku.
Aku tidak mahu lama begini,
Hadirkanlah semangat yang manis itu semula,
agar selamanya ada dalam diri.
Agar selamanya,
aku dalam dakap Kasih yang hakiki.
11 June 2013
"aku bukan Rabi'ah"
“Ya Allah..” lafaz nama Agung itu keluar dari bibirnya
seiringan dengan butir jernih yang menitis dari mata. Buku “Rabiatul Adawiyah”
yang baru sahaja selesai dibacanya digenggam erat. Matanya terpejam, dan butir
jernih dari matanya terus menitis. Lantas, dia berbicara sendiri
“bagaimana untuk aku menjadi sehabat itu, Ya Rabbi..?
Hebatnya cintanya, dan hebatnya cintaMu..
Suci hatinya tak mungkin untuk ku capai,
Namun berbekalkan seketul hati yang telah dikotori ini,
Aku mohon agar Engkau sucikan..”
Matanya terkatup rapat. Dan ketika itu, satu persatu
bayangan datang mendekat. Dia terbayang wajah seorang hambaNya yang hadir
menjadi satu tanda. Tanda untuk dia lebih mengenal Tuhan, tanda agar dia lebih
mencintai Tuhan. Hadirnya insan itu mengetuk hatinya, dan terkadang dia juga
seperti ketercelaruan. Namun, dengan adaNya Dia di hatinya, ditiupkan padanya
angin ketenangan.
Hadirnya insan itu, tiada dinafikan ianya adalah ketentuan
Tuhan. Dan hadirnya insan itu juga
membuatkan dirinya berfikir sendirian.
“Setiap apa yang Allah hadirkan, ada bahagia dan hikmahnya.
Setiap apa yang Allah tentukan, ada indah yang tak dijangka.
Allah Al Qadir. Ingat.”
Gadis yang bernama Mujahidah itu teringat tentang sesuatu.
Sesuatu tentang hati. Dan Allah sentiasa
menguji hambaNya, tentang hati. Walau dia sering, berkata tentang menjaga hati,
hakikatnya dirinya sendiri juga sedang berada dalam fasa yang sukar untuk
dilalui. Hatinya seperti tidak dijaga sepenuhnya, hatinya seperti terisi dengan
sesuatu yang lain.
“Fitrah. Ia fitrah.” –bisik hatinya.
Namun, di hening malam ini dia merenung sesuatu. Dia
bertekad. Untuk lawan dan berjuang habis-habisan. Dia tidak mahu tewas dengan cinta yang
ditemani nafsu, perasaan dan syaitan.
“Allah Maha Kuasa”. -dia tidak mahu membenarkan hatinya
untuk disentuh sesiapa. Cukuplah, dengan keizinan yang telah diberikannya suatu
ketika.
Namun, aturan dan perancangan Allah itu adalah rahsia. Dia
sendiri tidak menjangka bahawa kini dia masih diuji. Hadir hambaNya, untuk
membawanya ke jalan yang Dia redha. Hadirnya syabab itu, tidak pernah dia duga.
Hatinya pernah keras menafikan, namun kini hatinya seolah mahu membenarkan.
“Siapa yang tidak tersentuh hatinya andai hadir seorang
syabab ingin membawanya ke jalan yang Dia redhai” –bisik hatinya lagi.
Dan bila berada di persimpangan begini, dia perlu semakin
kuat berjuang. “Agama! Lihat agamanya!” hatinya kuat menyatakan.
Dia akui, syabab itu punya agama. Bukan sekadar insan yang
muslim di kad pengenalan, inshaaAllah. Syabab itu punya Islam dan Iman yang
dipertahankan. Sebelum hatinya diketuk
oleh mana-mana hamba Tuhan, dia selalu menginginkan hadirnya khalifah dalam
hidupnya untuk membawanya ke jannah. Khalifah yang akan mengajar dan
mendengarkannya bacaan ayat-ayat suci, khalifah yang akan menjadi pencerita
setia tentang sirah-sirah nabi, khalifah yang akan menariknya semula andai dia
tersasar dari jalan Ilahi. –dan kini hatinya bertanya “apakah syabab ini
khalifah yg dimaksudkan?”
Namun, dia masih belum temu jawapan.
Dia melihat kembali buku Rabiatul Adawiyah itu. Hatinya
menjerit. Ingin punya kekuatan sebegitu. Kehadiran syabab itu menghadirkan
dirinya suatu perasaan takut kehilangan. “Apakah aku mampu menjaga hati ini
hanya untuk Tuhan andai aku mengiyakan keinginan?”
Dia takut. Terkadang hadirnya bicara insan itu walau ianya
tentang ilmu, akan menghanyutkan jiwanya. dia takut untuk mengiyakan namun dia
juga tidak mampu untuk menidakkan.
Saat ini; dia hanya mahu redhaNya. dia hanya mahu tumpukan
jiwanya padaNya. dia mahu membuang segala kecenderungan yang ada dalam
perasaan, dan mengharapkan bantuan sepenuhnya dari Ar Rahman.
Saat ini dia berbisik;
“Aku bukan Rabi’ah. Aku hanya manusia lemah yang ingin
berjalan gagah; yang mencuba sehabis daya untuk terus melangkah. Bukan aku
takutkan masa hadapan, bukan aku tidak impikan sebuah keluarga dan kebahagiaan,
namun aku takut. Andai hijrah itu tidak kerana Tuhan. Fitrah; bila muslimah
mengimpikan si soleh untuk membawanya ke jannah. Namun aku masih takut, andai hijrah itu hanya semata untuk bernikah. bukan
aku takut berusaha, tidak sekali aku menafikan sunnah RasulNya; tapi aku Cuma takut.
Andai usaha itu memudarkan hati untukNya.”
“cukuplah aku katakana ketika ini; di tanganNya ada semua
cerita. Termasuk cerita tentang aku, dan sesiapa sahaja”.
Dan dia tahu, Tuhan sentiasa ada, malah dekat. Lebih dekat
dari urat lehernya.
“Aku bukan Rabi’ah. –namun ingin sekali aku punya kekuatan
sepertinya. Aku Mujahidah. –dan keranaNya, akan aku berjuang sehabis daya.”
-----cerita ini hanya dinukilkan, berilhamkan kehidupan, perasaan, dan pemandangan.
agar kita; kembali fokus pada tujuan dan jalan yang satu. walau apa yang dilakukan, jangan tersasar dari niat Lillahi ta'ala. Hatta pernikahan sekalipun, teguhkan niat. Lillahi ta'ala.------
23 May 2013
Peperangan terhebat
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barokatuh.
Pagi khamis ini, ya, pagi (jam menunjukkan pukul 9 pagi). Sementara menunggu mood kerja datang,
(erk, boleh tunggu kah?), terpanggil untuk bercakap tentang sesuatu.
(Cakap secara santai dan sempoi ya. Pagi2 bukan mood puitis).
Oh ya, berperang? Peperangan? Peperangan yang hebat? --Apakah erti semua ini?
Baiklah.
Anologi mudah diberi. Seorang kanak-kanak yang amat gemar makan aiskrim, tetapi dia tidak boleh makan aiskrim kerana dia demam. Maka, sudah tentulah ianya peperangan yang hebat bagi kanak-kanak itu. Kan?
jadi; apa kaitan aiskrim, dengan tajuk ini? ---Erk. Bukan tentang aiskrim. bukan sama sekali. Tetapi, 'key point' nya sama seperti aiskrim tadi.
Kita telah 'terbiasa' melakukan sesuatu perkara. Kita suka sesuatu perkara; tetapi perkara yang disukai itu akan menyebabkan 'sakitnya' hati dan iman kita. ---Ini peperangan yang terhebat! Seseorang itu perlu berperang dengan kesukaannya, demi untuk mengelakkan sesuatu yang tidak disukai oleh Yang Maha Kuasa.
Contoh mudah; (kesukaa yang dialami oleh si pembebel ini).
Suka apa, ya? benda lagha. apakah ianya? nah! ini!
-Berjalan jalan (window shopping/buang masa)
-Bergaya gaya, berconteng conteng muka (perasan glamour)
-Menonton wayang (Kaki wayang sungguh)
-karaoke (erk.)
-Music! (Irresistable. sungguh. music itu; a part of art. erk!)
-Fast food. Especially kentang McD, dan sundae. (TT___TT)
-suka buat benda bukan bukan yang pelik.
(erk. contohnya; ? --lari dari kolej bila tertekan? Lari?-- berjalan seorang diri mencari ketenangan, kononnya)
Ok. cukuplah contoh setakat itu. hah. nampak tak segala kesukaan ini mendatangkan 'demam' pada hati?
Semua perkara kesukaan itu adalah punca tenatnya hati. : |
Apa yang kita dapat bila 'melayankan' kesukaan itu?
