12 March 2010

Permintaan hati

Bagaimana cara hati meminta?
Satu perkataan sahaja. DOA.
Berdoalah, InsyaAllah, dikabulkan oleh Nya.
Hati aku meminta kesejahteraan keluarga.
Hati aku meminta ketenangan jiwa.
Hati aku meminta kebahagiaan.
Bukan sekadar aku. Aku pasti manusia lain juga begitu.
Meminta perkara yang sama.
Kehidupan tidak selalunya di atas.
tak selalunya senyum.
Banyak perkara lain yang akan memecah masuk mengganggu manusia.
tetapi, walau apa pun yang disediakan dalam kehidupan aku,
aku meminta sepenuh jiwa aku,
kurniakan aku ketenangan.
Bantu aku hadapi apa juga yang telah tersedia.
Tiada manusia tahu hari esok.
Tapi aku percaya, Allah sentiasa membantu hambaNya yang ikhlas.
Jangan biarkan perasaan tak elok terbuku dalam hati.
Sabar. Itu penting.
Biar aku menangis. Itu cara ku.
Hati aku begitu. Aku tak dpt ubah.
Aku benci dendam.
Sifat tak baik kan tu?
Jangan sekali2 aku berdendam dgn kehidupan.
Kerana kehidupan ini milik Allah.
Satu hari nanti aku akan tiada juga.
Dan aku ingin pergi tanpa ada dendam dalam diri.

Ya Allah, bantulah aku.

No comments: