22 May 2012

Simpan dan jaga hati ini sebaik mungkin. :)

Assalamualaikum wbt..

How are you guys? Hehehe, Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan yang sihat hati, sihat diri, sihat minda. InsyaAllah. :) Macam dah lama pula tak update blog.
(Ada ke yang tunggu update from me?) Huu,, tak kisah pun bilangan pembaca dan penyinggah. Siapa yang menyinggah dan membaca, Alhamdulillah. :)

Baiklah. Kali ni, sesi meluah perasaan. Kenapa? Sebab mahu bercerita "soal hati". Tapi bukan yang afdlin shauki and erra tu ye. Itu soal hati dah bertahun lama dah tu. huhu~ Okay. Hati.
Apakah itu hati? Dari perspective science, hati adalah salah satu organ dalaman. Mengikut kamus wikipedia, hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi proses penghadaman. Haa.. itu from science's perspective lah kan. Bukanlah itu yang ingin dibicarakan. Kerana, saya pun tidaklah belajar dalam bidang itu. Nak ikut bidang saya, sakit hati dengan akaun ada lah. hu hu hu.. (Tak elok sakit hati ok. Syhh. Jauhkan perasaan sakit hati). InsyaAllah.. :)


Jadi, kalau bukan hati yang berada dalam tubuh badan kita yang menjadi topik untuk dibicarakan, hati mana lagi ya? Bukan hati lembu, bukan hati ayam. Tapi, hati kita. Ya. Hati itu organ dalaman badan kita. Dan juga "kuasa dalaman" diri kita juga. Kenapa saya cakap ia "kuasa dalaman"? Sebab; macam2 boleh berlaku hanya kerana "Hati". Kenapa saya cakap macam tu? Kalian tengok saja keadaan sekeliling. Apa yang berlaku bila berkaitan soal hati.

Kita lihat pada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda;

"Dalam tubuh manusia terdapat segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk gumpalan darah itu maka buruklah kesemuanya, ketahuilah bahawa gumpalan darah itu ialah hati"

Sahabat semua, begitu hebat penangan hati ini, kan?

Kerana sakit hati, kita berbalah. Bergaduh. Bermusuh. Malah, ada yang sampai sanggup membunuh. Kerana terlalu mengikutkan hati, segalanya binasa. Punah iman. Punah akal fikiran. Kita bertindak di luar kawalan bila terlalu ikutkan hati. Bila hati kita menginginkan Cinta, bila hati kita inginkan dia, macam-macam lah kita lakukan. Sanggup meletak kan malu di luar kotak kehidupan kita. Dan akhirnya, tewas dengan tipu daya Syaitan nirrajim. Bila hati kita inginkan duit, macam-macam cara pula kita gunakan. Sehingga sanggup ambil dari punca yang tidak sepatutnya. Dan bila hati kita mula menyimpan rasa benci, juga macam-macam kita lakukan. Sehingga sanggup bertikam sesama sendiri. Nauzubillahminzalik.. Semoga kita dijauhkan dari kelompok hati yang sedemikian..

Sebentar. Ingin saya katakan pada kalian, tiada manusia yang sempurna. dan tiada manusia yang betul2 suci hatinya. Sedar tidak sedar, hati kita tentu ada terpalit sesuatu. Kan? Saya juga. Saya juga begitu. Jika kotornya hati ini boleh dizahirkan, saya percaya, manusia sekeliling akan lari bila dekat dengan diri ini. :(

Sahabat sekalian, yang amat saya kasihi kerana Allah, kita manusia yang sama di sisiNya. Kita punya hati. Hati itu satu dalam diri masing2. Dan kita lah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hati kita. Bagaimana kita menguruskan hati kita? Sejauh mana hati ini gunakan untuk hidup dijalanNya, dan sejauh mana hati ini telah kita gunakan untuk melayani nafsu yang sering di goda oleh syaitan dan iblis? Ya Allahu Ya Rabbi.. Hanya-Mu yang tahu segalanya tentang hati ini. Betapa hinanya hati ini di sisiMu Ya Allah..

Sahabat sekalian, kita semua ketahui, dari hati, maka datanglah cinta. Bila kita terpandang seseorang itu, maka hati kita akan berasa lain dari yang lain. Dari situ lah kita tahu bahawa hati kita cintakan seseorang. Saya percaya, ramai di antara kita yang pernah mengalami perasaan sedemikian. Jujur saya katakan, saya juga. Tidak terkecuali. Malah, amat menyedihkan, kerana saya biarkan saja hati itu terus di bawa "cinta". Terus dan terus gelap dan kotor. Tanpa ada sebarang penjagaan. Zahirnya, saya gembira. Gembira kerana saya punya "cinta hati". Bangga kerana kononnya kami saling mencintai. Itulah hakikat perasaan. Tetapi, Allah Maha Besar. Kuasa Allah sungguh hebat. Cinta itu bukanlah Cinta hati yang sebenar-benarnya. Gembira secara zahirnya, tapi tidak pernah tenang dan tenteram secara batinnya. Sungguh. Ikhlas saya katakan, ikhlas saya kongsikan.

Cinta dan hati itu adalah fitrah. Itu adalah sesuatu yang memang ada dalam diri dan kehidupan kita. Tidak dapat kita nafikan, kerana itu adalah dari Allah. Tidak sama sekali saya mengajak kalian untuk membuang fitrah itu. Tidak. Saya bercakap soal hati kali ini, kerana saya ingin untuk kita sama-sama menyimpan hati ini, dan menjaganya sebaik mungkin. Saya tidak mahu kalian mencemarkan hati sepertimana saya telah cemarkan. Saya tidak mahu kalian merasa ketidak tenteraman itu sepertimana yang telah saya rasakan. Kerana kita tidak tahu, bila nyawa kita akan di ambil olehNya. dan kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Mungkin hari ini kita kata, "esok lah aku jaga hati ni". Tapi, mungkin 10 minit lagi nyawa kita diambil. Kita tak tahu. kan? Mahukah kita pergi menghadapNya dalam keadaan hati kita yang tiada untukNya?

Sahabat sekalian, saudari sekalian, dan juga saudara sekalian... Mari kita renungkan firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah yang bermaksud:

"Boleh jd kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jd (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, krn sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, sdg kamu tidak mengetahui"
(Al Baqarah: 216)

Membenci dan menyukai sesuatu, itu perasaan yang hadir dari hati. Dan kerana hati, kita mungkin tidak mampu menentukan apa yang baik dan buruk untuk kita. Tapi percayalah, Allah Ya Qadir adalah sebaik2 Penentu. Simpanlah, dan jagalah hati kita hanya untukNya. Serahkanlah hati kita hanya padaNya. Tanam dan semailah cinta dalam hati kita untukNya..
Sungguh, cinta Allah itu indah. Terlalu indah dan tersangat indah, lebih dari segalanya. Terlalu agung cinta itu, dan tidak terbanding dengan cinta untuk manusia yang bernama kekasih.