Jalan jalan; kalau sambil berjalan bermuhasabah, tidak mengapa. Sehingga kini kesukaan ini masih ada. Tetapi, dalam 'keadaan' yang berbeza.
Apa yang perlu diperangi adalah berjalan jalan buang masa hingga segala tuntutan agama dibuat sambil lewa. :(
bergaya gaya (bergaya lah sangat. entah apa-apa je sebenarnya kan) / berconteng muka
(bermekap mekapan). Apa yang kita dapat? wahai diri dan juga wanita, tabarruj itukan mengundang banyak 'mata-mata jahat'. Bergaya yang tak kena pada syariat, itukan mendedahkan diri dari menjadi 'tangkapan'. Kita mahu jadi plastik? --dahulu si pembebel ini juga seperti seorang plastik. Namun, Alhamdulillah. Dia telah membuka mata dan jiwa. syukur. Dan hingga kini, masih berperang dengan kesukaan ini.
(syaitan tidak akan berhenti memanggil. Namun hati ini kuat bila mengingatkan Kasih Ilahi.)
"Bukan aku tak boleh bergaya/melawa, nanti dengan suami lah. kan dapat pahala lagi." --kan? Sweet kan Allah. Dia sentiasa nak bagi kita pahala. :)
Menonton wayang; eh. Berdosa kah tengok wayang? Tak boleh kah?
"Tiada hukum mengatakan menonton wayang itu haram. tetapi, bila masuk dalam panggung wayang, kita nampak banyak perkara halal atau haram?" ---boleh jawab soalan ini, kan?
"Bila nampak, kita biarkan, seperti kita merelakan perkara haram itu berlaku." --nanti bila ditanya nanti, apa jawapan kita? Nak jawab apa denganNya bila Dia tanya kenapa kita tidak buat apa-apa sedangkan, kita sedar. tanggungjawab kita "amar ma'ruf nahi mungkar". : |
---Perkara ini merupakan musuh utama! sukarnya mujahadah hanya Dia sahaja tahu. seorang kaki wayang, yang selalu teruja dengan filem2 baru, seperti ditarik2 untuk menontonnya pada hari pertama ia ditayangkan, namun dia tahu. dia ada sesuatu Yang lebih tertinggi, yang lebih Utama; untuk diutamakan. Moga lemahnya hati ini tidak terus meruntuhkan iman. sungguh, ianya peperangan yang terhebat!
karaoke? --dapat apa? dapat buang masa. noktah. Bila terpanggil oleh angin yang menarik-narik ke situ;tampar diri laju laju. "amalan dah banyak sangat sampai masa tu terlebih-lebih untuk dibuang?".
Kena berkasar begitu. baru rasa tertampar. hebatkan peperangan ini?
Music? --tak boleh dengar music kah? tak boleh berhiburan? bukan! bukan! bukan itu maksudnya. peperangan dengan musik ini adalah ketika kita berperang dengan musik yang melalaikan. "melalaikan"?
Cliche bunyinya. Ya. tahukah anda, musik/hiburan adalah pembunuh utama hati? (erk). bila obses dengan musik, akan jadi gila konsert. erk. kelab malam, juga kan? hanyut pula dengan bunyi bunyian hingga lupa Tuhan? hah. itulah yang diperangi! Music; a part of art. ya. saya suka music. cakap je, semua genre boleh terima. Oldies, RnB, hiphop, metal, alternative. TT___TT banyaknyaaaaa favourite band, favourite song. TT__TT . saya suka seni. seni jiwa saya, dan peperangan ini dilancarkan kerana cinta pada Ilahi. tukarlah. jadikan musik dan seni itu; mengingatkan manusia pada Rabbul 'Izzati. Indah begitu kan? ---walaupun hebat mujahadah ini, namun kita perlu terus gagah! ya! gagah!
Fast food? McD? --- Hebat! ini hebat! fast food lain, rasanya tiada masalah. tetapi, McDonald's... Allahurabbi. Sungguh ianya hebat. Pada permulaan peperangan, seperti mahu menampar-nampar wajah sendiri. Namun, Alhamdulillah. walau belum setahun, dah agak lama. Memandang McD dengan pandangan "kau apahal?". Hah. Bila rasa teringin, cepat-cepat tampar diri; "Dah banyak kau tolong bunuh saudara kau sendiri. nak bunuh lagi?" -gulp- pembunuh kah? --terdiam--
Itulah; sedikit contoh tentang peperangan. Perkara akhir itu, tak perlu lah dibebelkan. bila emosi menguasai, kewarasan ditolak tepi. Astaghfirullahal'azim. Buat apa cari bahaya bila tertekan, sedangkan ada bahagia yang sentiasa menenangkan? Bila tertekan, ambil wudhu'. solat. doa. Kan tenang? --sungguh, ia tenang. kan?
Jadi, kesimpulannya?
"teruskan berjuang dan berperang! kemenangan itu walaupun tidak besar, tetapi cukuplah bila kita berjaya meletakkan Yang Tertinggi dalam hati, melebihi semua isi dunia, termasuk manusia." --erk. manusia?
hurm.
fitrah. bila rasa 'suka' sesama manusia. --tapi ingat! kita kan sedang bermujahadah!
"Allah pemilik semua hati. mahu hatinya, minta padaNya". noktah.
(lari dari contoh di atas sebentar).
Maka, selamat berjuang ya. ingat! Allah sentiasa dekat. malah lebih dekat dari urat leher kita!
(Surah Qaaf, 50:16)
Pagi khamis ini, ya, pagi (jam menunjukkan pukul 9 pagi). Sementara menunggu mood kerja datang,
(erk, boleh tunggu kah?), terpanggil untuk bercakap tentang sesuatu.
(Cakap secara santai dan sempoi ya. Pagi2 bukan mood puitis).
Oh ya, berperang? Peperangan? Peperangan yang hebat? --Apakah erti semua ini?
Baiklah.
Anologi mudah diberi. Seorang kanak-kanak yang amat gemar makan aiskrim, tetapi dia tidak boleh makan aiskrim kerana dia demam. Maka, sudah tentulah ianya peperangan yang hebat bagi kanak-kanak itu. Kan?
jadi; apa kaitan aiskrim, dengan tajuk ini? ---Erk. Bukan tentang aiskrim. bukan sama sekali. Tetapi, 'key point' nya sama seperti aiskrim tadi.
Kita telah 'terbiasa' melakukan sesuatu perkara. Kita suka sesuatu perkara; tetapi perkara yang disukai itu akan menyebabkan 'sakitnya' hati dan iman kita. ---Ini peperangan yang terhebat! Seseorang itu perlu berperang dengan kesukaannya, demi untuk mengelakkan sesuatu yang tidak disukai oleh Yang Maha Kuasa.
Contoh mudah; (kesukaa yang dialami oleh si pembebel ini).
Suka apa, ya? benda lagha. apakah ianya? nah! ini!
-Berjalan jalan (window shopping/buang masa)
-Bergaya gaya, berconteng conteng muka (perasan glamour)
-Menonton wayang (Kaki wayang sungguh)
-karaoke (erk.)
-Music! (Irresistable. sungguh. music itu; a part of art. erk!)
-Fast food. Especially kentang McD, dan sundae. (TT___TT)
-suka buat benda bukan bukan yang pelik.
(erk. contohnya; ? --lari dari kolej bila tertekan? Lari?-- berjalan seorang diri mencari ketenangan, kononnya)
Ok. cukuplah contoh setakat itu. hah. nampak tak segala kesukaan ini mendatangkan 'demam' pada hati?
Semua perkara kesukaan itu adalah punca tenatnya hati. : |
Apa yang kita dapat bila 'melayankan' kesukaan itu?
Jalan jalan; kalau sambil berjalan bermuhasabah, tidak mengapa. Sehingga kini kesukaan ini masih ada. Tetapi, dalam 'keadaan' yang berbeza.
Apa yang perlu diperangi adalah berjalan jalan buang masa hingga segala tuntutan agama dibuat sambil lewa. :(
bergaya gaya (bergaya lah sangat. entah apa-apa je sebenarnya kan) / berconteng muka
(bermekap mekapan). Apa yang kita dapat? wahai diri dan juga wanita, tabarruj itukan mengundang banyak 'mata-mata jahat'. Bergaya yang tak kena pada syariat, itukan mendedahkan diri dari menjadi 'tangkapan'. Kita mahu jadi plastik? --dahulu si pembebel ini juga seperti seorang plastik. Namun, Alhamdulillah. Dia telah membuka mata dan jiwa. syukur. Dan hingga kini, masih berperang dengan kesukaan ini.
(syaitan tidak akan berhenti memanggil. Namun hati ini kuat bila mengingatkan Kasih Ilahi.)
"Bukan aku tak boleh bergaya/melawa, nanti dengan suami lah. kan dapat pahala lagi." --kan? Sweet kan Allah. Dia sentiasa nak bagi kita pahala. :)
Menonton wayang; eh. Berdosa kah tengok wayang? Tak boleh kah?
