10 January 2011

Cuba bersastera

Salam semua,

farah mn malas nak log in ke blog khas untuk bersastera dan merepek.
Terasa macam nak menyelit di sini.
Apa? Tentang apa?
Tentang ini.




Baca kalau mahu, kalau tidak, cukup sekadar perhatikan sahaja.









Segalanya nampak normal
Kerana aku mahu menjadi normal
Tak perlu untuk rasa apa apa
Cukup sekadar ia biasa
Sederhana; Itu sebaiknya bukan?

Jiwa juga harus sederhana.
Jangan berlebih, kalau takut pedih.
Jangan kurang, nanti hilang.
Konklusi yang nyata; biar sederhana.

Tak perlu bising, hanya perlu diam
Kerana jiwa tahu
Tiap diam itu suara.
Bukan suara untuk hebahan
Cukup sekadar bising sendirian.

Tak perlu untuk bercakap
Nota tetap sampai walau masing masing bisu.
kata jiwa dari hati.
Untuk kau dan aku yang tahu.














*Ini kata kata dari aku. benar dari hati aku. terus dari jiwa aku.

02 January 2011

Aku Mahu Pulang

Tiba tiba, teringat lagu Aku Mahu Pulang yang satu ketika dulu agak popular. Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulann Amuk. Apa yang aku tau pasal lagu tu? daripada lirik tu, and daripada yang aku dengar dari orang, lagu tu berkisahkan tentang seorang manusia yang satu ketika dahulu seorang penagih. Dah masuk penjara, dah keluar dari penjara, and manusia tersebut sedar dan insaf akan kesilapan dia dulu.

ok, ni lirik lagu tu. Bila baca dari lirik pun, dah dapat agak cerita disebalik lagu ni.

Gelap malam,
pasti terang
Sang mentari,
pasti datang
Kesesatan,
perjalanan
Rahmat tuhan,
menentukan

Berikan ku masa,
mencuci dosa
Aku kan pulang,
menebus usia
Di musim berlalu,
sepi memburu
Memaksa perindu,
meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan
sebuah kehidupan
Jarum suntikan,
menjadi pegangan
Menjadi buruan


Terimalah kembali,
wajah ini
Jangan terus membenci,
sampai mati
Sedang hari berganti,
kau mengerti
Sedang masa berganda,
kau merasa

Aku manusia,
pelakon cerita
Di pementasan,
alam ciptaannya
Bukan sengaja,
melanggar arahan
Kadang terlupa,
watak dan peranan
Aku manusia..

Kan? Lirik ni menceritakan tentang seorang manusia yang pernah menjadi mangsa najis dadah. Dan dia kembali untuk mencari penerimaan dan mencari jalan hidup yang betul. Bila bercakap pasal ni, persoalan nya, bagaimana penerimaan orang terhadap dia? Susah kan. Mesti ada yang dah x percaya kan dia lagi. Mesti ada yang masih anggap dia jahat macam dulu lagi. bagaimana penerimaan masyarakat? keluarga? sahabat?

(Ok, before bercakap dengan lebih lanjut,ingin ditegaskan disini, bhw entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa. Entry ini umum. Hanya tafsiran dari lirik lagu. Tafsiran dan pendapat peribadi. Kalau ada yang tak setuju atau nk cakap apa apa, silakan. :) )


ha, berbalik pada soalan penerimaan itu tadi. bagaimana? Tepuk dada, tanya selera. Kan? Lain manusia, lain caranya. lain hatinya. Kita tak boleh anggap semua manusia sama. kalau kita dapat terima seseorang seperti ini, tak bermakna orang lain pun boleh menerimanya. Entah lah. Cuba bayangkan apa yang dia rasa. Cuba letak kan diri dalam keadaan dia. Cuba bayangkan kita adalah dia. Kalau lah semua manusia berjaya membayangkan, dan berjaya memahami keadaan tu, mesti tak ada masalah.

Lagu ni berkaitan dgn penagih. tapi, apa yang aku ingin ceriakan disini, bukanlah hanya itu. macam maccam jenis manusia yang ada di dunia ini. Macam macam jenis salah dan dosa yang manusia pernah lakukan. Kan? Lagu ni hanya sebagai contoh. Sama sama lah kita fikirkan. Dan renungkan seketika. Bagaimana kalau kita yang menjadi seperti mereka. Apakah yang kita rasa?

Tak ada manusia sempurna.

Kalau sekarang kita baik, adakah baik itu akan kekal sampai kita mati?

Kalau sekarang seseorang tu jahat, adakah dia akan jahat selamanya?

kesimpulannya, keduanya adalah sama.

Yang baik, bila bila masa akan bertukar arah.

Dan yang jahat, bila bila masa juga akan berubah.


Segalanya terletak pada kuasa Yang Maha Esa.


Aku bercakap tentang entry ini, kerana aku juga manusia. Aku juga ada dosa, ada silap dan salah. Pada yang membenci aku, terpulang. Aku sedar siapa aku. Aku sedar diri aku. teruskan berfikir begitu jika itu yang buat kamu selesa. Teruskan. Aku mengaku kadang kadang aku sedih. Terpulang pada si pemikir. Teruskan pemikiran begitu andai kamu bahagia.








