Showing posts with label break. Show all posts
Showing posts with label break. Show all posts

08 February 2012

Senyum untuk mereka

Aku tetap perlu senyum, untuk mereka.
Untuk dia.
Dia yang mahu.
Dan kini dia ada apa yang dia mahu.





Aku?






:)

30 January 2012

Aizat Amdan

Ok. AJL dah habis. Bukan nak buat entry pasal AJL. Ataupun pasal lagu Sg Lui. Tapi pasal lagu lain. Lagu yang buat saya jatuh chenta dengan aizat amdan.

dan lagunya adalah..


Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/aizat/hanya_kau_yang_mampu.html ]
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Ooooo






-Kalau tak tau lagu apa ni, sila lempang muka sendiri laju laju depan cermin. Kbye.









Mode; kecewa. ya. masih. sekian.

29 January 2012

Sakit

Siapa sangka. Bila kita ingat semuanya dah selesai, kita ingat kita dah bahagia.
Allah boleh tarik balik apa saja yang kita ada; dengan sekelip mata saja.

Dengan sekelip mata saja; orang yang ada dalam hati kita boleh pergi tanpa ada perasaan apa2. Yang tinggal? Kita terduduk terdiam sendiri.

Mana punca? Apa punca?
Semuanya datang dari diri kita sendiri.

Walaupun mulut dan hati tak henti menuduh manusia, tapi hakikatnya kita sendiri.
Memang. Hati siapa tak hancur bila tiba tiba di tinggalkan. Hati siapa tak terluka.

Tapi hakikat; tak ada guna memaki hamun. Hurm.
tapi aku sendiri tak habis habis menyalahkan. tak habis habis memaki dengan perasaan.

Kenapa tiba tiba?

Sebelum ni semua indah. Walaupun mungkin aku sendiri tak nampak.
Aku ingat aku berjaya dan bahagia. hakikatnya sekarang aku terus terdiam tak berkata apa apa.

Ya Allah..

Kenapa sukar untuk membuang sesuatu yang dah memang melekat dalam kehidupan kita?
Sesuatu dan seseorang yang sudah memang sebati dengan diri kita?

Kau hadirkan dia dalam hidup aku suatu ketika dahulu, dan Kini dia sendiri pergi.

Ya Allah,

Aku cuba redha dengan ketentuan Mu. Tapi hakikat; Hati aku lemah.

Aku tak mampu.

Sebelum ini, pernah terjadi. Seperti ini. Perkara yang sama. Aku kumpul semangat, aku kumpul kekuatan. Dan tiba tiba, aku melupakan. Aku teruskan kembali. Mungkin, pada waktu itu, aku kuatkan diri sendiri, berkata pada diri "Kali ini mungkin lebih baik buat kami".

Alhamdulillah. Kami berjaya meneruskan. Selepas kami jatuh, selepas kami roboh, kami bina kembali. Dan kini,

Aku terpaksa redha.


Aku tak boleh memaksa.


Aku kena akur.


Aku kena terima.


hakikatnya? Semua yang aku perlu lakukan itu; Sukar! Teramat sukar!

Seolah2 aku mahu semuanya kembali normal seperti sedia kala.






Mustahil. Ini ketentuan dan takdir.





Aku harus redah walau apa sekalipun.




Ya. Bercakap dengan diri memang mudah. tapi melakukan?