"Tiada hukum mengatakan menonton wayang itu haram. tetapi, bila masuk dalam panggung wayang, kita nampak banyak perkara halal atau haram?" ---boleh jawab soalan ini, kan?
"Bila nampak, kita biarkan, seperti kita merelakan perkara haram itu berlaku." --nanti bila ditanya nanti, apa jawapan kita? Nak jawab apa denganNya bila Dia tanya kenapa kita tidak buat apa-apa sedangkan, kita sedar. tanggungjawab kita "amar ma'ruf nahi mungkar". : |
---Perkara ini merupakan musuh utama! sukarnya mujahadah hanya Dia sahaja tahu. seorang kaki wayang, yang selalu teruja dengan filem2 baru, seperti ditarik2 untuk menontonnya pada hari pertama ia ditayangkan, namun dia tahu. dia ada sesuatu Yang lebih tertinggi, yang lebih Utama; untuk diutamakan. Moga lemahnya hati ini tidak terus meruntuhkan iman. sungguh, ianya peperangan yang terhebat!
karaoke? --dapat apa? dapat buang masa. noktah. Bila terpanggil oleh angin yang menarik-narik ke situ;tampar diri laju laju. "amalan dah banyak sangat sampai masa tu terlebih-lebih untuk dibuang?".
Kena berkasar begitu. baru rasa tertampar. hebatkan peperangan ini?
Music? --tak boleh dengar music kah? tak boleh berhiburan? bukan! bukan! bukan itu maksudnya. peperangan dengan musik ini adalah ketika kita berperang dengan musik yang melalaikan. "melalaikan"?
Cliche bunyinya. Ya. tahukah anda, musik/hiburan adalah pembunuh utama hati? (erk). bila obses dengan musik, akan jadi gila konsert. erk. kelab malam, juga kan? hanyut pula dengan bunyi bunyian hingga lupa Tuhan? hah. itulah yang diperangi! Music; a part of art. ya. saya suka music. cakap je, semua genre boleh terima. Oldies, RnB, hiphop, metal, alternative. TT___TT banyaknyaaaaa favourite band, favourite song. TT__TT . saya suka seni. seni jiwa saya, dan peperangan ini dilancarkan kerana cinta pada Ilahi. tukarlah. jadikan musik dan seni itu; mengingatkan manusia pada Rabbul 'Izzati. Indah begitu kan? ---walaupun hebat mujahadah ini, namun kita perlu terus gagah! ya! gagah!
Fast food? McD? --- Hebat! ini hebat! fast food lain, rasanya tiada masalah. tetapi, McDonald's... Allahurabbi. Sungguh ianya hebat. Pada permulaan peperangan, seperti mahu menampar-nampar wajah sendiri. Namun, Alhamdulillah. walau belum setahun, dah agak lama. Memandang McD dengan pandangan "kau apahal?". Hah. Bila rasa teringin, cepat-cepat tampar diri; "Dah banyak kau tolong bunuh saudara kau sendiri. nak bunuh lagi?" -gulp- pembunuh kah? --terdiam--
Itulah; sedikit contoh tentang peperangan. Perkara akhir itu, tak perlu lah dibebelkan. bila emosi menguasai, kewarasan ditolak tepi. Astaghfirullahal'azim. Buat apa cari bahaya bila tertekan, sedangkan ada bahagia yang sentiasa menenangkan? Bila tertekan, ambil wudhu'. solat. doa. Kan tenang? --sungguh, ia tenang. kan?
Jadi, kesimpulannya?
"teruskan berjuang dan berperang! kemenangan itu walaupun tidak besar, tetapi cukuplah bila kita berjaya meletakkan Yang Tertinggi dalam hati, melebihi semua isi dunia, termasuk manusia." --erk. manusia?
hurm.
fitrah. bila rasa 'suka' sesama manusia. --tapi ingat! kita kan sedang bermujahadah!
"Allah pemilik semua hati. mahu hatinya, minta padaNya". noktah.
(lari dari contoh di atas sebentar).
Maka, selamat berjuang ya. ingat! Allah sentiasa dekat. malah lebih dekat dari urat leher kita!
(Surah Qaaf, 50:16)
21 May 2013
tentang dia,
Nukilan ini, adalah tentang dia.
seorang hambaNya,
dia, wanita
dia, muslimah
dia, seorang mujahidah.
dia, manusia,
dia, insan;
Punya jiwa, punya perasaan.
namanya membawa erti gembira,
dan dia, sentiasa kegirangan.
Cuma ada saat dan ketika,
dia juga lalui hari dalam tangisan.
dia wanita;
sama seperti mereka,
di jiwanya impikan bahagia,
di hatinya inginkan cinta.
dia muslimah;
dambakan kasih agung Yang Tertinggi,
rindukan cinta dari Al 'Ali
mengharapkan rahmat nan indah, dari Ar Rahim.
dia mujahidah;
namun tidak bersenapang.
senjatanya cuma doa,
dan dia impikan kemenangan.
menang itu;
adalah bila dia letakkan Pencipta,
untuk berada dalam hatinya,
di tempat yang tertinggi melebihi dari ciptaanNya.
dia wanita, dia insan;
sering lupa, selalu kelalaian
dalam jasadnya ada hati,
dan dalam hatinya ada jiwa;
di situ tersimpan segala isi tersembunyi,
yang dibawanya bersama sepanjang perjalanan;
tidak terlihat oleh mata yang melihat,
tidak terdengar oleh telinga yang mendengar,
Hanya Tuhan Yang Maha Menyaksikan.
sungguh, tidak mudah menjadi dia.
namun dia tahu, tiada yang mustahil kerana adanya Dia.
ketika ini,
dalam peperangan ini;
dia tahu CintaNya tak akan berhenti,
kasihNya tidak mungkin berganti.
dan kerana itu,
dia masih di sini.
"Tuhanku, peganglah hati ini."
"Tuhanku, jagalah jiwa ini"
"Satukan ia dengan bahagia, andai tidak masanya di sini;
Ku harap, agar satu hari nanti; di sana"
--bicara itu yang tertanam dalam jiwanya.
bila dia hampir melangkah ke arus putus asa.
"hasbiyAllah" -Cukuplah Allah bagiku.
"La hawla wa la quwwata illa billah" -Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.
dan ketika ini,
dia; sedang bermonolog.
19 May 2013
Bila "angin jahiliyyah' datang menyapa.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Alhamdulillah. Lama rasanya tak singgah di blog sendiri. dan kali ini, terpanggil untuk singgah seketika di sini.
Lihat tajuk; apa yang kalian rasa? Apa yang terbayang di fikiran kita semua? kenapa mesti, "bila angin jahiliyyah datang menyapa?" bunyinya seperti menakutkan, tetapi sedar atau tidak semua itu sedang atau pernah kita rasakan. Masing-masing, tentu punya cerita jahiliyyahnya yang tersendiri. Atau, mungkin ada yang tidak ada, wallahua'lam. Tetapi, bagi insan biasa yang berada dalam fasa-fasa kehidupan yang berbeza, tentu ada ceritanya. kan?
Alhamdulillah.
hidayahNya menyapa hati kita, lalu kita bertekad untuk tinggalkan jahiliyyah. Alhamdulillah. Ianya aalah anugerah yang amat indah, kan? Dan, untuk terus kuat berjalan di jalan Allah, sungguh ianya adalah satu mujahadah. Kita semua tahu tentang itu, lebih-lebih lagi sekarang ini kita dihidangkan dengan pelbagai tamparan, dan dugaan. yang sentiasa menguji hamba-hambaNya, yang sentiasa menguji keimanan kita semua. Dan, tanpa disedari jugalah, angin jahiliyyah itu bertiup dan sentiasa bertiup, mencuba sedaya upaya untuk melenakan kita.
lalu, di mana kita? lalu, apa tindak balas kita? Kita mahu terus lena ditup angin jahiliyyah, mahu terus diterbangkan ke lembah jahiliyyah itu semula?
naudzubillahimindzalik.- tentu kita tidak mahu semua itu, kan? Di ibaratkan seperti, kita terselamat dari diserang satu virus, lalu virus itu kembali menyerang manusia; sudah tentu kita tidak mahu diserang sekali lagi bukan? kita tahu, bagaimana "perit dan sakitnya" ketika diserang virus itu, dan kita tentu tidak mahu jatuh sakit lagi.
Sahabatku,
Angin jahiliyyah itu sentiasa bertiup, selagi manusia masih ada di bumi; selagi sangkakala belum ditiupkan, selagi bumi belum digoncangkan, selagi itulah kita akan merasa tiupan-tiupan angin itu. --menakutkan, bukan? Ya, takut; tapi itu realiti.
