Aku tau aku bukan yang terbaik.
Aku tau aku hanya hambaNYA yang hina.
Aku tau aku tak lari dari dosa.
Aku tau aku tak sempurna.
Aku tau siapa aku.
Tapi, kau, aku,
tetap manusia.
Manusia yang sentiasa sama disisNYA.
manusia yang tiada beza.
Hakikatnya, kita manusia yang sama.
Hidup dlm kehidupan yang sama.
Kau, aku.
Masing2 ada hati.
Masing2 ada jiwa.
masing2 akan mati.
Apa yang aku tau; Apa yang aku mahu,
Aku akan cuba sedaya yang aku mampu,
Kerana aku juga manusia,
Sama seperti kau, sama seperti mereka.
Aku hidup bukan untuk diri aku,
Kau juga begitu.
Semua manusia begitu.
Manusia tak akan sentiasa berada di atas.
Jangan simpan dendam,
Buang bongkak dan benci yang tertanam,
Semoga Allah tenangkan hati aku, kau, dan manusia,
kerana manusia tiada yang sempurna.
Kau, aku, semua sama.
Sama, tiada beza.
Itu hakikat.
Setinggi tinggi benci dan bongkak,
Satu hari nanti manusia akan rasa peritnya jatuh.
Dunia ini adil.
tapi manusia tak pernah serik.
Aku tak punya kuasa untuk mengubah dunia,
aku tak punya kuasa mengubah hati manusia,
Tapi aku tahu, aku percaya,
Hati aku kuat, dan ingin terus percaya,
Sabar; Terus cuba sedaya upaya,
Allah Maha Besar,
MahaMengetahui,
Maha Mengampuni,
Maha Mengasihi,
Semoga aku kuat,
Semoga aku terus mampu,
Hanya Allah yang tahu apa yang aku mahu,
Dan aku akan terus mencuba selagi aku mampu.
kerana aku juga manusia,
Sama seperti kau, sama seperti mereka.
No comments:
Post a Comment