18 September 2010

Harga diriku

"Bukan ku tak punya harga diri tapi dirimu begitu bererti;
kaulah nafasku engkau harga diriku;
mengerti aku."

Aku mengaku. Aku gila.
Orang gila mengaku ke diri dia gila?

ENTAH.

Kenapa keadaan tak jadi macam biasa?
kenapa kena luar biasa?
macam mana aku nak hidup esok lusa?
Nak balik UM?

SUMPAH aku tak sanggup.
Boleh berhenti belajar tak sekarang?
heh. bodoh.


ENTAH.

Siang hari kau normal.
Malam je mula datang penyakit.
macam macam yang kau ingatkan.
macam macam yang kau rindukan.

SUMPAH.
memang aku gila.

tolong masuk kan aku dalam hospital bahagia.

PLEASE.

14 September 2010

Aku, Kau, manusia.

Aku tau aku bukan yang terbaik.
Aku tau aku hanya hambaNYA yang hina.
Aku tau aku tak lari dari dosa.
Aku tau aku tak sempurna.
Aku tau siapa aku.

Tapi, kau, aku,
tetap manusia.
Manusia yang sentiasa sama disisNYA.
manusia yang tiada beza.
Hakikatnya, kita manusia yang sama.
Hidup dlm kehidupan yang sama.
Kau, aku.
Masing2 ada hati.
Masing2 ada jiwa.
masing2 akan mati.

Apa yang aku tau; Apa yang aku mahu,
Aku akan cuba sedaya yang aku mampu,
Kerana aku juga manusia,
Sama seperti kau, sama seperti mereka.
Aku hidup bukan untuk diri aku,
Kau juga begitu.
Semua manusia begitu.

Manusia tak akan sentiasa berada di atas.
Jangan simpan dendam,
Buang bongkak dan benci yang tertanam,
Semoga Allah tenangkan hati aku, kau, dan manusia,
kerana manusia tiada yang sempurna.
Kau, aku, semua sama.
Sama, tiada beza.
Itu hakikat.
Setinggi tinggi benci dan bongkak,
Satu hari nanti manusia akan rasa peritnya jatuh.
Dunia ini adil.
tapi manusia tak pernah serik.

Aku tak punya kuasa untuk mengubah dunia,
aku tak punya kuasa mengubah hati manusia,
Tapi aku tahu, aku percaya,
Hati aku kuat, dan ingin terus percaya,
Sabar; Terus cuba sedaya upaya,
Allah Maha Besar,
MahaMengetahui,
Maha Mengampuni,
Maha Mengasihi,

Semoga aku kuat,
Semoga aku terus mampu,
Hanya Allah yang tahu apa yang aku mahu,
Dan aku akan terus mencuba selagi aku mampu.

kerana aku juga manusia,
Sama seperti kau, sama seperti mereka.