Imbas kembali, saat kita berada di lembah jahiliyyah, yang dihidangkan dengan pelbagai gambaran indah. Ketika aurat tidak ditutup, ketika pergaulan tidak dijaga, ketika kita sarat dengan keseronokan; semuanya itu kita lihat indah. Namun, hidayahNya jauh lebih indah malah tidak terungkap oleh kata-kata keindahan hidayahNya itu. Di sebalik keseronokan jahiliyyah, sebenarnya hati kita sedang bernanah namun dengan rahmat dan kasih sayangNya, Dia tiupkan angin hidayah itu ke dalam hati kita, dan dengan izinNya; kita diibaratkan seperti telah berpindah, dari satu tempat yang penuh sampah kepada satu tempat yang sangat indah. Kan? ---Ingat kembali saat itu. Ingat kembali bagaimana jahiliyyah menghakis dinding-dinding hati, ingat kembali ketika hati yang terhakis itu sembuh kerana kasih sayang Ilahi.
Bila sering ingat tentang itu; adakah kita masih mahu diterbangkan oleh angin jahiliyyah?
Apa itu angin jahiliyyah, sebenarnya? Angin yang bagaimana?
-terpulang kepada jalan cerita masing-masing. Lain insan, lain jalannya. Contoh mudah.
Seorang wanita; yang ketika berada dalam lembah jahiliyyah tidak menutup aurat, tidak menjaga batas pergaulan, mudah mencintai dan dicintai lelaki, bangga dengan kecantikan diri, ataupun terlalu menjadi hamba cinta kepada sang lelaki. --segala ini adalah contoh jahiliyyah yang mudah untuk seorang wanita. Sedarkah kita, terkadang angin jahiliyyah ini datang menyapa tatkala kita sedang bermujahadah dijalanNya?
Ada ketika, kita melihat seorang wanita yang menjadi cermin kepada diri kita ketika jahiliyyah. --Apa yang kita fikirkan ketika itu? Andai angin jahiliyyah tidak bertiup ketika itu, kita akan berasa amat bersyukur. kerana kita bukan seperti itu. namun,andai angin jahiliyyah datang menyapa, mungkin kita akan terdetik sedikit untuk tampil 'cantik' sepertinya. tidaklah sehingga mahu mendedahkan aurat, namun mungkin ada terdetik sedikit untuk bertabarruj, contohnya. --tidakkah itu kesan dari angin jahiliyyah yang bertiup pada kita? lalu, bagaimana untuk kita selamatkan diri dari terus ditiup angin itu? Secara peribadinya, cukuplah kita katakan pada diri;
"Di syurga nanti tidak ada wanita yang tidak cantik."
"Aku juga boleh begini, tetapi hanya di depan suami"
"Bila begitu hanya depan suami, Allah bagi pahala. tapi, kalau untuk tatapan umum, kita dapat dosa"
--Hati akan tersenyum bila fikirkan tentang itu. Kan? :)
contoh lain; jahiliyyah yang remeh tetapi ramai yang tidak sedar. Bila hati disentuh oleh satu perasaan yang bernama 'cinta'. --ya. Cinta itu; fitrah. Bila hati mula rasakan sesuatu kepada seseorang, hebatnya mujahadah itu hanya Allah yang tahu. Dan ketika itu juga, angin jahiliyyah akan datang bertiup dari segala penjuru.
"Aku suka dia" --lalu apa yang kita akan kata? Andai dibiarkan hati itu diterbangkan oleh jahiliyyah, tanpa sedar kita akan menuruti segala bisikan hati yang Dia tidak redhai. Kita akan cuba 'mendampingi' seseorang itu, tanpa kita sedar. "berdamping" tidak hanya terhad kepada di alam realiti, tetapi juga di alam maya. Ya.
tanpa sedar, kita akan selalu membiarkan diri untuk berbual perkara yang tidak penting, dan akhirnya; di mana kekuatan hati untuk mencintai Ilahi? :(
Lihat. dalam kekuatan iman yang kita sedang juangkan, angin jahiliyyah tidak pernah berhenti untuk mematahkan. Apa kita lupa dengan kewujudan syaitan? Apa kita lupa dengan nafsu yang perlu kita lawan?
Bila kita terlupa tentang ini, maka mudahlah hati untuk diterbangkan.
Sudah.
jangan benarkan diri dan hati untuk diterbangkan lagi! Ayuh, kita perangi jahiliyyah habis-habisan! Biar kita mati, kerana berlawan. jangan mati, kerana 'kekenyangan'.
JanjiNya itu kan indah. Jangan juga putus asa. Angin jahiliyyah yang bertiup itu juga adalah satu ujian. Dan kita harus ingat;
Surah Al 'Ankabuut, ayat 2.
"Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Lalu, apa tindak balas hati bila angin jahiliyyah bertiup pada diri?
--Kita punya jawapan.
Yakin. PadaNya.
jangan putus asa, padaNya.
Bersangka baik, padaNya.
Jangan berhenti bertaubat, padaNya.
jangan tinggalkan Al Quran begitu jauh dari hati.
jangan. jangan. dan jangan.
Dan yang terutama;
Jangan Tinggal SUJUD padaNya.
jangan LUPA padaNya.
Dia sentiasa dekat. kan? Kita tahu. dan kita rasa, 'dekat' itu.
yakinlah, sahabatku. Yakinlah.
Ini juga pesana buat diri, yang sering sahaja ditiup angin jahiliyyah. namun, kita semua tentu mahu cintaNya yang abadi, dan bahagiaNya yang hakiki. kan?
Ayuh. Kita tiupkan angin keindahan. Kita perangin habis-habisan.
Biidznillah.
26 April 2013
Dunia dan Isinya
Dunia dan isinya;
tidak akan berhenti menggenggam manusia,
dan manusia terus diikiat dengan ikatan yang kononnya membawa bahagia,
hingga jiwa itu mati dan hancur,
dimamah ikatan si durjana,
yang hanya ketawa melihat manusia tunduk padanya.
Dunia dan isinya;
juga tidak akan pernah berhenti untuk menenggelamkan manusia,
agar manusia itu lemas dan tidak bernafas,
perit bergelut dengan pusaran laut kemusnahan;
hingga jasad itu hanya wujud pada pandangan;
namun hati kosong, kontang tidak disirami iman.
dan sekarang,
dunia dan isinya masih bertapak kukuh dalam jiwa,
menanti kehancuran?
dan sekarang,
dunia dan isinya masih terpaku di hati,
menunggu kemusnahan?
dengarlah wahai jiwa,
andai dunia dan isinya tiada virus hitam yang meracuni penghuninya,
maka mudahlah jalan solehah,
maka tawarlah nikmat manis sebuah mujahadah,
akan kenalkah kita erti susah dan payah?
dengarlah wahai jiwa,
suatu hari nanti segalanya pasti,
di suatu tempat yang tiada dalam bayangan,
sama ada manusia;
dicampakkan jatuh di pintu Jahannam
atau disambut bahagia di pintu Jannah.
-lalu tanyakan wahai jiwa,
pintu mana yang kau dambakan?
aku; jiwa dan manusia.
14 March 2013
Sebelum aku jumpa
Sebelum aku jumpa;
aku nampak dunia seperti satu tempat istirehat.
bila mana penghuninya penat,
lantas masing-masing ambil tempat,
Berehat, meredakan penat.
Kebanyakan mereka, juga aku;
Turut berkejar,
Berpusu-pusu berlarian, ke mana? -entah.
Bertempiaran, bertempikan;
Tapi masih di sini juga
hadir suatu masa, aku jumpa- "Ini! Di sini!"
"Tali!"
Terdiam.
Tertampar, ditampar.
Baru kini aku jumpa.
sebelum aku jumpa;
Tiada pernah aku fikir, mengapa Tuhan mahu aku berfikir
mengapa?
kerna aku kikir.
-kikir masa dan jiwa untuk aku hadiahkan pada Tuhan.
Refleksi-
"Apa kau mahu pegang tali itu ketika kau getir semata?"
sungguh kejam. andai kau lakukan demikian.
Dia campakkan di sini, agar kau pegang untuk ke sana.
Jangan kau campakkan entah ke mana,
sedang kau di sini masih belum pasti mana arahnya.
aku nampak dunia seperti satu tempat istirehat.
bila mana penghuninya penat,
lantas masing-masing ambil tempat,
Berehat, meredakan penat.
Kebanyakan mereka, juga aku;
Turut berkejar,
Berpusu-pusu berlarian, ke mana? -entah.
Bertempiaran, bertempikan;
Tapi masih di sini juga
hadir suatu masa, aku jumpa- "Ini! Di sini!"
"Tali!"
Terdiam.
Tertampar, ditampar.
Baru kini aku jumpa.
sebelum aku jumpa;
Tiada pernah aku fikir, mengapa Tuhan mahu aku berfikir
mengapa?
kerna aku kikir.
-kikir masa dan jiwa untuk aku hadiahkan pada Tuhan.
Refleksi-
"Apa kau mahu pegang tali itu ketika kau getir semata?"
sungguh kejam. andai kau lakukan demikian.