Hidup sentiasa berputar. tak sentiasa kita di atas. tak selamanya kita di bawah.

Salam, :)











01 January 2011

Selamat Tahun Baru

Salam,


Tak banyak yang ingin diperkatakan. Tak banyak benda yang ingin dibebelkan.
Mungkin; sekadar luahan hati. Mungkin sekadar ucapan yang biasa orang dengar.
Ok ok ok.


Sekadar ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Sedih bila teringat 2010. Banyak sangat kenangan, banyak sangat pengalaman dan benda yang aku belajar.


Dear 2010, You taught me a lot. And now, I'll try my best, to be a better person than before.







Erk.






Current mood: Melancholy. Kot. Nostalgic. Kot. Not so excited. kot.




Whatever it is, keep on fighting!







^_^






Chill Farah. Put a smile on your face.









even sometimes it's the hardest thing to do.




^_^






S M I L E.






H A P P Y
N E W
Y E A R
P E E P S ! ! ! ! !



30 December 2010

Kerana DIA, Maha Mengetahui.

Ajal maut; Jodoh pertemuan; Semua itu ketentuanNYA. Ketentuan yang telah ditulis, yang telah tersurat. Dan hanya Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya. Hidup ini sentiasa adil.
Jangan sekali mengucapkan ungkapan "Hidup ni tak adil". Biarpun hidup tak sentiasa jadi seperti yang kita inginkan, tetapi, sesungguhnya Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Putaran roda dalam kehidupan menjadikan hidup ini adalah adil. Ketawa lawannya menangis. Suka lawannya duka. kejayaan lawannya kegagalan. Bila kita ketawa, kita akan menangis. Bila kita berjaya, satu hari nanti kita akan gagal. Tapi, disebalik tangisan dan kegagalan itu, kita juga akan kembali ketawa dan berjaya juga. Roda sentiasa berputar. dan manusia tidak selamanya berada di atas, mahupun di bawah.

Itulah bukti, bahawa hidup ini adil. Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba hambaNYA. Setiap kesedihan akan dihadiahkan dengan kegembiraan, dan setiap kegembiraan itu akan diselitkan dengan kesedihan. Supaya, kita tidak jauh dariNYA. Supaya kita sentiasa mencari ketenangan dariNYA. Supaya kita mencari jalan untuk dekat padaNYA.

Allah Maha Mengampuni. Selagi nyawa masih ada, selagi itu kita masih berpeluang untuk memohon keampunan dariNYA. Biar apa pandangan orang lain terhadap kita. Kita tidak akan berjaya untuk mengawal pemikiran dan pandangan setiap hamba Allah yang ada di dunia ni. Walau apa pun kehidupan yang kita pernah lalui, sesungguhnya, Allah sentiasa bersama kita.


Jodoh. Semua orang tau, Jodoh pertemuan, Allah tentukan. Cuma bila dan siapa, kita memang tak akan tau sehinggalah sampai masanya. Setiap manusia, ada hati dan perasaan. Wujudnya perasaan sayang dan cinta yang ada dalam hati, memang tak dapat kita nafikan. Sebagai manusia yang normal, perasaan begitu ada dalam hati kita. Ada yang bercinta, tapi tak kesampaian. Ada juga yang dah kahwin, tapi terputus juga di tengah jalan. Bila fikir balik, memang lah takut. Sebab, kita tak tau apa yang akan berlaku. kan? tapi, apa pun, kita kena sentiasa ingat. Kerana DIA, Maha Mengetahui. Kuatkan hati, kuatkan semangat. Walau macam mana jatuh sekalipun, Allah sentiasa ada. Kita sebagai hambaNYA,hanya mampu sentiasa berdoa. Doa, supaya kita dekat denganNYA, dan diberi ketenangan.. Soal hati dan perasaan, dan cinta, Kuatkan dalam hati and percaya, that ALLAH knows and see everything.




"Doa ketika jatuh Cinta" .
(Sumber copy dan paste dari facebook "Kumpulan Doa-Doa Islam Sehari-hari" ), untuk panduan diri sendiri, juga semua..)




Allahu Rabbi,
aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi,
aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi,
izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumiMu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi,

pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amiiinnn.......




Pesanan buat diri sendiri; DIA Tahu apa yang terbaik buat HambaNYA.

"Don't despair and never loose hope; cause Allah is Always by ur side. insyaAllah"

28 December 2010

Dua Kosong Satu Satu


Assalamualaikum,,

Dua Kosong Satu kosong bakal mengundurkan diri; Dua kosong satu satu pula yang akan menggantikan nombor tahun dalam kalendar.

From 2010; We are now moving to 2011. Angka yang baru. Tahun yang baru. Hari yang baru. Tarikh yang baru. Menandakan bahawa kita sudah semakin meningkat dewasa, dunia dan kehidupan juga sudah semakin meningkat dewasa. Angka bakal bertambah, bagaimana pula dengan pengisian manusia? tak perlu bercakap tentang orang, tepuk dada tanya selera.

baiklah.

Pengisian tahun dua kosong kosong satu bagi farah mn; kehidupan yang baru. Definisi kehidupan adalah sangat luas, dan tidak terikat dengan mana mana sempadan. Segala apa yang berlaku sepanjang kita bernafas di dunia ini, itulah kehidupan. Memang benar, kehidupan adalah berkaitan dengan takdir dan ketentuan Allah. Sebagai manusia, kita tidak ada hak dan kemampuan untuk mengubah ketentuan dan takdir itu. Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Tetapi, manusia itu sendiri yang menggerak kan kehidupan itu. Kan? Untuk tahun 2011 yang bakal menjelma ini, semoga kita menggerakkan kehidupan itu dengan baik dan tenang, dan tidak tersasar dari jalan unutuk menuju keredhaanNYA.

Walau siapa pun kita, walau bagaimanapun bentuk kehidupan kita, masih belum terlambat untuk kita mula menggerakkan bentuk kehidupan yang baru. InsyaAllah~

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".


Segalanya bermula dari hati yang ada dalam diri kita sendiri. Tepuk hati, tanya minda.

Aku juga manusia, sama seperti kalian. Tidak lepas dari melakukan dosa dan kesilapan, sangat jauh untuk sempurna. Apa yang aku harapkan dalam kehidupan yang akan datang, (tak perlu tunggu 2011 untuk hadir), setiap masa yang akan muncul dalam kehidupan ini, adalah masa yang membawa aku untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Untuk mengharap memang senang, tapi, untuk menjadikan ianya nyata; Sangatlah sukar. Kan? Mampukah aku? Mampukah kita?

InsyaAllah;


Sentiasa ingat dan berpegang teguh denganNYA. Jauhkan perasaan dan perkara yang membuatkan kita jauh dariNYA, InsyaAllah, DIA akan sentiasa bersama kita. Allah Maha Besar. DIA yang menentukan segalanya dalam kehidupan. Untuk mengharapkan kehidupan yang baik, harus bermula dengan niat dan hati yang baik. Serta doa yang baik.

Ini pesanan aku kepada diri sendiri. Juga untuk ingatan bersama.


hari, bulan dan tahun tahun yang telah pun berlalu tidak dapat berbuat apa apa kepada kita sekarang. Tak kan boleh kita kembali pada tarikh itu dan perbetulkan apa yang salah.


"Buang yang keruh, ambil yang jernih".

"Yang elok jadikan tauladan, yang jahat jadikan sempadan"


Hidup sentiasa berjalan kehadapan. Semoga tahun 2011 ini menjadi tahun yang lebih baik buat kita. Mudah mudahan.


Amin~


:)



Semoga Berjaya; Semoga Bahagia

Salam,,,


Morning dan selamat pagi. (Sebab sekarang ni, waktu malaysia adalah 10.08 pagi, maka, pagi lah kan? Hee~) Ok ok ok. Bangun2, hantar mak, beli nasik lemak, then dah makan dah pun. Alhamdulillah~ Kenyang~ Sedap pula nasik lemak tersebut. =.="
Erk, bukan nak bercerita tentang nasik lemak ye. Hehehe, Tapi, pengisian dan jadual untuk hari ini. Hahaha,, Rasa macam mahu tidur sahaja ini hari, tetapi apakan daya, ada hal pula. (Bawak farina mn pegi skolah, beli buku. huu~ =.=")

Owh, apa kaitan tajuk entry dengan isi kandungan entry ni? hahahaha, Tak ada kaitan, kot. Erm, erk! Mungkin, ada. Biasa lah, Farah Mn kan suka membebel, suka layan perasaan~ HAHAHAHAHA~ Sila gelak guling guling~ Farah mn oi,, Anda sudah besar. Anda sudah 22 tahun pun. Sedar diri anda ya. Cuba relax, tenang~

InsyaAllah~ Semuanya akan berjalan dengan tenang. Apa yang dah berlaku, hanya boleh dijadikan sebagai pengajaran dan panduan untuk hari yang akan datang. Kan?

Ok ok ok ! Think positive ! Cuba buang jauh jauh emo2 tu ok !

InsyaAllah~



Buat seorang manusia,, I'm wishing you all the best in life, and may Happiness will always be with you,, Thanks~ For everything,,,

:)



U'll be my precious memory.











May Allah Bless you.















:)

27 December 2010

Bila teringat

Bila teringat; Aku senyum.

Bila teringat; aku menangis.

Bila teringat; aku ketawa.

Bila teringat; aku sedih.


Lumrah. Dan satu perkara normal.
Hitam putih; Atas Bawah; Bangun Jatuh,
Semua itu adalah satu peninggalan ingatan;
Pengajaran dalam proses pembelajaran hidup.
Manusia sentiasa menjadi pelajar dalam hidup;
Pengalaman dan kesilapan; Mereka itu adalah guru.


Walaupun; Aku teringat,
Biarpun; Aku sering teringat,

Tidak ada satu perkara pun yang mampu;
Untuk buat aku kembali ke masa yang telah berlalu.

Bila teringat; Aku hanya mampu bersyukur.
Syukur; Kerana aku masih lagi seorang pelajar di sini,
Syukur kerana aku ingin mencari jalanNya.

Bila teringat; Jangan lupa DIA.
DIA sentiasa ada.

26 December 2010

Teruskan berjalan.

Salam, :)

Farah Mn kembali berkata kata. Bukan luahan jiwa, bukan nak bermadah, sekadar singgah untuk berkata kata dan berkongsi cerita. wah,, seperti diary pula ya. hahahaha,, diary tatapan umum?
Tidak, ini adalah perkongsian cerita sahaja.

Semalam. Erk, bukan semalam, pagi tadi mungkin.=.=" (Tido pun sudah jam 4.00 pagi). hahahahaha, Kenapa dengan semalam? DUSHHH! Betul la orang cakap, kata kata pun boleh jadi senjata. huuuu~ hanya sekadar membaca beberapa perkataan dari seorang hamba Allah, buat aku berfikir dan emosi berada di bawah paras normal seketika. huuu~

Hurm. Ya. Aku sedar diri. Aku tahu siapa aku. Dan aku tak ada hak untuk menghalang pandangan kau terhadap aku. Perasaan benci adalah perasaan normal yang ada pada manusia. Teruskan membenci aku, teruskan. Aku memang tak punya kuasa untuk buat perasaan benci itu hilang. Aku manusia juga.


Ok3,, hentikan berkata kata buat seketika, lagi jauh dan dalam pula perginya. Apa pun, aku harus sentiasa mengingatkan diri sendiri, TERUSKAN BERJALAN KEHADAPAN. Walau apa pun yang manusia lain perkatakan, jangan lupa, Allah sentiasa bersama hambanNya yang mengingatiNya.

InsyaAllah,









Teruskan berjalan, Farah Mn. :)

24 December 2010

Pagi Ini

Salam,

Kehidupan telah banyak mengajar aku. Mengajar dan menyedarkan aku, bhw hidup tidak sentiasa seperti yang aku inginkan. Aku hanya manusia biasa, yang ada perasaan seperti manusia manusia lain. Ada emosi, dan kadang kala, aku gagal untuk berperang dgn emosi sendiri.

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna".

Diakui, memang benar perumpamaan ini. Aku (manusia), memang jauh dari sempurna. Tidak sempurna, sering melakukan salah. Entah. Jangan tanya aku kenapa aku melakukan pelbagai kesilapan tersebut, kerana aku sendiri pelik. kenapa mesti aku melakukan salah tersebut? Kenapa mesti bahagian2 yang sudah berlalu dalam hidup aku, ada terconteng pelbagai salah dan silap tersebut. Kenapa? Aku cuba sedaya upaya untuk membawa emosi dan hati ke arah positif, aku kuatkan diri aku, dan percaya bhw; "Setiap yang ALLAH takdirkan dalam kehidupan aku, ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya"

Mungkin, jika dugaan ini tidak terjadi kepada aku, aku masih lalai, aku masih lupa. Dan aku masih sama seperti diri aku yang dahulu.

Selama 22 tahun aku hidup, aku akui, aku dapat rasakan yang diri aku bukan lagi diri yang aku pernah jadi satu ketika dahulu. Bukan untuk meraih simpati sesiapa atau menjaja cerita, tapi, jauh dalam hati aku, aku hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja, bahawa, selagi kita masih bernyawa, masih belum terlambat untuk kita kembali ke jalanNYA. Jangan pernah kita menganggap, jika kita sudah jauh dariNYA, kita akan jauh buat selama lamanya.

manusia manusia sekalian, dan sesiapa sahaja yang singgah disini, entry kali ini bukan bertujuan untuk berlagak baik, konon nya. Tetapi, ikhlas dan tulus dari hati aku, aku hanya ingin berkongsi dan saling mengingatkan. Perkara ini terjadi kepada diri aku sendiri. Aku akui, suatu ketika dahulu, aku manusia yang jauh dariNYA. Manusia yang bangga dengan kehidupan dan diri aku sendiri, tetapi, kehidupan dan takdir Allah telah mengajar aku, dan aku dapat rasakan jauh dalam hati aku, seperti ada satu suntikan baru dalam diri aku.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Mu Ya Allah~ Kerana sehingga kini aku masih bernyawa. Bayangkan kalau aku mati dalam keadaan diri yang jauh dariNYA? Nauzubillahi min zalik...
mati itu pasti. mati itu akan ada. Cuma, masa dan hari yang sedang menanti, tak akan sekali kita ketahui.

hidup ini memang terlalu singkat...

Kini, aku hanya perlu cuba sedaya upaya aku, untuk meneruskan hidup di muka surat yang baru. Semoga aku terus berjalan kehadapan tanpa membawa perkara yang aku telah tinggalkan. Perkara yang lepas hanya dapat aku jadikan sebagai pengajaran dan iktibar untuk aku teruskan berjalan kehadapan.


Allahu akbar, ALLAH Maha Besar...

Selagi kita bernyawa, kita masih boleh memperbaiki diri. Aku bercakap bagi pihak sendiri, aku tak sempurna. Banyak cacat cela, tapi walau apa pun yang terjadi, walau cacat mcm mana sekalipun kehidupan aku, jangan pernah putus asa denganNYA. Kuatkan hati dan diri,, kerana takdir yang tidak kita ketahui sedang menanti. Segala kemungkinan boleh terjadi.
hanya dengan doa yang kita panjatkan sebagai senjata untuk teruskan hidup,, Aku juga Manusia sama seperti kalian; Bukan sehelai kain putih yang bersih dari kotoran.