Sahabat sekalian, kenapa saya luahkan bicara berkaitan hati? Sekali lagi saya katakan, hati adalah organ tubuh dan iman yang paling penting. Iman yang bertambah, datangnya dari hati yang tetap mencintaiNya. Datang dari hati yang diserahkan sepenuhnya padaNya. Sedih saya melihat sahabat2 sekalian yang merana terseksa kerana menunggu cinta yang tidak sampai. Kerana mengejar bahagia cinta dari seseorang. Mengapa perlu kita kejar bahagia yang kita tidak nampak itu sedangkan Allah sentiasa menunggu kita. Allah sentiasa menunggu untuk kita curahkan cinta padaNya, Dia sentiasa ada untuk kita bahagia. Tapi kita? terus pergi berlari meninggalkanNya kerana mengejar cinta dia, mahupun membawa diri kerana terluka dek kerana cinta dia. Saya juga pernah rasakan semua itu. dan lalui semua itu. Hati saya juga pernah kononnya terluka. Tapi besar manalah sangat luka dan kecewa itu jika kita bandingkan dengan kejamnya diri kita yang tidak sedikit pun cuba untuk mencintai Allah. Kita marah bila dia curang pada kita, tapi pernahkah kita fikirkan, pernahkah kita membalas Cinta Allah?

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Malu diri ini bila mengagungkan hati untuk yang lain sehingga lupa untuk membaja cinta untukMu.. Sekali lagi sahabat yang sangat saya kasihi kerana Allah,, sama2 kita berdoa... Berdoa agar hati kita ditetapkan hanya untuk Allah. Semoga hati ini akan sentiasa kita basahkan dengan zikrullah dan lafaz cinta untukNya. Semoga hati ini sentiasa kita jaga dan pelihara..

Bantulah kami untuk memelihara hati ini Ya Rabbul Izzati... Kukuhkanlah hati kami untuk terus mencintaiMu hingga akhir nafas kami.. Berilah kami hidayahMu agar kami terus menjaga hati ini untu mencintaiMu...

Ameen.. Ya Rabbal Alameen..






#Penghargaan buat saudara Hilal Asyraf. Kerana beliau juga ada membicarakan soal hati ini. Daripada perkongsian bicara beliau, hati ini terasa ingin berkongsi dengan kalian semua.. Saudariku, saya sayangkan kalian, lillahi ta'ala..


Cukup rasanya bicara saya kali.. Mari kita bersama berdoa dan menjaga hati ini... InsyaAllah...

10 May 2012

Suatu Permulaan


Assalamualaikum w.b.t kepada sesiapa yang singgah dan membaca. Lama rasanya tak update apa2 di sini. Kekangan masa. Banyak perkara perlu di selesaikan. Tapi, hari ni rasa macam ingin berkongsi sesuatu. Secara umum. Dan secara amnya. Baiklah, bagaimana harus memulakan ya?
"Senyum". :)

Bercakap tentang "Suatu Permulaan". Ya. benar. Ini yang sedang ditanamkan dalam diri. dan saya percaya, setiap orang pasti akan memulakan sesuatu. Jika kita tidak mulakan, bagaimana perjalanan itu dapat diteruskan? Biarlah, walau apa sekali pun kita mulakan, sesuatu itu perlu untuk berada di jalan yang di redhaiNya. InsyaAllah.

Tapi disini, perspektif tajuk ini difokuskan tentang diri sendiri. Dan mungkin juga boleh kita kongsi bersama. Saya bukanlah seorang yang banyak ilmunya. malah, saya juga sedang mencuba sedaya upaya untuk mencari dan terus mencari ilmu itu. Semoga ilmu itu akan dimanfaatkan dan diamalkan. InsyaAllah. Tapi, kita fikirkan. Pengalaman juga merupakan satu pengajaran yang amat penting dan bermakna. Jika kita ambil remeh sesuatu itu, maka berlalu dengan sia sia lah pengajaran itu. Dan ternyata, kita dalam kerugian. Tak banyak untuk saya cakapkan, cukuplah setakat apa yang pernah saya lalui. Pernah saya sia sia kan peluang dan pengajaran itu, pernah saya berpatah balik bila kaki ingin melangkah ke depan, pernah saya jatuh dan tewas dengan hasutan syaitan dan dunia. Pernah saya rasai semua itu. Bayangkan, jika saya tidak berada di sini pada hari ini, apakah nasib saya di alam kubur?

Ya Allah, Syukur Alhamdulillah. Kerana hingga saat ini saya masih berada di sini. Syukur, Ya Allah. Kerana suatu kehidupan yang baru muncul dalam diri dan seluruh kehidupan. Bukanlah ingin menjaja apa2, tetapi, sesuatu kebaikan itu perlu kita kongsikan bersama. Sekadar ingin berkongsi keindahan kebahagiaan itu. Betapa indahnya hati dan perasaan kerana cintakanNya.
Betapa sesuatu kehidupan ini tidak pernah saya lalui, dan syukur Ya Allah, kerana peluang untuk bernyawa masih ada hingga kini.

Saya sedar. Bagaimana kehidupan saya berlaku. Segala rentetan perjalanan itu masih segar dalam fikiran. Dan, saya akur. Diri ini bukanlah suci dari dosa. Terlalu banyaknya tompokan dosa itu, hanya Allah saja yang tahu. Dan hati ini terus berharap agar, masih ada keampunan dan peluang, untuk diri terus berjalan keranaNya. Apa yang ingin saya kongsikan disini, jauh di sudut hati saya, saya terlalu ingin untuk melihat kita semua sama sama berjalan menuju ke jalanNya. Jika kita pernah tersalah jalan, jika kini kita berada di jalan yang tidak sepatutnya, masih belum terlambat untuk kita kembali. Kembali ke jalan Allah, sebelum kita kembali kepadaNya. Allah Maha Menerima taubat hambaNya.. percayalah, kebahagiaan yang sebenarnya adalah apabila kita tenang mengingatiNya, dan mencintaiNya..

Tidak ada istilah terlambat selagi kita masih bernyawa. Kerana mati itu hadirnya pada bila-bila. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin sesaat lagi. Hanya Allah yang tahu, bila kematian itu terjadi. Dan bila nyawa tidak lagi berada dalam diri kita, kita tidak akan mampu untuk bangun dan merayu lagi.. mahu atau tidak, alam yang seterusnya sedang menunggu kita. Bersediakah kita untuk itu? Apakah yang kita bawa untuk itu? Kemanakah arah kita selepas itu? Inginkah kita berada dalam seksaan selamanya? Kerana alam akhirat itu adalah sesuatu yang kekal.

Saya bertanya kepada diri. Kita bertanya kepada diri. Terlalu banyak dosa sebati dengan diri. Apakah dosa itu yang akan kita bawa nanti? Sahabat yang dirahmati Allah, bukanlah bermakna saya tidak melakukan dosa. Saya percaya, ramai yang tahu siapa saya. Bagaimana kehidupan saya. Tapi, jauh disudut saya, saya tidak mahu perkara yang sama berlaku dalam hidup orang lain. Kematian akan datang menjemput kita bila masanya tiba. dan kita tidak akan tahu bila masanya. Yang kita tahu, ianya PASTI. dan kehidupan di sana nanti adalah KEKAL.