Dia campakkan di sini, agar kau pegang untuk ke sana.
Jangan kau campakkan entah ke mana,
sedang kau di sini masih belum pasti mana arahnya.
11 November 2012
Hijrah-Teruskan melangkah
Lama aku terperangkap dalam ramai
Berpaut pada tangan,
Namun masih terkapai-kapai
Hingga segala kuatku jadi ranap
Terus, hilangnya kuat berganti longlai
Cukup lama, aku bebas dalam kurungan
Kurungan yang tak siapa nampak, tak siapa perasan
Mata itu melihat ianya sebagai satu kebebasan
Natijahnya,
Bebas itu makin memeritkan
Dan sesuatu makin hilang, menjadi tawanan.
Tiba satu detik, aku lihat segenap ruang
Dari ruang itu ada terbentang jalan
Dan dalam tenunganku, ia sungguh lengang
Dalam renunganku, ku lihat ia sungguh tenang
Lantas, aku dibawa pergi untuk terbang.
Setibanya di situ, bicara bongkak ku jadi kelu
Yang dilafazkan hanya kalimah yang satu
"Allahu... Allahuakbar.."
Sungguh,
Walau tidak nampak tangan yang dipaut
Genggam erat pautan itu, terus kutaut
Hanya itu satu tautan,
Hanya itu satu genggaman,
Hanya itu satu kebergantungan;
Yang memisahkanku dari terperangkap kembali sebagai tawanan
Dan dalam genggaman itu,
Aku diterbangkan oleh angin renungan;
Untukku berfikir, tentang sebuah kurungan
Di mana aku terkurung? Mengapa aku dikurung?
Ternyata, jawapan itu bukan satu kata yang kosong.
Di dunia inilah, aku jadi tawanan
Kerana hati inilah, punca aku ditawan.
Setelah jawapan itu aku jumpa,
Aku terbang kembali ke alam nyata,
Melihat KeagunganNya, merasai kekuasaanNya.
Lantas bicara syukur padaNya pun bersuara; "Alhamdulillah.."
"Hijrah!"-Perpindahan ini sungguh indah,
Dari gelap bertemu cerah,
Pimpinlah daku, bukakan pintuMu Ya Fattah
Aku ingin terus melangkah.
08 August 2012
Doa Mustajab
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera sahabat semua. :) Baiklah. Di sini, saya ingin berkongsi sesuatu berdasarkan apa yang dibaca. (Hope tak plagirise. Huhu)
Berbicara tentang doa, kita semua tahu apa itu doa. Doa adalah bentuk komunikasi kita dengan Pencipta kita, Allah SWT. Sebagai hambaNya, adalah menjadi satu keperluan bagi kita untuk berdoa kerana doa adalah permohonan yang dipanjatkan daripada kita kepada Allah Yang Maha Tinggi. Doa terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Berbentuk mentauhidkan Allah disamping memuji-Nya.
2. Memohon daripada Allah keampunan, rahmatNya, dan untuk mendekatkan diri kepadaNya.
3. Memohon kepada Allah SWT untuk keperluan dunia seperti meminta harta, ketenangan, dan sebagainya.
Mengapa kita berdoa? kerana tiada daya dan upaya kita untuk melakukan apa-apa tanpa izin dan kuasaNya. Apakah kita mampu untuk berjaya jika Allah tidak mengizinkannya? Sudah tentu tidak. Maka, kita berdoa agar dikurniakan kejayaan setelah sesuatu itu kita usahakan. Tapi, harus diingat! Doa harus disertai dengan usaha! Doa tanpa usaha adalah sesuatu yang sia2. Sama-sama kita ingat ya.
Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang yang berdoa, tatkala berdoa kepadaKu, justeru sahutlah seruanKu.
Subhanallah.. Sesungguhnya Allah dekat dengan kita.. Yang jauh, hanya kita. Kan? :(
Baiklah, berdasarkan apa yang dikongsi oleh Ustaz Zahazan dalam buku kecil yang bertajuk "Andainya engkau tahu", terdapat beberapa petua doa makbul. Petua-petuanya ialah:
1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah SWT.
2. Memulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW.
3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.
4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati, dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah SWT.
5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri; sabar; penuh pengharapan; dan mengangkat kedua tangan.
6. Sentiasa berdoa; sama ada susah atau senang
7. Tidak berdoa tentang keburukan; tidak mendoakan keburukan orang lain.
8. Tidak berdoa di tempat maksiat.
9. Merendahkan suara
10. Berdoa dengan mengulangi "Ya Rabb" sebanyak 3 kali.
11. Menghadap ke arah kiblat.
12. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
13. Bertaubat kepada Allah SWT sebelum memohon hajat.
14. Tidak bersajak dalam doa; menggunakan ayat yang ringkas tetapi penuh bermakna
15. Menyeru Allah dengan nama-namaNya yang mulia.
16. Makan dan minum dari sumber yang halal.
17. Melakukan usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
18. Berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
19. Menghimpunkan anak jari kesemuanya kecuali ibu jari
20. Mengaminkan doa dan menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
Subhanallah.. Ternyata, sebelum ini saya sendiri tidak tahu akan petua-petua ini. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk kita tahu, dan semoga kita dapat mengamalkan. insyaAllah. :)
Seterusnya, saya ingin berkongsi tentang Doa Mustajab. Doa Mustajab yang dimaksudkan di sini ialah doa yang Allah SWT memberikan kelebihan berdasarkan kepada beberapa situasi. Antara doa mustajab yang dapat saya kongsikan di sini ialah:
1. Mendoakan saudara Muslimnya tanpa diketahuinya.
- Diriwayatkan daripada Abu Darda' r.a, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud;
Apabila seorag muslim mendoakan saudaranya tanpa diketahuinya, Malaikat akan berkata "Bagimu juga seperti yang engkau doakan" (Riwayat Muslim)
-Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan dan sifat pemurah dalam diri seorang Muslim, kerana Allah itu Maha Pemurah. Jadi, jika seseorang muslim mendoakan kebaikan kepada saudara muslim yang lain, kita juga akan peroleh ganjaran daripada doa itu. Subhanallah.. Allah Ar Rahman.. Maha Pemurah.. Betapa indah cintaNya pada kita.. Semoga kita sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara-saudara Muslim yang lain, mudah-mudahan kita peroleh kesejahteraan. InsyaAllah.
2. Doa orang yang dizalimi.
-Rasulullah SAW telah bersabda kepada Mu'az ketika menghantarnya ke Yaman:
Maksudnya; Berwaspadalah dengan doa orang yang dizalimi kerana tiada pendinding antaranya dengan Allah. (Riwayat Al Bukhari)
-Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari sifat lemah, dan sifat kuat. Dan kita lihat sekarang, banyak penindasan berlaku keatas golongan yang lemah. Banyak kezalima berlaku keatas mereka. tetapi sesungguhnya, Allah amat menjaga hambaNya. Allah Al Wali, Maha Pelindung, Al Hafiz, Maha Penjaga. Jika kita dizalimi mereka yang kuat, berdoalah. Kerana Allah sentiasa dekat dengan kita, insyaAllah, Allah makbulkan doa kita. :')
3. Doa ibu bapa kepada anak-anak.
-Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tiga doa yang mustajab; tiada keraguan lagi; Doa ibu bapa kepada anaknya..
(Riwayat Ath Tabhrani)
-Kedudukan ibu bapa amat tinggi di sisi Allah kerana mereka telah diberikan amanah utk mejaga anak-anak yang akan menjadi tonggak dalam memakmurkan dunia dengan akhlak islam yang mulia. Jadi sahabat semua, doa ibu bapa kita merupakan antara doa yang mustajab.. Sama-sama kita jaga mereka, jaga hati mereka, dan sayangi mereka sebagaimana mereka menjaga dan menyayangi kita.. Syurga anak di bawah telapak kaki ibu. ingat tu! :')
4. Doa orang yang bermusafir.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tiga doa yang mustajab; tiada keraguan lagi; Doa ibu bapa, doa orang yang bermusafir.
(Riwayat Abu Daud)
-Allah sentiasa menjaga hambaNya. :') Tidak kira bila dan di mana, dan doa hambaNya yang sedang bermusafir juga merupakan antara doa mustajab. Subhanallah, betapa indah cintaMu dan kasihMy kepada kami Ya Ilahi.. :') Allah amat sayangkan kita. Kan? Sama-sama kita gunakan peluang semasa bermusafir itu untuk berdoa, insyaAllah, doa kita diperkenankan olehNya. insyaAllah.
5. Doa orang yang berpuasa.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tiga doa yang mustajab; doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
(Riwayat Ath Tabhrani)
-Puasa merupakan amalan yang disukai Allah da Rasulullah. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, kita telah sedia maklum bahawa banyak ganjaran pahala yang kita boleh perolehi melalui puasa-puasa sunat yang lain. Subhanallah, selain dari mendapat ganjaran pahala berpuasa, Allah juga telah menghadiahkan bonus kepada kita iaitu doa yang mustajab. :') Allah Ar Rahman..