Aku akui, kadang kadang emosi terbabas, mulut dan kata kata tak terkawal,,, Maafkan aku andai ada yang terasa...

Kita semua manusia, hidup dan mati hanya keranaNYA...

Kata kata aku

Asalkan anda bahagia; SILAKAN.

Asalkan anda ketawa; DIPERSILAKAN.

Asalkan anda senyum; TERUSKAN.

Buatlah ikut SUKA HATI ANDA.



Allah Maha Mengetahui.


Kita Hanya merancang, tapi segalanya adalah ketentuan Allah S.w.t



Ya Allah...
Jauhkan lah aku daripada perasaan iri hati dan dengki..














Syukur Ya Allah;
Kerana memberikan ku petunjuk.
Kerana mengurniakan ku kekuatan pada ketika ini.
Hadirkanlah kekuatan ini selama nyawaku ada di dunia ini;

Semoga aku tidak Hanyut dalam emosi dan perasan sendiri,,

Amin. Ya Rabbal Alamin~

21 December 2010

Percubaan

Ok. Sekarang pukul 3.40 pagi. Matax boleh lelap,, Tiba tiba terasa sedih.
Kenapa mesti rasa sedih? Hurm~ Bila sedih, terdorong untuk menangis. Bila menangis, terasa seperti sangat lemah. Perlu kah aku lemah? Entah~



Ya Allah~
Pertama kali dalam hidup aku, aku diberi perasaan begini. Alhamdulillah~ Aku bersyukur, kerana apa yang KAU berikan dalam hidup aku, membuatkan aku lebih mengenali diri ku sendiri.



Aku mengaku. Kadang kadang, aku terasa hilang, terasa lemah. Tapi, pada masa yang sama, aku harus bersyukur. Bersyukur kerana aku diberi dugaan olehNYA, dan itu tandanya, DIA sayang padaku~

Manusia diciptakan berlainan. Itula namanya hidup. Kan? Hurm, walau apa pun, aku sentiasa inginkan yang terbaik untuknya. May Allah bless you, always. I wish you have happiness in life. Semoga suatu hari, terbuka hati kamu, dan lembut hati kamu. Bukan untuk aku, tapi untuk Allah. I know who i am. Aku tahu aku manusia yang tak pernah lari dari dosa. Aku tahu aku banyak dosa. Tapi, Allah Maha Mengampuni. And I believe, HE will always be here.



Ok. Oleh kerana, perasaan n emosi tak stabil sekarang ni, maka, inilah dia percubaan yang aku sedang lakukan. percubaan untuk menjadi kuat. mencari semangat. Cause i know, if duduk dalam bilik, pandang dinding, hurm~ Takut hanyut terendam dengan perasaan gila. Aku tak nak macam tu. Tidak lagi mulai sekarang.

So, tangan menaip mencari kata kata semangat. Dengan harapan, akan ada semangat untuk aku malam ni.

hurm, apa pun, farah; Don't u ever forget HIM. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. ALLAH Maha Mengetahui.








"Don't despair and never loose hope cause Allah is always by your side. InsyaAllah~"

20 December 2010

Semangat

Salam,,,


Fuh! Penat! Huhu, penat masih terasa. Penat kenapakah? Huhu,, baru lepas pegy program anjuran YTM. Kat NUR LEMBAH PANGSUN, HULU LANGAT. Tapi, 2 hari 1 mlm je,, huhu, kalau sminggu pn ku sanggup krn pengisianya sgt lah best.

Rasanya,x perlu kot nk bebel pasal program tu kt cni. Bajet ade org nk bace. Hahahaha,,

Ok3,, saja je merepek kat entry kali ni. Sekadar nak memotivasikan diri n menambahkn smangat. Smangat untuk menjalani kehidupan sbg seorang hambaNYA di muka bumi ini.

InsyaALLAH,,,

Oleh krn saye memblog menggunakan henpon (kpunyaan adik), maka agk terhad jugaklah panjang cerita bebelan saya. Hahaha, kekok pula rasanya memblog d henpon. Huhu,,

Maka itu, pemblog dah malas mau menaip perkataan. Huhu, but, tjuan entry ini d post kn d cni adalah,, utk meluahkan rasa hati yang ada pada ketika ini.

Hurm,manusia tak akan blh tau apa yang bkal terjadi dlm hdupnya kn? Yes, i admit, sometimes,, perasaan takut mengacau emosi. Entah,takut dgn masa dpn sbb masa lepas agk memberikan kesan yang sgt dlm pd dri.

I really hope,, that i cn be stronger...

Allah is always by your side~ insyaALLAH~

Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

"Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia melarat bagimu. Dan ALLAH mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"

DIA tahu segalanya,,, setiap yang berlaku ada hikmah. Kan?

17 December 2010

. Alhamdulillah~

Ketika sampai hari ini, syukur, Alhamdulillah.
Kerana aku masih lagi menjadi manusia di muka bumi Allah.


:)

Hidup tak semestinya bergantung kepada sesuatu perkara. Utamakan DIA melbihi segalanya, farah. InsyaAllah~ Akan ada jalan dan lampu untuk kau lalui.


:)


InsyaAllah~ Aku cuba,


Syukur kerana aku masih lagi ada ketika ini,,


:)

10 December 2010

Cerita Rumahku

Ok. Sekarang sudah berada di rumah. Penat. Perjalanan yang sangat panjang harini.. huuu~
from Um, ke Menara TM, dh dlm tu, masuk TM point. Apply streamyx 4mbps. huu~ unifi belum boleh pkai di kwsn rumah, so, amek je la 4 mbps tu dulu. Student package.
Kat menara TM tu, teringat zaman2 praktikal. hahahaha, zaman jadi org keje sekejap. Hoho,,
seronok bekerja sebab x pyh pk assignment. hahaha, Bunguks.

ha, kat menara tu ada pulak secret recipe,, huu,, yang tu aku memang dh tau dh. memang ade bende tu dlm menara Tm tu. tapi, td ada satu pertambahan. 1901 pulak ade kt ctu.

Erkk,, Saya tidak membeli, sebab mahu cepat. Jadi, saya hanya memandang sahaja 1901 itu.

Ok ok ok. Naik tren d kerinchi. Huhuhu~ kaki saya sakit! Sebab kasut yg saya pkai adalah kasut yg adik saya taknak pkai. Beliau ckp sakit kaki, tp saya degil, saya amik jugak. Maka, tadi, padanlah muka kerana kaki melecet. Saba je la~ T__T

Ok ok ok. Sampai di rumah. Cerita rumah la pulak. hurm,,

Baru tadi, kami sekeluarga, bersama keluarga sedara saya juga, bercerita dan bersembang. Tiba tiba, termasuk cerita psl arwah aireen,, bukan saya seorang sahaja yg berkata,
tapi, semua yang kenal dia, akan mengatakan benda yang sama. "Dia istimewa".

Semoga rohnya di cucuri rahmat,, Saya pasti, dia bahagia di Sana~~

ok ok ok, tenang farah. yang pergi tak kan kembali lagi. Ok ok ok.
tutup cerita.

kaki saya super lengoh. Mata saya super x cantik dan sembab. esok mahu keluar bersama keluarga, apakah bakal terhasil rupa saya? huu~

Mari kita tunggu esok.

tata!

08 December 2010

Cerekarama pilihan:

Haish! Erk, maaf. Keluhan tak patut dijadikan permulaan. ok, maka itu, saya mulakan dengan salam. Kenapakah berbunyi keluhan? Entah. Kadang kadang rasa stabil, kadang kadang macam tenggelam dalam segitiga bermuda pula. Konklusinya, ABAIkan saja lah ya. bipolar disorder sedikit mood pada ketika ini. Macam nak lari dalam laut seketika.

Ok ok ok.

Ini tiada kaitan dengan tajuk di atas. Sebenarnya, saya sekadar ingin berkongsi cerita, berkenaan dengan cerekarama yang baharu sahaja saya tonton di laman web www.tonton.com.my

tajuk cerekarama tersebut adalah bertajuk TAUBAT NASUHA .


Barisan pelakon utamanya adalah:

Sheila Rusli
Fauzi Nawawi

Sheila Mambo

Jalaludin Hassan.


(anak anak sheila rusli saya tidak kenal siapa mereka. harap maaf)

Ok ok ok. Saya bukan mahu menulis sinopsis cerita tersebut, sekali lagi di ingatkan, saya hanya mahu berkongsi tentang cerita tersebut. Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terdiri drp si ayah, (fauzi) dan ibu (sheila rusli) dan anak2 mereka (tak tahu nama sebenar mereka). Si ayah ni pelik sikit. Seperti tiada ciri2 ayah. erk~ Entah. Wujudkah manusia sebegitu? hurm, Wallahualam~

Mujurlah si ibu, dikurniakan kekuatan dan kasih sayang yang sangat menebal terhadap keluarga dan suaminya. Suaminya macam tu pun, si isteri tetap tenang. baiklah, nak cerita apa yang terjadi dalam cerita tu, memang panjang la kan. Konklusinya, si ayah@si suami, bukanlah seperti suami@ayah yang sepatutnya. yang sedih, kesian anak2. budak2 jadi mangsa.

Dipendekkan cerita, "kalau tak suka, pulangkan". Itu dialog (atok) jalaludin hassan. Kata kata yang memberikan seribu makna. Dengan sekelip mata sahaja, Isteri dan anak anak kepada manusia yang bergelar suami@ayah itu dipulangkan kepada yang Maha Esa. Masa tu,, dah tak boleh buat apa. dah terlambat.

Sedih. Ye, saya tak tipu; air mata keluar dengan deras bila tengok cerita itu. Sedih.

Hurm. Ini bukan pengaruh cerita, tapi bila dah tengok macam tu, rasa takut. Macam macam jenis dugaan yang Allah boleh berikan kepada manusia. kan?

"Allah hanya meminjamkan mereka kepada kita"

Hurm. Tiba tiba dah tak tahu nak cakap apa. Sekelip mata perasaan bertukar. Maaf~
Mungkin, rindu pada seseorang yang telah dipulangkan kepadaNya.


"I do admit; I miss this lil girl. May her soul to rest in peace,, Ily dik.."

