Showing posts with label Suka Suka. Show all posts
Showing posts with label Suka Suka. Show all posts

21 January 2012

5 perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki

Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..

Wanita yang terdesak- Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.

Wanita yang tidak berhenti bercakap- Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.

Tidak pandai menjaga kebersihan- Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

Postur tubuh yang bongkok- Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.

Wanita yang mudah dipikat- Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.




*saja isi masa lapang. any info akan di selitkan lagi di sini. :)



Sumber: SINI

07 August 2011

Anak Encik Mn.

Assalamualaikum pembuka bicara. (ok. ini ayat poyo kejap. Bagi salam je dah lah kan.)


Saja je. Hehehehe. Tiba tiba rasa nak bercakap pasal anak anak encik Mn (Encik Mohd Nor). Itulah maksud Mn ye. Farah Mn adalah Farah Mohd Nor. Bukan farah "mana". =.=" Ok.

Bermula dengan anak sulung iaitu saya. Nama saya Farah. Ye. Itulah dia nama tunggal saya. Tiada nur, mahupun nurul apatah lagi siti, dan mustahil untuk menjadi tengku dan raja farah juga. Hahahahaha. Ok. Tak nak lah membebel banyak pasal farah ni kan. Farah dah lahir tahun 1988. Dah tua dah si farah tu sekarang. Hahahahahaha. Tua tapi perangai macam kanak kanak lagi. Lalalalalala. badan pun macam orang tak cukup zat. jari macam jari anak kucing. Sebab itulah si farah tu tension bila tak boleh main gitar dengan seronoknya. (tiba tiba je.) hahahaha. Ok. Abaikan masalah gitar tu. Farah ni simple je orangnya. Hohoho. Simple kah? Ye lah. Simple sampaikan kecik2 dulu memang lah SELALU GILA KENA BULI ok. Dekat sekolah. Dekat rumah. OK. whatever. Huhuhu~ Sebagai seorang penyulung, (anak sulung) =.=", memang farah ni seorang penyulung yang agak gila. Hahahahahaha. Gila dan gila gila tapi sebenarnya baik. (Wudddee,,, Hahahahaha. Puji diri sendiri tak boleh blah.) Ok. Dah! Next!





Penengah (anak tengah) adalah Fitri Mn. hahahaha. Yang ini nama dia ade la Muhammad. Muhammad Fitri. Lahir tahun 1992, so sekarang ni berapa ha umur dia? malas nak kira. Hahahahaha. Ok. Tak berani nak bebel lebih lebih nanti kang tak pasal pasal jadi issue ngumpat adik sendiri pulak kan. Owh tidak! Hahahaahha. Si fitri ni kecik kecik comel. Awwww! Cantik je dia masa kecik. hahahahahaha. Tapi dah besar memang tak lah kan. Memang nak kena baling la kalau cantik. Hohoho~ Si fitri ni pandai mengalahkan kakak dia. gila jeles. Ok! Semua nak straight A kecuali UPSR. huhuhu~ Lek2. UPSR je. yang pasti, kalau si fitri ni berjaya, terbang ke German lah beliau lagi 2 tahun. Sob, Sob, tak tau lah macam mana keadaan kakak dia kalau dia kat German nanti kan. Dia yang dok asrama before ni, and sekarang dekat shah alam pun kakak nya agak meroyan. Uwaaaaaa~ Nanti tak de lah geng nak merepek bersama. Isk, Ok ok ok. tak nak cerita lebih nanti emo. Lambat lagi nak pegi. Tapi esok dia dah nak kena balik shah alam dah. Ok. Fine. Nanti Raya cuti lagi. So, boleh continue recording dekat rumah sendiri. Sempatlah kakak dia practise suara sikit. Bhahahahaha. (Syok sendiri). Ok. dah! Next!






Pembongsu (anak bongsu) adalah bernama Farina Mn. Yang ini pun nama tunggalnya Farina. Farina ni baru tingkatan dua. Sebab beliau lahir tahun 1997. Yang ini, huhuhuhu. hot stuff. erkkk! Dah. Tak payah nak hot hot sangat. Dak kecik lagi! Hahahahahaha. Biasalah, kalau dah bongsu, mestilah manja kan. MEMANG sangat ha. Sampaikan kakaknya tak ada tempat nak bermanja dah. =.=" Tu yang kurang kasih sayang tu. (Gurau je.) Ok. Farina ni tegas. Seriously. Angin tak tentu. Kalau dah angin, memang ribut satu rumah. (Jangan marah ye cik farina. mampus aku kalau dia marah.) Hahahahahaha. Memandangkan dia ni anak bongsu dan manja, so tak boleh nak buat apalah kan. memang mengalahkan diri lah untuk dia. Ish ish ish. Sabo je la. huhuhu~ Tak pe. Nasib baik kecik lagi. Settlekan hal sekolah dulu apa apa pun! Ingat! Hahahahaha. Baru lah boleh share2 baju dengan girangnya. Hahahaha. Walaupun dia yang bongsu tapi memang badan dia lagi nampak cukup zat dari kakaknya. Ok. Baru tingkatan dua kan. Masih berpeluang untuk membesar. Hahahahaha. Ok. Silakan meninggi dan berisi lagi ya. Memang lepas ni makin nampak kurang zat lah kakaknya. Ok. Dah!

dah tak nak cakap lagi dah. nanti karang mereka dapat publisiti pula. Hahahahaha. Apa pun, just nak bagitahu yang, I love them. :)




Saya sayang mereka.