6. Doa anak yang soleh.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. (Riwayat At Tirmizi)
-Selagi kita punya nyawa, selagi itulah kita sebagai hambaNya berusaha mencari redhaNya dan mengumpul pahala sebanyak yang boleh sebagai bekalan untuk kita di sana nanti. Namun, bila Allah telah menjemput kita, tiada apa yang dapat kita lakukan lagi. InsyaAllah,sama-sama kita berdoa, agar kita dikurniakan anak yang soleh, bagi mendoakan kita apabila kita telah berada di sana nanti. Aamiin Ya Rabb..
7. Doa Orang yang khatam Al Quran.
Abdullah bi Mas'ud berkata:
Sesiapa yang khatam bacaa Al Quran maka baginya doa yang mustajab.
(Fadhail Al Quran oleh Qasim bin Salam)
-Imam An Nawawi dan Imam Ahmad mengatakan, berdoa selepas khatam membaca seluruh Al Quran amat digalakkan. Oleh kerana kedudukan doa yang tinggi, maka disunatkan berdoa untuk kesejahteraan diri, sesama Muslim, dan sebagainya.
Baiklah sahabat semua, itu di antara apa yang dapat dikogsi bersama tentang doa yang mustajab. Saya kongsi berdasarkan apa yang saya baca dalam buku kecil "Andainya engkau tahu" susunan Ustaz Zahazan dan Almy Asenar. Sebenarnya, ada lagi penerangan dan ilmu2 yang amat berguna untuk kita terdapat dalam buku tersebut.
Di bawah merupakan gambar buku tersebut. So, boleh lah beli ya. ^^ Murah dan kecil. Ringkas, macam nota ringkas SPM. hehe,
Jadi, setakat ini dahulu perkongsian yang dapat dikongsi bersama. Sebelum ini mungkin kita tidak sedar dan mensia-siakan keadaan2 di atas. Diharap, dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu sesama kita. insyaAllah. :) Semoga kita sentiasa terus istiqamah dalam melakukan sesuatu amal dan kebaikan, semoga kita terus berdoa tanpa putus asa, kerana doa itu senjata orang mukmin. Doa itu penghubung kita dengan Al Khaliq, doa itu kunci segalanya. Tanpa doa, usaha kita hanyalah sia-sia. Tanpa doa, mungkin kita akan semakin jauh dan jauh dariNya. InsyaAllah, semoga kita terus berdoa, dan berdoa, moga Allah redha akan perjuangan kita, moga Allah sentiasa merahmati da memberkati kehidupan kita.
Aamiin Ya Rabb..
Jumpa lagi dalam entry yang seterusnya, wassalam. :)
04 August 2012
Puisi buat hambaNya
Saat jemari menukilkan kata,
Menuruti ilham yang ingin berbicara;
Buat hambaNya; yang tiada ta'rufnya
Buat insan; yang masih belum kutemu namanya
Saat ini tidaklah aku tahu,
Siapa hambaNya yang sedang aku tumpu;
Namun izinkan aku untuk terus berpuisi,
Walau mata tidak nampak siapa hambaNya itu,
Walau hati tidak pernah tahu; untuk siapa puisi dituju
Dengarkanlah,
Kata bicara dariku;
Yang juga seorang hambaNya sepertimu
Puisi ini tentang kasih, tentang jiwa,
Tentang kurniaanNya yang hadir sebagai cinta,
Dan itu; adalah sebagai satu fitrah
Kerana tiada upaya untuk aku menolak satu anugerah,
hambaNya ini;
Tidak sekuat Siti Khadijah,
Yang dikurniakan Ilahi, cinta untuk melamar kasih Muhammad
Tidak semulia Fatimah,
Yang akhirnya ditemukan Ali; yang selama ini hadir dalam perasaan
hambaNya ini;
Bukan seorang ustazah,
Yang mengimpikan lafaz akad dari sang ustaz
Bukan si solehah,
Yang mendambakan kasih cinta si soleh
Bukan si Qariah,
Yang kepingin mendengar alunan ayat cintaNya dari seorang Qari
Namun hakikat yang nyata,
Yang amat ku pasti;
aku adalah seorang hambaNya,
Yang sedang berjuang dalam pencarian nurNya,
Yang sedang ketakutan, untuk dihadapkan bersama narNya
aku adalah hambaNya,
Yang masih mencari segenap cahaya,
Buat menemani kembara menuju syurgaNya,
dan aku adalah hambaNya,
Yang hanya mampu berpegang pada sebuah pengharapan,
Agar nanti bertemu;
hambaNya yang turut sama bersamaku dalam perjuangan,
yang akan setia bersamaNya dalam pencarian cahaya kebahagiaan
dan, aku hanyalah seorang hambaNya;
yang merindu kasih dan cinta dari Tuhan.
02 August 2012
Miftahul Jannah
Miftahul Jannah. Hanya seorang gadis normal yang punya sebuah kehidupan normal. Dilihat pada rupa parasnya, dia hanyalah seorang gadis yang sederhana, tidak berat wajahnya dengan alat solek, tidak sarat tubuh badannya dengan perhiasan. Biarpun dunia sedang sibuk berbangga dengan kejelitaan dan keanggunan, dia bahagia begitu. "Segala puji bagi Allah yang telah membaikan kejadianku lalu membaguskannya dan memuliakan rupa muka ku lalu mengindahkanya dan menjadikan ku daripada sebahagian umat Islam". -Suara hatinya berbisik perlahan tatkala dia melihat dirinya di hadapan cermin.
Jannah merenung jauh ke dalam cermin. namun renungannya bukan tertumpu pada rupa paras dan tubuh badan kurniaanNya. Bertemankan alunan zikir yang kedengaran di komputer,
Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim... Suara alunan istighfar menemani Jannah bersama dirinya yang dilihat di dalam cermin.
Dan, renungan Jannah semakin meresap jauh ke dalam. Renungannya seakan kembali ke suatu masa yang lalu; Suatu masa yang telah Allah hadiahkan dan kini ia telah menjadi sejarah. Di dalam cermin itu, Jannah melihat bayangan seorang gadis yang berbeza. Amat berbeza dengan apa yang dilihatnya dalam cermin secara realiti, kerana kini Jannah melihat dalam bayangan hati. Dilihatnya seorang gadis tanpa hijab, coklat dan kerinting rambutnya, mata di lukis tebal dan wajah kelihatan sarat dengan warna. Dilihatnya juga; seorang gadis yang bangga menampakkan susuk badannya; cantik dengan sepatu tingginya. Gadis itu cantik. Cukup cantik, kerana dia mahu dunia untuk melihatnya cantik.
Renungan jannah terus berjalan jauh ke dalam. Seorang gadis yang cantik itu dilihatnya sedang keluar melihat dunia, dan sedang keluar untuk dilihat oleh dunia. Bertemankan seorang pemuda yang tinggi dan manis rupa parasnya, berpimpinan tangan bersama dan semakin dilihat dunia. Jannah melihat gadis itu memegang erat tangan si pemuda; kerana takut andai terlepas pegangan dan terlepas pemuda itu dari kehidupanya. Renungan Jannah semakin tegar memerhati setiap yang dilihatnya; sekali lagi Jannah melihat betapa gadis itu tidak mahu dunia menyisihnya, dan tidak mahu si pemuda itu untuk menjauhinya. Renungan Jannah terus melihat gadis itu bersama dunianya, dan dia terus melihat gadis itu mengatur satu persatu jalan yang semakin jauh dari fitrahnya.
Jannah terus merenung, dan hatinya terus dibawa jauh kedalam renungan.
Dan kini, renungan Jannah tertumpu pada satu penjuru. Di penjuru itu, dilihatnya gadis yang sama. Terdiam rebah dan terduduk dengan tangisan hiba. Gadis yang cantik itu seolah bertukar wajah. Pucat wajahnya, kusut masai rambutnya; matanya penuh takungan dan pipinya berderai linangan. "Dia tak mahu aku! Kenapa dia tak mahu aku?!" -Rontaan gadis itu samakin menangkap renungan Jannah. "Aku bukan aku yang dulu! Aku bukan aku yang dulu!" -Tangisan gadis itu semakin bergema ke dalam renungan Jannah. Jannah terus merenung dan gadis itu terus ditenung. tanpa disedari, renungan Jannah turut bertemankan takungan yang akhirnya turun menjadi satu linangan. Kini hatinya seolah-olah dapat merasakan sesuatu; sesuatu yang sama dirasa oleh gadis itu. -Satu kepedihan. Kepedihan yang datang dalam kehidupan yang dipenuhi dengan kemungkaran. Kepedihan yang datang memberi satu tamparan; bahawa ia adalah satu kehidupan yang jauh dari fitrahNya. Kepedihan yang sedang memberitahu bahawa jalannya itu telah jauh dari jalanNya.
dan Jannah, terus merenung. Memerhati setiap satu yang muncul dalam bayangannya.