07 December 2010

Selamat Tahun Baru 1432H. :)

Hari ini, seluruh umat islam seluruh dunia menyambut tahun baru dalam kalendar islam.
1 Muharam 1432H. Salam Maal Hijrah Buat semua. :)

Hijrah dan Penghijrahan.

Semoga tahun baru ini, kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga tahun baru ini memberikan seribu keberkatan dariNya.

Farah Mn dah habis periksa, maka, akan selalulah farah mn merepek dan membebl disini. hehehe, sekarang, farah mn sedang membebel tentang tahun baru pula. Apa azam tahun baru farah mn?
Semoga farah mn menjadi manusia yang lebih baik dan berjaya. Farah Mn tak nak malas malas lagi! huu,, penat sungguh study last minute. Takmau takmau.

"Mak, Abah, sorry kalau result sem ni jatuh dalam gaung,, :(
Tuan Yayasan Telekom Malaysia,, Saya minta diberi peluang lagi,, maafkan saya. Berada d UM adalah sangat sukar untuk score poniter yg tinggi. Sila faham. pleaseee.. ) huuu~"


Eyh. sudah sudah! Saya merepek lagi. Farah Mn suka membebel dan merepek. hee,,
Bercakap pasal tahun baru ini, farah mn tak banyak perkataan untuk d perkatakan. Sama seperti umat islam yang lain, farah mn mengucapkan Selamat Tahun Baru, semoga perjalanan hidup kita di permudahkan dan diberi ketenangan serta petunjuk dari Allah S.w.t.

Amin. :)

05 December 2010

Kerana

Jangan sekali kau mengeluh andai kau ditimpa kesusahan,
Kerana kesusahan itu menjadikan kau sentiasa ingat padaNya.
Jangan sekali kau leka ketika gembira,
Kerana leka itu akan membuatkan kau lupa padaNya.

DIA sentiasa menguji hambaNya,
Kerana DIA sayang pada hambaNya.

Ketika diri didatangi kejayaan dan kebahagiaan,
Jangan kau lupa ucapkan syukur,
KeranaNya, kebahagiaan itu kau rasa.

Walau apa, walau di mana,
Walau siapa pun kau,
Jangan sekali kau lupa,
KeranaNya kau bernyawa.

PadaNya juga kau akan kembali.


Andai aku tahu bila waktu untuk aku diambil kembali,
Ingin aku tunaikan seribu permintaan yang ada dalam hati.

26 November 2010

Pergi

Yang Pergi, tak akan kembali lagi;
Selamanya pergi,
Selamanya di sana.


Di sini tetap di sini,
Hidup meneruskan hari;
Alam bernama dunia.


Yang pergi,
Pemergian yang amat di rasai,
Noktah di dunia bersambung alam seterusnya.


Tuhan lebih sayangkan dia.

. Aireen Bt Hassan .
27.07.2001-23.11.2011

Al-Fatihah.



Super Lovely cousin; and a very special lil girl I've ever met.
"Ily, dik."

21 October 2010

Malam tanpa angin

Dalam bilik. Waktu malam.
Situasi: Blackout.

Malam ni entahlah kenapa. Sayu. mendung pun ada. Tiba tiba blackout. memang rasa nak menangis. Depan lappy, bukak muka buku tapi tak bukak buku. Tak apa lah kot. mood tiada nak membaca. apatah lagi nak belajar. Ha, Lagu.
memang penenman setia. :)
Saya sangat terharu dengan kamu wahai lagu. Macam2 lagu yang ada menemani saya. Bila dah dengar lagu, secara tak langsung pemikiran dan emosi semakin lain macam pula. Erk, tapi tak apa lah. Sekurang2 nya, saya tenang walaupun panas sebab blackout ni.

kenapakah dengan saya? Terlebih memikirkan sesuatu? Atau memikirkan perkara yang tidak sepatutnya? kenapa suka berfikir? PEMBETULAN. bukan suka. tapi secara tidak sedar, saya sedang memikir dan berfikir. mahu jadi ahli fikir? Entah.

Mungkin faktor umur juga. Ye lah. Sebelum ni, saya bukan ahli fikir. Saya seperti kanak kanak bahagia d hospital bahagia. tapi kini, saya sedar apakah itu dunia.

Syukur, Alhamdulillah.

Apa yang saya lihat adalah masa depan. Apa yang saya mahu adalah kebahagiaan. Tapi, harus saya akui, bahagia tidak sentiasa bersama manusia. jadi, saya harus jangan lupa juga pada dugaan. Tentang masa depan, masa depan ditentukan oleh masa sekarang. Kuatkan semangat ya farah. Habiskan belajar! Scholar kamu tu. Jangan kecewakan mak abah. masa depan kamu adalah bersama Telekom Malaysia. huu~ Baik! saya akan memberikan yang terbaik buat TM! Terima kasih TM kerana menaja pengajian saya. (hakikatnya, amatlah sukar sekali menempuh pengajian disini.. UM adalah sangat kuat! Berusahalah!)

Selain dari TM? keluarga. :) saya mahu mak abah, dan adik adik saya gembira dan bahagia. InsyaAllah~ Cuba sedaya upaya dan yang terbaik.

Selain keluarga? Secara jujurnya, tiada pasangan yang bercinta tidak mahu disatukan selamanya. Setiap pasangan yang bercinta inginkan kebahagiaan berumah tangga. Itu juga turut tersenarai dalam masa depan yang saya harapkan. Ya. Jodoh pertemuan Allah tentukan. Tapi, secara jujur, saya hanya mahu bersama dia. Hanya dia. Mudah mudahan, jodoh kami berpanjangan. Mudah mudahan, kami bersatu sebagai pasangan yang sah.

Amin..

Dalam gelap saya menaip. Sekadar meringan pemikiran. Mudah mudahan, Allah panjangkan umur saya untuk saya kecapi masa depan yang saya inginkan itu.

Amin~

20 October 2010

Wanita, perempuan, pengorbanan.

Life needs love. Love needs commitment. Commitment needs sacrifice. Thus, Love needs sacrifice.

Aku pernah baca satu cerita. Tentang pengorbanan besar seorang perempuan. And yes, I admit. Those story inspired me a lot.

:)

salah satu cerita yang pernah dibaca thru internet, cerita tentang pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya. Ya Tuhan,, Sungguh kuat hati wanita itu. Walaupun ia hanya sebuah cerita, tapi aku akui, aku dapat rasakan apa yang wanita itu rasa. Entahlah. Bila pasal wanita, secara jujurnya aku mengaku yang aku mudah merasakan dan memahami perasaan seseorang wanita. Erk, berbalik pada cerita tersebut. Apa yang wanita itu lakukan? Wanita itu amat sayangkan suaminya. Wanita itu cintakan suaminya dengan setulus hati. Wanita itu isteri yang solehah.
Suaminya juga sayang kan dirinya. Suaminya juga cintakan dirinya dengan sepenuh hati. Tapi, hidup memang tak sentiasa jadi seperti yang manusia mahu. Kan? Dengan Kuasa yang Maha Esa, tiba tiba wanita tersebut harus terima hakikat bahawa suaminya ingin berkahwin lagi.

BERMADU. Secara jujurnya, tidak ada seorang pun wanita di dunia ini merelakan dirinya untuk dimadukan. Kan? Tidak akan ada seorang pun yang tidak akan rasa apa apa jika suaminya mahu berkahwin lain. Tapi, itulah hakikatnya dalam cerita tersebut. Suaminya ingin berkahwin lain.
Itu takdir hidup wanita tersebut. Memang wanita itu sakit. Terlalu tajam baginya untuk menerima takdir dan hakikat itu. Tapi, Allah Maha Berkuasa. Wanita tersebut di berikan kekuatan oleh Allah, wanita tersebut menerima juga kehendak suaminya kerana itulah Takdir yang die harus terima. Wanita itu sendiri yang melamar bakal isteri suaminya. Wanita itu sendiri yang mengeluarkan kata kata membenarkan perkahwinan suaminya. Sakitnya wanita itu hanya Tuhan yang tahu.

Wanita itu mahukan yang terbaik untuk suaminya. Wanita itu mahu suaminya bahagia. Dia percaya dan dia tahu, suaminya ingin berkahwin bukan atas desakan nafsu. Wanita itu kenal siapa suaminya. Suaminya sentiasa yang terbaik dalam hidup wanita itu.

Betapa besar pengorbanan wanita itu, kan? Daripada cerita cerita yang pernah aku baca, yang pernah aku tengok, aku bukan sekadar baca dan tengok. entahlah. Kadang2 aku masuk kan diri aku dalam watak cerita tu. Sebab aku tahu, hisup tak sentiasa jadi seperti yang kita inginkan.
macam macam boleh terjadi. Manusia kena terima walau apa pun ia. Kan?

Sebagai seorang perempuan, tak kan lari dari hatinya perasaan lembut. Kan? Walau sekuat mana pun seseorang perempuan itu cuba tunjuk kan, tapi hakikatnya, hati perempuan tetap Hati Kaca. Sebab itu, perempuan mudah menangis. Perempuan menangis bukan untuk simpati. Perempuan tak pernah minta untuk menangis. tak ada seorang pun perempuan yang menangis suka suka hati dia. Cuma tak semua perempuan boleh kawal dirinya dari menangis. Ada yang cepat jatuh air matanya, ada yang air matanya tak jatuh tapi hatinya menangis. tapi hakikatnya tetap sama.

Pesanan untuk diri aku sendiri dan untuk semua perempuan, wanita dan juga gadis,, bersyukurlah kerana anda dilahirkan sebagai seorang wanita.

Syurga seorang anak terletak dibawah tapak kaki ibunya.

Syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami.

Wanita tidak diciptakan dari kepala untuk disanjung. Bukan juga dari kaki untuk dipijak.
Tetapi, wanita diciptakan dari rusuk lelaki. Dekat dengan hati untuk disayangi. Hampir dengan tangan untuk dilindungi.

Walau siapa pun kita, apa pun kedudukan dan keadaan kita sebagai manusia, wanita diciptakan untuk lelaki. dan lelaki diciptakan juga untuk wanita. Masing2 saling memerlukan.

tak ada siapa yang lebih, tak ada siapa yang kurang. Kerana wanita dan lelaki lah, hidup ini dipanggil kehidupan.

:)