Itu sahaja.

Ok. Bye.





03 August 2011

Ada apa dengan wanita? Dan mengapa pula dengan Lelaki?

Assalamualaikum.

:) Saja je nak share some interesting things/knowledge/facts about lelaki dan wanita. Huhuhuhu,
Macam menarik je benda ni. So, apa lagi, wujudlah entry ni. hahahaha. ok2. Jom kita tengok apakah ia.


1. KECANTIKAN seorang wanita adalah terletak sejauh mana dia menahan MALUnya dan KEGAGAHAN seorang lelaki adalah terletak sejauh mana dia menahan/menjaga MARAHnya.

2. Suami adalah seorang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaanya. -->*erk. agak sukar di fahami, tetapi saya rasa saya faham. huhu

3. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian setelah dia masuk ke liang kubur. --->*Erkkk!

4. Mata yang paling indah tetapi harus diwaspadai ialah mata kaum wanita.

5. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaanya yang terbaik adalah ketika menerima anda sebagai suami. :)

6. Yang di inginkan seorang gadis di dunia ini adalah seorang suami dan apabila dia sudah memperolehnya, dia menginginkan segala-galanya.

7. Wanita biasanya memaafkan pengkhianatan suaminya tetapi dia tidak bisa untuk melupakanya.

8. kecantikan wanita TIDAK BEERTI apa2 melainkan dengan kemuliaan akhlak dan tingkah lakunya.

9. Sebelum berkahwin wanita menghafal seluruh jawapan dan setelah berkahwin dia menghafal seluruh pertanyaan. --->*Ok. yang ini saya tak faham. hahaha

10. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki dan tanpa wanita lelaki bermalam dalam kegelapan. :)

11. Wanita lebih cepat daripada lelaki menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. --->*setuju! =.="

12. Wanita tertawa bila dia mampu. Dan menangis bila dia inginkan sesuatu. -->*agree.

13. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika dia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

14. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan dia tidak mengenal pertengahan. -->*agak la. =.=

15. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia. :)

16. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, lelaki mencintai untuk hidup bahagia.

17. Kebijaksanaan wanita terletak dalam hatinya. --->*That's why, jangan ikut perasaan n hati sgt ya. :)

18. wanita yang bijaksana menambahkan "Gula" setiap kali dia berbicara dengan suaminya, dan mengurangkan "garam" dalam ucapan suaminya. :)

19. Cincin perkahwinan adalah cincin yang termahal di dunia. Sebab? Mengharuskan pembelinya mengingati "harganya" setiap bulan tanpa henti. :)

20. Sesungguhnya tidak ada wanita yang cantik, tetapi adanya lelaki yang lemah dgn kecantikan.

21. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati adalah jantungnya, dan bagi wanita adalah lidahnya. -->*Betapa hebatnya mulut orang perempuan kan?

22. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. :)

23. Bertunang: Lelaki banyak berbicara dan wanita dengar. Semasa berkahwin: Wanita berbicara lelaki mendengar. Selepas berkahwin: Suami isteri berbicara, jiran yang dengar. --->*Hahahahha. Ok. Ini nak gelak guling2, huuu

24. Secara umunya, wanita ada dua mata. Dan bagi wanita yang cemburu, ada tiga mata. Satu kanan, satu kiri, dan satu lagi di arahkan kepada suaminya. -->*LOL =.="

25. pada umumnya wanita TAKUTKAN TIGA perkara. : Tikus, Uban, dan wanita cantik yang menjadi sainganya. --->*Huuuu~ Terkena setempek kat muka aku ni. hahaha

26. Isteri yang jujur dan setia membantu meringankan beban kehidupan suaminya.







Huhuhu. maka itulah sahaja kot yang nak di kongsikan di sini. Ini pun tak copy paste semua. Dah la nak copy tak boleh. so, TYPE balik. ahahahaha, maka, tak semua lah yang saya ambil. malas nak type. huuu,


Walaupun ada yang kelakar, tapi sesetengahnya macam betul je kan? Huu, Ok. Mintak diri dulu ya.



Rujukan: http://www.mediajer.com/MJ-v1/2011/02/ada-apa-dengan-wanita-dan-mengapa-pula-dengan-lelaki/

25 February 2011

. 30 perkara tentang wanita

:) Sekadar nak berkongsi. Saja suka suka. Sedang google2, terjumpa, so, saja nak share. hahaha,, walaupun dah ramai yang share bende ni. ahahahhaa,, :p



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.