Secara tiba-tiba; renungan Jannah terus dibawa ke satu penjuru yang lain. Dilihatnya juga gadis yang sama, tetapi dalam kondisi yang berbeza. Ketika ini, renungan Jannah dengan perlahan memerhatikan gadis itu bersama telekung putihnya. masih ada takungan di mata, masih ada linangan di wajahnya. Namun kini; gadis itu tidak terkulai di penjuru, tetapi dahinya sedang mencium bumi. Bertemankan tangisan, renungan Jannah terdengar suara rayuan
"Ya Allah Ya Rabb.. Ya Rahman Ya Rahim.. Ya Ghaffar Ya Tawwab... hambaMu kini tersungkur di hadapanMu Ya Kabir.. hambaMu hilang kekuatan dan upaya Ya Matin.. hambaMu kini terkulai jatuh membawa segunung dosa Ya Muntaqim.. terimalah seluruh hidup hambaMu ini Ya Khaliq.. terimalah diri hambaMu ini Ya Malik.. ampunilah segala dosaku.. ampunilah dosaku.. ampunilah dosaku.. sesungguhnya saat ini aku serahkan segalanya padaMu Ya Mutakabbir..."
"Hatiku telah lama ku serahkan kepada manusia... Jiwaku telah lama ku serahkan kepada dunia... dan pada ketika ini Ya Tuhan... hambaMu ini memohon sepenuh keampunan, sepenuh pengharapan... agar diriku ini diterima di sisiMu.. Ya Ilahi... Terimalah hambaMu... ya Rabbi..."
Renungan Jannah terus asyik merenung suara rayuan itu. Dan secara tiba-tiba, suara rayuan itu hilang dan kini renungannya beralih arah. Di suatu sudut, dilihatnya gadis yang sama itu; sedang membuka sebuah almari. Di ambilnya senaskah Al Quran yang telah lama ditinggalnya. -Cukup lama. Terlalu lama; Lebih sepuluh tahun lamanya. Dengan linangan air mata, gadis itu membelek helaian pertama.
"Bismillahirrahmanirrahim..." Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. "Alhamdulillahirabbil 'alamin"... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.. "Arrahmanirrahim"... Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
"Malikiyaumiddin".. Pemilik hari pembalasan..
"Iyyakana'budu wa iyyakanasstai'n"... Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
"Ihdinassiratolmustaqim.." Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..."Siratollazi na an'am ta'alaihim, ghairil maghdhu bi 'alaihim wa laddhollin..." Iaitu jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat..
Aamiin..
Air mata Jannah terus menemani renunganya. Dan, renungan Jannah seakan terhenti di situ. dengan perlahan, renungannya kembali menuju realiti; di mana dia sedang melihat dirinya di cermin. Di mana dia sedang melihat jasadnya sedang berdiri di bumi. Namun, air yang sedang bertakung di matanya masih penuh dan Jannah mengatur langkah untuk beredar dari cermin dan duduk di satu penjuru. Di situ, dia lihat sesuatu; baju yang sama dipakai oleh gadis yang dilihatnya dalam cermin sebentar tadi. Jannah terus berpindah ke satu sudut yang lain; di situ dia lihat sepatu tinggi yang dipakai oleh gadis itu dan dia terus berpindah ke satu sudut yang lain; di situ dia lihat telekung putih yang menjadi teman setia gadis itu ketika gadis itu bersujud bertemu Pencipta. Dan dia bangun menuju ke meja, di capainya senaskah Al Quran; Al Quran yang sama yang dilihatnya ketika dia melihat gadis itu.
Bersama linangan air yang jatuh satu persatu di wajahnya, Jannah bersuara dengan perlahan.
"Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah". Di peluk erat telekung dan Al Quran itu, dan linangan air di wajahnya semakin berderai jatuh ke bumi.
Jannah mengimbau kembali apa yang dilihat dalam bayanganya sebentar tadi. Dia melihat baju gadis itu, dan kini dia melihat baju yang sedang dipakainya. Dia membayangi rambut gadis itu, dan kini dia melihat hijab yang sedang menutupi rambutnya. Dia melihat sepatu tinggi yang dipakai oleh gadis itu, dan dia melihat stokin yang menutupi kakinya. Air mata Jannah terus mencurahi wajahnya. Hatinya semakin kuat mengucapkan syukur kepada Ilahi, dan dengan perlahan suara hatinya berbicara;
"Tidak mungkin aku berada pada ketika ini jika tiada pertolonganMu Ya Allah... Tidak mungkin aku menangis sebegini tanpa kurniaanMu Ya Allah.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Ilahi... Akan ku cuba sehabis daya untuk memelihara kurniaanMu ini... Akan ku cuba sehabis daya untuk mempertahankan hadiah dariMu ini... Bantulah aku Ya Rabb.. Bantulah aku.. Aamiin.. Allahumma Aaamin Ya Karim..."
Dan;
Biarpun pemuda yang bersama gadis itu tiada dalam kehidupanya kini,
Biarpun dunia tidak melihatnya kini,
Biarpun keseronokan tidak menggembirakanya kini,
Namun Jannah tetap tersenyum,
Tersenyum kerana hatinya bahagia bersama cinta Ilahi..
Dia tahu, dia adalah seorang pendosa; yang tidak terhitung dosa besarnya. Namun dia juga tahu, Allah Maha Pencinta, Maha Pengampun, dan Maha Menerima Taubat hambaNya..
Miftahul Jannah; namanya adalah penyuntik kekuatannya. Dirinya adalah penggeraknya; Miftahul Jannah; -anak kunci syurga.
Dan dia; terus teguh berpegang pada satu kekuatan. Kalimah Tauhid "La ilaha illallah" Tiada Tuhan Yang di sembah melainkan Allah.
Dan dia; terus kukuh percaya pada satu kekuatan; "la hawla wa la quwwata illa billah" Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuatanNya.
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." (Asy Syura: 30)
25 July 2012
Rintihan deretan kata
Tuhanku..
Izinkanku untuk menukilkan suara bicara menggunakan kata,
Walau ku tahu Kau Dengar dan Tahu segalanya tanpa perlu ku bersuara,
Namun aku masih mahu terus mewarkahkan kata; segalanya
Kerana saat ini jiwa terlalu ingin untuk diluahkan bicara
Deretan kata di sini bukan hanya sekadar puisi
Tidak aku susun ia untuk dilagukan menjadi peneman sunyi
Aku susun satu persatu kata bicara ini
Kerana aku tahu; aku manusia yang lupa
Juga,
Aku jadikan deretan kata ini;
Sebagai monolog yang aku paparkan
Kerana,
Andai nanti aku lelap dalam pelukan bumi
Deretan kata disini aku jadikan kenangan
Tuhanku,
Ingin ku suarakan betapa aku serahkan segala yang ada;
Pada jasadku,
Pada batinku
Pada hatiku,
Pada kalbuku;
Hanya untukMu -Pemilik hidupku
Bertahun lama aku kehilangan
Berjalan tempang dalam kegelapan
Walau aku tahu; aku punya lampu untuk disuluhkan.
Namun aku masih dungu,
Membiarkan lampu itu terdiam kaku di satu penjuru
Berselimutkan debu, bersuarakan bisu.
Tidak aku sentuh; tidak aku bawa
Apatah lagi untuk aku suluh
Segalanya tidak; untuk suatu masa yang lama
Hingga,
Aku bertemu tembok yang tak mampu untuk aku panjat,
Apatah lagi untuk aku robohkan
Tatkala disitu baru terpecah segala kedunguan,
Baru ku sedar, aku perlukanMu Tuhan.
Tuhanku,
Sungguh aku perlu cintaMu,
Aku ingin sentiasa bersama dalam kasihMu
Di setiap hembus nafasku,
Di setiap degup jantungku,
Aku ingin Kau sentiasa di kalbuku
Hingga tiba suatu masa, aku akan bertemu Mu jua...
24 July 2012
Kita semua mahu jadi baik!
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam sejahtera ke atas kalian semua, semoga Allah merahmati dan memberkati kalian. Amin ya Rabb.
Baiklah, terus kepada cerita yang hendak disampaikan. eh, bukan cerita, perkongsian. Mungkin. :)
Sesuatu yang ingin dikongsi disini. Perihal BAIK. Yup! Baik. Apa itu baik? Kalau ikut kefahaman biasa kita, baik itu mestilah tidak melakukan sesuatu yang tidak baik. kan? hehehe.. tetapi, baik itu tidaklah bermaksud bebas dari khilaf. Tidak sama sekali. Kita bukanlah nabi, yang bersifat maksum. Bukan juga malaikat yang tidak mempunyai nafsu. Kita adalah manusia; yang punya nafsu, keinginan, dan perasaan. Dan yang paling kita ketahui, iblis dan syaitan, tidak akan berhenti untuk terus menyesatkan kita.
Iblis telah berkata secara terang-terangan. Dan kita tahu akan hakikat itu. Seperti dalam surah Al Hijr, ayat 39;
"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"
Dan, kalau kita baca tafsir Al Quran, banyak ayat yang menerangkan tentang janji syaitan dan iblis ini. Ya, itulah hakikat. dan itu lah yang sedang terjadi. Dan itu yang harus kita lawan.
Moga Allah sentiasa bersama kita, memberi kita kekuatan dalam melawan hasutan syaitan. Amin ya Rabbal Alamin..
Baiklah sahabat semua, sebenarnya, apa yang ingin dikongsikan di sini ialah, betapa saya lihat sebenarnya, RAMAI YANG MAHU JADI BAIK. Alhamdulillah. Alhamdulilllah. Segala puji bagi Allah. Kerana itu lah fitrah manusia. Manusia yang normal; sentiasa mahu sesuatu yang baik. Cuma mungkin, apa yang membuatkan sesuatu itu kelihatan tidak baik, adalah ketika perasaan mereka merasakan bahawa ianya baik bagi mereka, tetapi hakikatnya ia tidak baik bagi agama, dan tidak baik bagi mereka yang lain. Ya, itulah yang berlaku.
Sahabat, kenapa ia berlaku? Tak perlu melihat sesiapa yang lain, cukuplah melihat diri sendiri. Apa yang membuatkan kita melakukan sesuatu yang tidak baik? Secara peribadinya, saya berpendapat, kita mengikut NAFSU dan PERASAAN, dan syaitan dengan pantas menggunakan segala ruang yang ada untuk lebih "menyokong" kita melakukan sesuatu kemungkaran.
Seperti contoh; kita tidak menutup aurat. Kenapa? Kerana, perasaan kita pada ketika itu, menutup aurat kelihatan tidak cantik. Kita tidak boleh tunjuk kecantikan kita pada dunia bila kita menutup aurat. Suara hati ketika itu, tahu akan kewajipan menutup aurat. Tetapi kita buat tidak tahu, kerana perasaan kita mahu kita kelihatan cantik di mata dunia, nafsu kita mahu kita jadi pujian serata manusia.
Contoh lagi; Kita tinggal solat. Kenapa? Kerana perasaan kita pada masa itu. Mungkin, penat. Mungkin, malas; mungkin sibuk. Kita mahu terus melakukan sesuatu yang kita sedang lakukan sehingga kita terus mengabaikan solat. Kita mahu shopping, kita mahu chatting, kita mahu berkerja; kerana nafsu kita mahu semua itu. dan syaitan, menggunakan ruang dan peluang ini untuk berbisik "Tak payah solat!".
Sahabat, apa yang saya katakan, dan contoh-contoh ini; ini adalah hakikat dan realiti. Saya tidak menunding jari ke arah sesiapa. Diri saya sendiri, sebagai contohnya. Kerana kita semua manusia. Punya fitrah yang sama, dan punya perasaan juga nafsu. Kan?
Baiklah. Cukup tentang contoh-contoh, kerana apa yang ingin dikatakan pada kali ini adalah tentang BAIK. KITA SEMUA MAHU JADI BAIK! kan? ^^ Bagaimana mahu jadi baik dan jadi lebih baik? satu perkataan yang semua orang tahu, satu jawapan yang semua sudah sedia maklum iaitu dengan PERUBAHAN. Benar, untuk bercakap tentang perubahan itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya, ia tidak semudah yang dikata. Jika berubah itu mudah, sudah tentu semua manusia di dunia ini baik. Tidak ada yang melakukan sesuatu yang tidak baik. kan?
Tetapi sahabat semua, bagaimana untuk berubah? mana mungkin kita berubah bila kita sedang asyik dalam sesuatu yang telah biasa kita lakukan. Sebelum ini, suka pakai begini; tiba-tiba kena tutup aurat. Mesti ada rasa sesuatu; iaitu perasaan Tak suka. Jadi, diteruskan pakai begitu kerana kita tak suka tutup aurat. Namun, kita perlu ingat. Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 216:
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Sesuatu yang suka, tidak semestinya ia sesuatu yang baik. Maka, SUKA dan BAIK, tidak dapat untuk diletakkan bersama. Ingat dalam hati! InsyaAllah. :)
Beberapa perkara lagi yang saya ingin perkatakan dalam soal ini, adalah berdasarkan apa yang saya lihat, dan alami. Saya bukanlah orang baik. Tidak sama sekali. Jauh sama sekali untuk saya katakan saya adalah baik. Saya hanyalah salah seorang dari hambaNya yang pernah berada dalam satu dunia yang lain, dan dengan pertolongan dan hadiah yang Allah berikan, saya bangun dan cuba sedaya upaya memperbaiki segala yang telah rosak dalam diri; hati, fikiran, jiwa, iman.
Dan, apa yang boleh saya kongsikan disini, bila terdetik hati kita, untuk meninggalkan sesuatu laranganNya, teruslah gunakan peluang dan saat itu. Kerana itu adalah peluang, yang mungkin akan ada lagi, dan mungkin juga tidak akan datang lagi. Kita boleh berubah! Kita boleh kembali kepada fitrah. Sesuatu perubahan itu, secara normalnya, bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara serentak. Secara logik akalnya, perubahan memerlukan peringkat. Seperti membina rumah, ia juga memerlukan peringkat. Rumah tidak akan terbina begitu saja dalam sekelip mata, melainkan Allah membenarkannya, kunfayakun, maka jadilah ia. Tapi disini, dalam konteks kehidupan biasa, perubahan biasa bagi seorang manusia, ia juga memerlukan peringkat. Dan itu adalh hasil usaha kita sendiri.
Bagaimana untuk berubah? Lihat pada diri sendiri. Bagaimana kita sekarang, pada tahap apakah kita sekarang. Jika kita seorang yang malas solat, maka, kita cubalah untuk menjaga solat. Sahabat sekalian, solat itu adalah medium untuk kita berkomunikasi dengan Yang Maha Pencipta. Kita semua tahu, solat itu adalah tiang agama. Solat adalah tapak dan asas pembinaan segalanya. Maka, mulalah dengan menjaga solat kita. Indahnya solat, bila kita sendiri merasakan perubahan pada diri kita. InsyaAllah, mulalah. Kita boleh berubah!
Tetapi, kalau kita seorang yang menjaga solat? Lihat diri dari aspek yang lain. Bagaimana dengan pakaian, pertuturan, dan cara hidup. Kita perlu melihat diri kita, jangan biarkan orang lain yang melihat. Takut, andai cara mereka melihat tidak seperti yang Allah mahukan.
Refleksi diri; itu amat penting. Kerana tanpa melihat diri sendiri dalam cermin kehidupan, bagaimana kita tahu apa yang perlu diubah. Bila kita mahu keluar, kita bersolek, kita lihat cermin. Takut ada comot, takut hodoh. Begitulah juga dengan diri kita dan kehidupan. :)
Sahabat semua, berubah itu sukar, namun ia bukan mustahil. InsyaAllah, mulakan langkah demi langkah, Allah akan membantu kita, insyaAllah.
Berkongsi pengalaman diri; ramai sahabat yang ingin berubah. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. Syukur bila mereka punya perasaan sebegitu. ^^ Bagi yang punya rasa itu, mulalah langkah. Yakin pada Allah, yakin pada diri. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita. :)
Allah juga berfirman dalam surah Al Ankabut ayat 69, maksudnya;
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh2 kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang2 yang membaiki amalannya"
Subhanallah, Maha Suci Allah. Indah sungguh kasih sayang dan cinta Allah pada kita. :')
Janji Allah adalah benar, Allah tidak pernah dan tidak akan memungkiri janji. Yakinlah dengan Allah sahabatku sekalian.. Kuaktakn diri, insyaAllah, kita boleh berubah! kerana, kita semua mahu jadi baik! insyaAllah.
Guna lah setiap ruang doa untuk memohon padaNya agar Dia sentiasa membantu kita. Jangan kita putus asa dengan Allah. Jangan.. Bagaimana mahu berjaya jika kita putus asa. Kan?
Sahabat semua,
Apa yang dikongsi, adalah kerana saya mahu kita semua rasa bahagia. Saya mahu kita untuk berjalan bersama; ke arah yang lebih baik; di jalanNya. Kerana tiada apa yang lebih baik melainkan sesuatu kebaikan dan kebahagiaan yang Allah hadiahkan pada kita.
Genggamlah dan peganglah ia dalam hati, semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua. Moga Allah sentiasa bersama kita. Amin ya Rabbal Alamin..
"katakan pada diri, AKU BOLEH LAKUKAN! AKU BOLEH BERUBAH!"
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)