Jika hati kita terdetik sesuatu, jika Allah detikkan dan letakkan sesuatu di hati kita, genggamlah erat2 sesuatu itu. Jangan lepaskan. Mungkin, jika kita lepaskan, ianya tidak akan datang lagi. Mungkin kematian akan menjemput kita dahulu. Hanya Allah yang tahu. Ya, benar. Untuk menggenggam sesuatu itu adalah sukar. Kerana syaitan sentiasa berusaha untuk menjauhkan kita dari Allah, dan syaitan akan terus berusaha untuk membuatkan kita leka dengan dunia.
"Mujahadah itu sukar. Kerana syurga itu indah". Biarlah kita dipandang pelik, biarlah kita diperkatakan, biarlah dunia bising, tetapi kita perlu kuat kerana kehidupan yang kekal nanti, adalah bahagia untuk kita.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Suatu perjalanan tidak akan bermula jika kita tidak memulakan langkah. Mulakan langkah dengan sujud padaNya. Tadahkan tangan untuk berdoa kepadaNya.. Agar kita diberi kekuatan untuk melangkah keranaNya. Agar kita diberi kekuatan untuk tidak kalah dengan dunia, agar hati kita sentiasa berpaut padaNya. Kita hanyalah manusia biasa. mampukah kita hidup tanpaNya? Sudah tentu tidak. Apatah lagi untuk kita hidup di jalanNya, mampukah kita lakukan tanpa meminta pertolongan dariNya? Selagi kita bernyawa, kita perlu cuba sedaya upaya. Untuk teruskan perjalanan di jalanNya. Renung kembali, kenapa kita diciptakan, dan kemanakah kita selepas ini. InsyaAllah, akan timbul sedikit perasaan di hati bila kita renungkan semua itu.

Inna solati, wanusuki, wamayahya, wamamati, Lillahirabbil'alamin..
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.


InsyaAllah, dengan izinNya, sesuatu kebaikan itu akan dipermudahkan untuk kita. Yakin dengan Allah, Yakin dengan diri. Masih ada masa untuk kita mulakan satu permulaan itu. Dan sama2 kita doakan agar kita terus istiqamah dalam melakukan sesuatu di jalanNya..

Doakan saya juga, saya juga perlu untuk terus mengingatkan diri sendiri. Dan semoga Allah membantu kita semua, Amin, Ya Rabbal 'Alamin.~





Maaf jika ada yang tidak senang, perkongsian ini sekadar untuk bersama sama mengingatkan diri sendiri.



May Allah Bless us, Friends.


28 April 2012

Hebatnya Cinta; Allah


Assalamualaikum.

Kali ini, kita bercakap tentang cinta. Hanya ada satu cinta yang agung. Dan, saya pasti, semua orang tahu bahawa cinta yang teragung itu adalah cinta untukNya. Subhanallah. Betapa hebatnya cinta ini. Kerana, Allah tidak akan dan tidak pernah mengecewakan kita. Allah tidak akan menyakiti kita. Allah tidak akan membiarkan kita; Selagi kita mencari jalanNya, dan mencari redhaNya. Benar. Cinta itu indah. Terlalu indah, dan hanya Allah yang tahu betapa indahnya cinta itu.

Benar. Saya hanya seorang manusia. ya. MANUSIA. yang punya nafsu, yang sentiasa menjadi sasaran Syaitan dan iblis untuk dihasut. Dan tidak terkecuali, saya tidak lepas dari itu. Tak perlu bercakap panjang soal itu. Pada saya, biarlah. Segala kehidupan yang telah berlalu dan berlaku, itu adalah sesuatu kesan peninggalan. Sesuatu yang akan sentiasa menjadi satu pengajaran.
Betapa jauh berada dariNya satu ketika dahulu. Ya benar... Tak perlu untuk menafikan dosa2. Kerana dosa yang telah dilakukan itu adalah sesuatu yang nyata.

Bertahun tahun lamanya; hidup bertemankan dosa. Membiarkan diri jadi dedahan. Kalah dengan kecantikan. Kalah dengan tipu helah syaitan yang sentiasa mendesak diri untuk menurutkan nafsu. Mahu itu ini. Memperlihatkan itu ini. Ya Allah.. Sungguh, hambaMu lemah. dan tenggelam dengan semua itu...

Sering tenggelam dan mengagungkan nafsu dan cinta yang entah apa apa. Ya! Entah apa2. Kononnya, cinta abadi. Cinta yang hanya bertumpukan pada pandangan dunia. Dan akhirnya, terus membiarkan diri berselimut dengan dosa. Ya Allah.. Tak terhitung dosaku..

Jadi, mengapa perlu diceritakan tentang ini? Untuk membuka aib sendiri? untuk mencari simpati? Untuk dapatkan perhatian? Hanya satu sebab, dan cukuplah hanya Allah yang tahu.
Untuk renungan bersama, yang tiada seorang pun manusia yang sempurna. Tapi percayalah,, saat kamu merasa indahnya cinta itu, itu adalah saat yang paling bahagia. Subhanallah...

Kita sering bercerita; betapa manisnya bercinta. Sweet. Hati wanita sering berkata begitu saat dilamun cinta. Tapi, ini bukan cinta biasa. Cinta ini cinta yang perlu ada. Cinta yang diwajibkan.
Kita dilahirkan, diciptakan, hanya untuk melalui kehidupan ini sebagai hambaNya...

"Alastu birabbikum?" (bukankah Aku ini Tuhanmu?)
" Qalu bala syahidna"
(benar, kami bersaksi bahawa Engkau adalah Tuhan kami)

Seperti mana yang dinyatakan dalam surah Al- 'Araaf ayat 172:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". "


Ya Allah. Mungkin dahulu aku tidak pernah memahami erti hidup yang sebenar. Dan hakikatnya, terus leka. Namun syukur, Alhamdulillah. Atas segala yang pernah berlaku dalam hidup. Itu adalah sesuatu yang mengajar untuk lebih mencintaiMu. dan ternyata, cinta itu adalah indah.

Kepada sesiapa sahaja yang membaca, cukuplah kita mencintai hanya Allah. Kerana cinta untukNya itu indah. Subhanallah. Terasa keindahanya. Terasa kelainanan.



Inilah kuasa dan kehebatan Allah. Allahu Akbar...







Semoga kita sama2 akan terus mencintaiNya, dan kerana kita harus saling mengingatkan untuk sesuatu kebaikan... Biarpun sukarnya, biarpun ada suara2 tidak senang, tapi hakikatnya, itu adalah tujuan hidup kita.





Masa akan sentiasa ada selagi Dia izinkan masa itu untuk ada. Tapi seandainya masa itu terhenti, nafas tak mampu dihembus lagi. jasad tak mampu dihidupkan lagi....

Selama mana masa ini diberi untuk kita, kita masih berpeluang untuk merasa kehebatan Cinta Allah S.W.T... Cinta yang benar... Cinta yang Abadi.....



27 April 2012

Ku Mohon

Assalamualaikum.

Rasa macam nak kongsi satu lagu. lagu dari kumpulan Firdaus. Tajuknya: Ku Mohon.
Ya Allah.. Bila dengar, dan bila di dengar liriknya satu persatu,,, Betul2 apa yang dirasa dalam hati. Sungguh,

Ku Mohon ya Allah... Kuatkan lah diriku. Untuk terus melawan. Untuk terus berjalan tanpa menoleh kebelakang. Untuk meninggalkan segala keseronokan yang mengaburi hati. Untuk meninggalkan segala yang membuatkan ku jauh dariMu.. Kerana dalam hati ini hanya ada satu, iaitu ingin terus berjalan di jalanMu... ya Allah..


Jom, sama2 kita dengar sambil hayati betul2 lirik ni...
(Just open in newtab or stop playlist dekat blog ni bila nak dengar lagu ni, ok. :) )






di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi

gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya…

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku~~







Lailahaillallah.. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Muhammadurasulullah... Nabi Muhammad pesuruh Allah...

18 April 2012

Jalan yang dipilih


Assalamualaikum.

Dah lama tak bercerita. Tak berkongsi apa2. Kali ni, terasa seperti nak bercakap tentang "Jalan". Jalan yang kita, sebagai manusia, pilih untuk hidup di dunia milik Allah S.W.T. Sejak kita dilahirkan, sejak itu bermula langkah baru dalam kehidupan kita. Bukan saja kehidupan kita, malah kehidupan ibu bapa kita. Kehadiran kita ibarat satu cahaya dan bahagia buat mereka. Dari kita berusia satu hari, hingga kini. Bertahun lamanya kita hadir dalam hidup mereka. Mungkin, di awal2 dahulu, kita adalah bahagia. Kita adalah cahaya. membuat mereka senyum, dan tersenyum. Tetapi, sedar atau tidak, semakin kita meningkat usia, semakin jauh perjalanan kita di kehidupan ini, mungkin, tanpa kita sedari kita kerap menyakiti mereka. Sedar atau tidak? Mustahil, jika kita fikir kita sentiasa membahagiakan mereka dan tidak pernah sekalipun menyakiti mereka. Mustahil.

Apa kaitan ini dengan jalan yang kita pilih? Banyak kaitannya. Jalan yang kita pilih, itulah jalan yang akan menentukan tempat untuk kita di suatu tempat yang kekal nanti. hanya ada dua destinasi. Hanya ada dua jalan yang membawa kita ke destinasi itu. "SYURGA, dan NERAKA".
Sesungguhnya Syurga dan Neraka adalah benar. Kematian itu benar. Hari perhitungan itu benar. Nikmat dan azab itu benar. Terlalu banyak kekurangan dalam diri ini, untuk bercakap dengan lebih lanjut soal ini. Tak tahu untuk bercakap tentang dalil2 berkenaan syurga dan neraka. Cukuplah sekadar berkongsi apa yang mampu saja. Ramai yang tahu dan pernah membaca Surah Al-Zalzalah. Surah yang menceritakan tentang hari pembalasan manusia.

Cuba kita hayati tafsir surah Az- Zalzalah:


"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! "

(Surah Al Zalzalah)


Sungguh. Hari pembalasan itu benar. dan bumi akan hancur. Dan kita akan memperoleh balasan dari semua perbuatan. Walau sebesar zarah, pembalasan itu tetap akan ada. Sesungguhnya Allah Ya 'Adl. Maha Adil. Walau hanya sebesar zarah sesuatu kebaikan itu, tetap akan tercatat dalam catatan amalan kita, begitu juga sebaliknya.


dan, benar. Syurga dan neraka itu adalah benar.

Segalanya turut diceritakan dalam Surah Al-Qari'ah.

"Hari yang menggemparkan, Apa dia hari yang menggemparkan itu? Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? - (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar."

(Surah Al-Qari'ah)

Ternyata. tempat yang panas itu benar. Dan tempat untuk bahagia itu juga benar. Sedar atau tidak, jalan yang kita pilih dan lalui sekarang adalah jalan yang akan membawa kita ke sana. Sama ada ke api yang membakar, ataupun memperoleh nikmat Allah yang tidak terhingga.


Mungkin, ada diantara kita yang tersalah jalan. Ya. Itu hakikat. Bercakap tentang diri sendiri. Pernah berada dan berjalan di suatu jalan yang kononnya memberikan bahagia dan gembira. Jalan yang hanya dipenuhi nikmat dunia. Dibutakan mata. Dihitamkan hati. Ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengajak kita mengikutnya. Ya. Diri sendiri ini pernah tertipu. Dan terpedaya dengan semua itu. Namun, Syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pembuka Rahmat. Maha Memberi Kurnia. Maha Pengampun. Dan Maha Penerima Taubat. Allah Ya Fattah, Ya Wahab, Ya Ghafar, Ya Tawwab.

Sungguh diri terasa malu. Dan terasa hina. Ya. ternyata kita hanyalah HambaNya yang hina. Dan syukur; kerana setiap saat yang diberikan untuk kita adalah peluang. Peluang untuk kita mencari jalanNya.


Sekarang, sama2 kita renungkan. Jalan mana yang ingin kita lalui. Dan destinasi mana yang akan kita tuju. Selagi ada masa dan peluang, masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan kembali jalan salah yang telah kita pilih itu. Sungguh, bila kita meninggalkan sesuatu yang haram, Allah akan mengurniakan kita dengan satu keindahan yang tidak dapat tergambar dengan kata2. Hanya mampu dirasa dalam hati. Dan bila sesuatu keindahan itu kita rasa, jangan kita berpaling dariNya. Kuatkan hati. Berdoa supaya kekuatan terus diberi.

Semoga kita mampu terus berjalan di jalan yang menuju ke syurgaNya. insyaAllah, dengan izinNya..











12 April 2012

Perihal nasihat dan menyampaikan

Assalamualaikum.

Hari ni, tiba2 rasa nak bercakap tentang nasihat dan penyampaian nasihat. Sekarang ni, macam2 cara boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu. Secara langsung, atau tidak langsung, kedua2 nya tetap sebagai satu cara penyampaian. Benar, niat untuk menyampaikan sesuatu itu adalah sesuatu yang baik. Yang dituntut oleh Islam.

Rasulullah S.A.W bersabda ; "sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat" (HR Bukhari).

Dan, dalam surah Al-'Araf, ayat 62 juga turut menceritakan perihal nasihat,
"Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak ketahui" Nabi Nuh A.S berkata kepada kaumnya.

Kebetulan pula, baru baca majalah solusi, tentang nasihat. Dan kebetulan pula tadi, ada hamba Allah yang share sesuatu di facebook. Niatnya memang lah untuk memberi peringatan, tetapi, kenapa perlu guna foto seseorang? Tak salah untuk tegur cara pemakaian, tapi, rasanya tak perlu lah gunakan foto orang. Maaflah kalau ada yang terasa, sekadar berkongsi pendapat. Kesian dengan mereka yang jadi mangsa. Kita nak orang lain jaga aurat, tapi secara tak langsung kita sendiri yang menyebarkan aib orang yang tidak menutup auratnya.

Tertarik dengan satu frasa dalam ruangan majalah tu. Ruangan yang bertajuk "Agama itu nasihat" ditulis oleh Hj Zainuddin Ali. Beliau menulis,

"Nasihati dan bimbinglah mereka dengan ajaran Islam. tutuplah aib dan cintai mereka sebagaimana kita mencintai diri sendiri. Apabila melihat mereka melakukan keburukan, bencilah perkara buruk itu, bukan dirinya. Kemudian doakan kebaikan di dunia dan akhirat buat mereka"

Setuju tak dengan kata kata tu? Secara peribadinya, ya. saya setuju. Kita semua manusia, sama di sisi Allah. Masih seorang hambaNya yang hina. Biarpun kita menasihati, dan menyampaikan sesuatu kebaikan, tak bermakna kita bebas dari keburukan. Allah tidak menciptakan kita maksum. Terlepas kah kita dari sesuatu keburukan hanya dengan menyebarkan sesuatu kebaikan? Sama2 fikir. Saya juga perlu berfikir. Dan perlu untuk renung kembali semuanya.
"Matlamat tidak menghalalkan cara". Ramai orang tahu pasal ni. Kita ingin menegur, menyampaikan sesuatu yang baik, tapi, caranya, mendedahkan aib orang lain. tepuk dada, tanya hati. Jika kita berada di tempat orang itu, apa kita rasa?

Syukur, kepada sahabat2 yang dipermudahkan hati untuk berjalan di jalanNya. Dan tidak melakukan sesuatu perkara buruk itu. Kepada yang menutup auratnya, Alhamdulillah. Tapi, kita jangan lupa. kadang2 kita tak sedar. Kita sedang mendedahkan aib orang. Cukuplah apa yang orang sudah tahu dan lihat. Makin orang tengok foto tak menutup aurat tu, makin bertambah dosa mereka. Sayangilah mereka, dan berdoalah untuk mereka. Harap2 lepas ni, kita sama2 lebih hati2 bila ingin menyampaikan sesuatu. InsyaAllah. :)



Ok lah. Cukup sampai disini. Sekadar berkongsi pendapat. Maaf sangat2 kalau ada yang terasa. Bukan untuk menunding jari ke arah siapa siapa. Sekadar bersuara, dan mengingatkan sesama kita, juga untuk diri sendiri.




:)






Semoga Allah permudahkan segala urusan, dan terus istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan. InsyaAllah.

Sharing is caring; Berbagi itu indah. -"Gambaran Hari Kiamat"-

SAHABAT2 semuaa jika anda sayang pada ALLAH dan AGAMA , saya minta sahabat2 semua ambil beberapa minit utk luangkan masa utk membaca dan membayang kan apa yg di tulis........please jangan megendahkan nya... baca lah , bayang kan lahh......

Gambaran Hari Kiamat

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi








#Copy paste from blog FARA YACOB






Sesuatu yang perlu untuk dikongsi, semoga terdetik sesuatu dihati, untuk kemblai kepada fitrah, dan manhaj Allah. InsyaAllah..

03 April 2012

Setiap Saat adalah peluang


Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, kita dah berada pada hari ke empat dalam bulan ke empat, kalendar masihi. Dan hari ke 12 dalam bulan ke lima bagi kalendar hijrah. Cepat sungguh masa berlalu. kan?
Cuba kita hitung umur kita pula. Mungkin ada yang baru belasan tahun, mungkin ada juga yang baru ingin mencecah puluhan tahun, dan mungkin ada juga yang telah pun masuk ke alam puluhan. Selepas umur dihitung, cuba kita hitung semula. Berapa banyak masa yang telah kita habiskan. Dan dengan cara apa kita habiskan masa itu? Ya Allah, tak terhitung. Kan?
Tak tergambar betapa banyaknya masa yang telah kita gunakan. Guna untuk itu, guna untuk ini.
Cuba cari kesimpulan, secara keseluruhan, kita guna untuk apa?

"Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (Surah Al Asr)

Bukan untuk mengata ataupun menunding jari kepada sesiapa, tetapi sekadar untuk berkongsi. Dan menunding jari ke arah diri sendiri. Ya.

baiklah. "Setiap saat adalah peluang". Kata kata yang tiba2 saja tertulis bila terfikir. Betul lah kan? Setiap saat yang diberi untuk kita, sebenarnya, ia adalah peluang. Peluang untuk apa?
Subjektif jawapan nya. Peluang untuk melakukan itu dan ini, tetapi apakah yang dilakukan terletak dan terpulang kepada individu itu sendiri. Kita semua dah diberi akal fikiran. Kita tahu menilai baik dan buruk. Tapi, kenapa masih ada sesuatu yang buruk itu dilakukan?

Ya Allah. Diri aku juga. Aku juga tidak terkecuali dari melakukan sesuatu yang buruk itu.
Kamu, anda, ataupun sesiapa saja, ya benar. Tiada manusia yang bersifat sempurna.

Tetapi kalian, fikirkan semula. Kenapa kita masih hidup sampai hari ini? Kerana Allah, Mahu kita kembali padaNya. Mahu kita untuk dekat denganNya. Dan DIA memberikan kita setiap saat itu. Setiap peluang itu.

Ya. Mustahil untuk manusia bersifat sempurna, tetapi tidak mustahil untuk mencuba. Dan berubah. Renungkan kembali, atas sebab apa kita dihidupkan. Kenapa kita diberi nyawa?
Hanya satu sebabnya. Sebagai hamba Allah. Dan mencari seberapa banyak "tiket" untuk menetap di penempatan yang kekal selamanya. Sama ada syurga, ataupun neraka.

Terasa teruk dan kecil diri. Bila terfikirkan soal saat2 yang dah digunakan tanpa hala. Tanpa tujuan. Malahh, terguna pula dengan dosa. Ya Allah. tak terhitung dosaku, tak terkira berat dan busuk yang ku pikul. tentu sekali, jika kita boleh undurkan masa, ternyata sesuatu yang buruk itu kita ingin buang, dan gantikan dengan sesuatu yang baik. kan? Tapi, realiti tidak begitu. Inilah hidup. Inilah kehidupan. Setiap saat yang berlalu tidak akan boleh kita gantikan dengan apa2. Hanya sekadar penyesalan untuk sesuatu yang kita sudah lakukan, dan hanya doa taubat serta keampunan dariNya yang kita harapkan.

Congak semula perjalanan hidup. Naik turun hidup. Setiap kesenangan mahupun kesedihan, kedua duanya adalah dugaan dariNya. Ya Benar. Bila kita berada di puncak kesenangan, cenderung untuk kita mula berasa bongkak, dan riak. teruja. Dan akhirnya kalah dengan nafsu membangga. lalu lupalah kita pada DIA. Kita lupa, kesenangan itu datang dari siapa. Kita lupa kejayaan itu datang dariNya. Bila mana kita dilanda kesedihan dan kejatuhan, hati kita sibuk menyalahkan itu, salahkan ini. Kita lupa, dari mana sedih itu datang. Dan atas sebab apa jatuh itu menimpa kita.

Ternyata, kita pernah terlupa semua itu, bukan?


Sekali lagi, "Setiap saat adalah peluang"

Fikirkan tentang ini. Peluang ini. Masih terbuka luas peluang untuk kita cuba mengubah keadaan. Setiap sesuatu perlukan usaha. Ya. Usaha. Kemudian doa. Dan tawakal. Sesuatu perubahan itu tidak akan terjadi jika kita hanya berdoa dan menunggu. Perlu ada langkah yang mencuba. Mencuba untuk bergerak ke arah sesuatu yang baru, dan sesuatu yang lebih baik.
Jangan hilang keyakinan dalam hidup. jangan hilang keyakinan terhadap takdir dan ketentuan Allah. Ambil setiap peluang itu. Ambil. Dan jangan hanya terduduk, mengalah pada manusia. Jangan hanya terdiam, takut pada yang tak sepatutnya. Dan jangan hanya bisu, tunduk pada cinta.





Mungkin, cukuplah sampai disini. Tak perlu rasanya nak berkata panjang. Bercelotah banyak2. Sekadar ingin meluahkan sesuatu, yang ingin dijadikan penegesan kepada semua. Kita semua bersaudara. Dan sudah tentu, hanya yang terbaik yang di inginkan untuk semua.

InsyaAllah, kalian mampu lalui. dan mampu mengambil peluang itu untuk mengubah sesuatu.
Saya sentiasa doakan, walau siapa pun kalian, walau di mana pun lokasi, sama2 kita mengambil peluang itu.




Lihat diri; muhasabah diri. Sejauh mana kita dah pergi, dan kemana arah tuju kita nanti.

Wallahualam.




Sekian. :)





Semoga Allah Merahmati kalian semua.

Jika aku jatuh cinta

Assalamualaikum. Bukan satu puisi, bukan juga kata madah. tetapi kata dari hati seseorang Hamba Allah, kata kata doa, ikhlas dari hati seorang HambaNya.

(Sekadar copy paste dari laman web, mungkin ramai yang tahu dan pernah membaca. Tetapi ketika ini, hati bersuara. Seperti ini juga hati meminta..


Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…





Manusia dan cinta, serta hati dan perasaan, memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi, Cinta yang hakiki dan sejati adalah cinta padaNya, Allah Maha Besar. Dan semoga dariNya juga, kita peroleh cinta yang diredhai. Cinta yang membawa kita semakin mencintaiNya, Maha Esa.
Buanglah cinta yang menghanyutkan kita, kikislah cinta yang semakin hanyut dalam jurang nafsu dan dunia.


InsyaAllah.



31 March 2012

15 tips wanita penyejuk jiwa


Assalamualaikum. :)
Actually, entry kali ni, just nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya dapat dari Ustazah Norbahiyah. Mungkin, x lah penuh semuanya, but, sekadar nak share sesuatu yang sedikit ini, supaya kita sama2 boleh cuba jadi yang terbaik. kan? InsyaAllah. :) Baiklah, mari kita mula.

Sebelum pergi kepada 15 tips wanita penyejuk jiwa, Ustazah Norbahiyah ada berkongsi tentang 5 tabiat wanita berjaya ataupun 5 cara untuk kita mengubah hari ini.
"Jadikan esok lebih baik dari hari ini". insyaAllah. dan ini 5 caranya:

1. Sentiasa Positive.
2. Pilih kawan yang betul.
3. Mulakan tabiat membaca buku.
4. Hadiri majlis2 ilmu.
5. Melawat tempat2 yang hebat.

Ok. Itu antara 5 tips dan cara untuk mengubah hari esok. Mulaka satu demi satu. InsyaAllah. :)

Dan, mari kita tengok, apakah 15 tips untuk menjadi wanita penyejuk jiwa seperti yang di kongsikan oleh Ustazah Siti Norbahiyah. :)

1. Nur keimanan yang memancar di wajah.

Iman manusia bukanlah sesuatu perkara yang stabil, ataupun sesuatu yang boleh diturunkan oleh keturunan. Iman manusia boleh berkurang, terbatal, dan boleh juga untuk diperkukuhkan. Bagaimana untuk memperkukuhkan iman? Sebagai hamba Allah, taat kepada Allah, dan Rasul. Allahuakbar, Allah Maha Besar. Berwuduk lah, berzikirlah. Jadikan Al- Quran dan Sunnah sebagai panduan. Berselawatlah ke atas baginda Rasulullah S.A.W, bertahajudlah di tengah malam, dan berdoalah. Doa merupakan senjata kita, sebagai umat Islam. Sebagi hambaNya. Apa lagi yang kita perlu lakukan selain dari menghambakan diri padaNya? renung2 kan. Dan semoga kita sama2 dapat merasai nur keimanan tersebut. InsyaAllah. :)


2. Akhlak yang terpuji.


"wanita adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, maka majulah negara. Tetapi jika wanita itu rosak akhlaknya, maka mundurlah sesebuah negara"
.
Lihatlah, betapa besar tanggungjawab kita, sebagai seorang wanita. Memang senang untuk mengatakan, dan saya tahu, sukar untuk dilaksanakan. Apatah lagi, dunia sekarang. Dunia yang sentiasa dipenuhi godaan. Sama2 kita berdoa, supaya kita dapat menjaga akhlak kita sebaik mungkin, saya juga akui. Saya juga masih dalam proses pembelajaran. Tapi, insyaAllah. Semoga Allah permudakan segala urusan yang baik. Amin. :)


3. Ilmu pengetahuan untuk menjadi wanita yang bijaksana.

"Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana suka kepada perkara yang dilakukannya" (HR Abu Daud).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita untuk menuntut ilmu. "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri china". Kita semua sedia maklum, menuntut ilmu adalah perkara yang wajib bagi seorang muslim. Dan, teruskanlah menuntut ilmu. walau dengan apa cara sekalipun. Hidup ini sendiri merupakan proses pembelajaran. Dan selagi kita bernyawa, ilmu akan sentiasa perlu dicari. InsyaAllah. :)


4. Jadilah isteri idaman suami.
Apa yang dimaksudkan dgn isteri idaman suami? Bukan lah bermaksud HOT, GORGEOUS, ect tu. And, tak salah juga kalau nak jadi Hot semua tu. Tapi biarlah hanya untuk suami. :) Taat dan hormatlah kepada suami kerana syurga seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami.
Ada 6 sebab, mengapa isteri perlu taat kepada suaminya iaitu:

- Perintah Allah: Allah S.W.T berfirman dalam surah An Nisa, ayat 34,

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar."

jadi, sebagai seorang wanita yang bergelar isteri kepada seorang suami, adalah wajib bagi kita untuk taat kepada suami. InsyaAllah. :)

Selain dari ianya adalah perintah Allah S.W.T, 5 lagi sebab mengapa wanita perlu mentaati suaminya adalah:
- Kedudukan suami sebagai seorang pemimpin.
-Kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami.
-Mendapatkan pahala dari Allah S.W.T. "Segelas air yang dihidangkan kepada suami sama pahalanya seperti berpuasa sunat 1 tahun". Subhanallah. Indah bukan? :)
-Memburu keredhaan Allah. "Mana2 wanita yang meninggal dalam redha suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga". Betapa indah keredhaan seorang suami itu. Dan,,
-Menjauhi azab neraka: Apabila kita mendekatkan diri dengan jalan Allah, memilih jalan untuk menuju ke syurga Allah, maka insyaAllah, jauhlah azab neraka itu dari kita. InsyaAllah. Cuba yang terbaik ya. :)

Ok. Itu adalah antar 6 sebab mengapa isteri perlu taat kepada suami. Dan mari kita teruskan dengan tips yang seterusnya, untuk menjadi wanita penyejuk jiwa.


5. Senyuman manis buat suami/ Senyumlah sentiasa (bagi yang belum berkahwin)
:) Perkara yang amat mudah untuk dilakukan. Senyumlah. Dengan hanya senyum, sesuatu suasana baru dapat diwujudkan. Sesuatu persengketaan dapat di elak kan. Bak kata ustazah, bila kita bermasam muka, muka kita akan guna 72 otot untuk kelihatan tua. Hehehe, so, mari kita senyum! untuk jadi lebih muda! ^^


6. Berhias dan berdandan untuk suami.
Bukanlah bermaksud make up tebal2, pakai lipstick merah menyala semua itu. :)
"Alat solek yang paling indah adalah senyuman ; Celak yang paing indah adalah pandangan mata yang mesra dan lembut.; Pakaian yang paling cantik adalah kelembutan dan kehalusan; dan pewangi yang paling harum adalah kebersihan." Tak guna juga bertempek tebal2 jika kita tiada semua ini. Kan? ^^ Jom kita rebranding diri kita. ok!


7. Luangkan masa untuk merawat diri.
Ini penting. kesihatan jangan kita lupakan. tak salah untuk ke spa, untuk merehatkan diri, dan merawat diri. Jaga kesihatan dengan baik, amalkan pemakanan yang baik. Vitamin, dan macam2 supplement yang lain. Jaga kesihatan kita, ok. InsyaAllah. :)


8. Hati yang dipenuhi sifat mahmudah.
Saya percaya, semua orang inginkan hati yang dipenuhi sifat mahmudah. kan? Bagaimana untuk menjadikan hati itu dipenuhi oleh sifat mahmudah? jauhi 4 racun dalam hati. 4 racun tersebut adalah: "Berlebihan dalam berbicara; Berlebihan dalam melihat sesuatu; Berlebihan ketika makan; dan berlebihan dalam pergaulan". Memang ada benarnya. Jika kita berlebih dalam 4 perkara ini, hati kita senang melakukan sesuatu yang tidak baik. kan? Sama2 kita kuatkan hati, dan berdoa supaya dijauhkan dengan 4 racun ini ya. InsyaAllah.


9. Penampilan mengikut syariat.
Ya kawan kawanku. Ini juga mungkin sukar untuk kita lakukan. tetapi tidak mustahil, untuk kita cuba memperbaiki dari masa ke semasa. Saya sendiri juga belum sempurna cara pemakaian nya. Dan semoga kita sama2 berusaha ke arah untuk memperbaiki cara pemakaian kita. ya? InsyaAllah. :) nak bercakap lebih tentang ni pun, belum cukup ilmu. Sekadar yang mampu, da sekadar yang tahu. Tapi, Allah ada berfirman dalam surah An Nur ayat 30, tentang perihal menjaga aurat wanita. I'm sure, ramai yang tahu kan? :) Semak semula diri, dan betulkan slow2 ok. I know, perubahan itu bukan sesuatu yang mudah. Dan jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu sendiri. Semoga kita diberi kekuatan untuk berjihad, dan melawan diri sendiri. InsyaAllah. :)


10. Segera meminta maaf dan bersedia untuk memaafkan.
Dear girls, semua orang pernah melakukan salah. Tidak ada seorang pun yang bebas dari melakukan kesalahan terhadap manusia lain. Tapi, tak ada gunanya kalau kita terus berdendam dan membenci. Belajar memaafkan, dan minta maaf jika kita ada lakukan salah itu. Bila kita minta maaf, dan bila kita memaafkan, insyaAllah. Hati dan hidup kita akan jadi lebih tenang. Dan tenteram. Mulai hari ini, jom kita minta maaf dan memaafkan orang. ok! ^^



11. Sabar menempuh dugaan hidup.
Sesungguhnya, sabar adalah khazanah syurga. :) bercakap tentang sabar, memang senang. And i believe, sukar untuk lakukan nya kan. Seperti dalam firman Allah, dalam surah Ali Imran ayat 200, "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Betapa penringnya kesabaran itu. dan percayalah, disebalik setiap kesabaran itu, akan muncul nanti kemenangan dan kebahagiaan. InsyaAllah. :)


12. Sentiasa menderma / Berinfaq ke jalan kebaikan.
Bila kita ada sesuatu, jangan la kedekut. jangan disimpan. Kongsi bersama, apa2 lah. tak semestinya duit, pakaian, ilmu, makanan. Kan? Tak susah nak buat ini kan? Kita buat sama2 ok! :) InsyaAllah.


13. Penyayang kepada anak2 dan mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
:) bagi yang belum berkahwin, tak salah untuk belajar dari sekarang. Persiapkan diri dari sekarang. Perbaiki diri dari sekarang. Kita nak ke anak2 kita nanti jadi macam kita? Tak nak kan? InsyaAllah. Kita cuba perbaiki diri dulu mulai sekarang. ^^


14. Mempunyai perasaan takut kepada Allah.
Dear girls, kepada siapa lagi perlu kita takutkan selain dari pencipta kita, Allah S.W.T. DariNya kita datang, dan kepadaNya juga kita akan kembali. Setiap apa yang kita lakukan, kita akan dapat ganjaran dan balasan dariNya. Syurga ataupun neraka, itu adalah destinasi yang kita bakal ditempatkan. Tidak mahukah kita untuk berada di syurga? I believe, semua ingin masuk syurga kan? Syurga ataupun neraka, itu adalah tempat yang kekal abadi. memang tidak ada manusia yang sempurna dan bebas dosa, tapi sama2 kita berusaha untuk menuju ke syurgaNya ya. Takutlah kita kepada Yang Maha Esa. Jangan takut kepada dunia. Berani kerana benar, Takut kerana Allah. ok? :)

Ok. Sedar tak sedar, dah sampai ke tips yang ke 15 dah kan. :) Apa kah tips yang terakhir ni? hehehehe.


15. Mendapat keredhaan ibu bapa.
Siapa lah kita tanpa ibu dan bapa kita. Kita ada buat salah dengan mereka, mungkin kita pernah sakitkan hati mereka. tanpa kita sedari. kan? Dear girls, bila kita buat sesuatu tanpa keredhaan, boleh kita bayangkan tak, bagaimana kita nak dapat keredhaan Allah? Mesti kalian pernah dengar kan, "Redha Allah di atas redha ibu bapa". betapa pentingnya kita untuk memperoleh keredhaan dari ibu bapa. Bagaimana untuk memperoleh keredhaan ibu bapa? Cuba jadi anak yang baik, dan cuba memperbaiki diri. Slow2. :) Cuba sama2 ok. ^^


Baiklah. Cukuplah sampai di sini perkongsian kali ini. InsyaAllah, ada lagi yang boleh dikongsi akan saya kongsikan bersama.

I share and i'm telling you this, bukan bermakna saya sempurna. But because I love you girls. Saya sayangkan anda. Saya pernah rasa sakit, saya pernah tenggelam. Dan saya tak mahu anda lalui apa yang saya pernah lalui. Sama2 kita berdoa supaya sentiasa diberi kekuatan. Dan semoga kita sama2 berusaha untuk menjadi Wanita penyejuk jiwa.

InsyaAllah. Dengan IzinNya.



:)



Undur diri dulu ya. ^^ Wassalam.








Konvensyen Bidadari Dunia

Assalamualaikum.

:)

Lamaaaaa tak update blog. busy, busy, dan busy. Plus, tak tau nak update apa. Kisah hidup bukan nya menarik. Bukan ada orang nak baca sangat pun kan. So, daripada membebel entah apa2, baik diam. nak bersastera, ilham tak datang. =.="
Ok. Actually, macam macam nak cakap. Macam macam nak share. And yang paling penting, pasal tajuk entry ni lah. Konvensyen Bidadari dunia. :) Syukur, Alhamdulillah. Hajat nak pegi konvensyen ni tercapai. Since mula2 tau pasal konvensyen ni, terus rasa nak pergi. Tak peduli dah masa tu. Ada kwn ke tak, nak jugak. And Alhamdulillah, ada je kawan2 yang pergi. :)

Dua hari konvensyen tersebut. Ternyata, sangat meninggalkan kesan. Yang dalam. teramat amat dalam. Syukur Ya Allah. Tak tau nak cakap macam mana. Biarlah orang nak cakap apa pun.
"Eleh, pegy konvensyen je pun". "Eleh, bajet baik la tu" "Eleh, saje nak nujuk la tu"

Mungkin ada yang berkata sedemikian. Tapi, tak apa. Tujuan post entry ni pun, sebenarnya nak kongsi sedikit sebanyak pengisian sepanjang berlangsungnya event tu. Ok, sebelum pergi lebih jauh tentang event tu, lokasinya adalah di PICC, Putrajaya.

Subhanallah. :) Cantik Putrajaya ni kan. View from PICC, sangat lah cantik. Sejuk. rasa tenang kejap. Tak sibuk. ehehe, ok2. Berbalik kepada review pasal komvensyen tu. Ramai speaker hebat2. Prof Dr Muhaya, Ustazah Norbahiyah, Wardina ada, ramai lagi lah. tak tersenarai semua.

I learn lot of thing there. Terus terang, untuk manusia seperti saya, yang masih terkial2 mencari, memang saya rasa banyak sangat benda yang saya tak tahu selama ni. Betapa cetek ilmu. Betapa malas mencari suatu ketika dulu. Ok. Berhenti merepek pasal tu. kembali kepada tajuk. Antara slot sepanjang berlangsungnya konvensyen itu; Forum -Fesyen. Yes Or No. Forum-Titian Syurga. Slot bahagia dan membahagiakan. Solehah itu indah. Wanita penyejuk jiwa. Sesuci mawar putih, and ada lagi. Tak ingat nama slot nya. Macam2 benda yang saya belajar dekat situ. InsyaAllah, semoga diri ini akan terus kuat. Semoga terus istiqamah.

"kembali kepada fitrah"
Sis Farazila ada sebut tentang itu. Ya, mungkin sebab diri sendiri ini bukan asalnya orang yang seperti anda lihat sekarang. Siapa yang kenal farah mn, mereka tahu siapa saya. Dan tak perlu untuk saya nafikan apa2. Cukuplah apa yang berlaku. Tiada manusia yang sempurna, kan?

Sedikit sebanyak kata2 yang boleh dikongsi,

"Purify our heart with taqwa"
Benar. Sucikan kembali hati kita. Jangan biarkan ia terus kotor. Jika manusia boleh nampak kekotoran hati, ternyata tidak akan ada seorang pun yang akan dekat. Kan? Selagi kita bernyawa, peluang itu sentiasa ada. Tidak akan berlaku sebarang perubahan jika kita sendiri tidak menggerak kan diri untuk berubah. Ya. Bercakap melalui pengalaman. Bukan berniat untuk menunding jari kepada sesiapa, tetapi sekadar saling mengingatkan. Semoga kita sama2 mampu menyucikan kembali hati kita ini. InsyaAllah.

"Dunia akan melayan kita sepertimana kita melayan dunia"
Semua orang pasti tahu akan perkara ini. Jika kita melakukan sesuatu kebaikan, kita juga akan mendapat berganda kebaikan. Dari dunia sekeliling, dan yang penting, dari Allah. Jangan putus asa melakukan sesuatu yang baik. Jangan kalah dengan sesuatu yang tidak baik. Semoga kita sama2 istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan itu. InsyaAllah. :)

"Janganlah kamu mencari pasangan yang terlalu sempurna di mata kamu. Tetapi carilah pasangan yang telah menyempurnakan hidupmu dengan caranya"
Tidak ada manusia yang sempurna di mata manusia. Manusia sentiasa ingin sesuatu yang lebih baik. Kan? Tapi jangan begitu. Bersyukur. Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Tak berani bercakap lebih soal pasangan. Cukuplah sekadar kita faham, apa yang dimaksudkan disebalik kata2 ini. Kan? Terlalu mengejar kesempurnaan menjadikan manusia tidak bersyukur. Berdoalah supaya kita dijauhkan dari berada dalam golongan itu.


Ok. Cukup setakat ini. InsyaAllah, kalau ada masa lagi, banyak lagi info yang saya nak share. :)
Tapi sekarang dah mengantuk sebenarnya. hehehehehe. Dah lama tak update blog. Excited sikit. Tapi tak mampu cakap panjang2.




But, sebelum tu, bukanlah niat untuk menunjuk2. Dan saya sendiri juga bukanlah hambaNya yang sempurna. Saya juga tidak lepas dari melakukan dosa. Sekadar untuk berkongsi, dan sama2 kita mengingatkan diri.


:)




Kita semua bersaudara. Dan, wanita; saya sayangkan kamu semua. Pintu syurga sentiasa terbuka untuk kita. Tapi ingat, kita juga sering hanyut dan sering melakukan dosa.
Sama2 kita memperbaiki diri. saling mengingati antara satu sama lain. InsyaAllah.




Entry berhenti setakat ini. InsyaAllah, nanti saya sambung lagi. :p



Sekian, wassalam.




(Ehehe, Ni sedikit sebanyak gambar yg boleh dikongsi. *tak sah entry tanpa gambar =.=" )




Lencana! :))


Suasana dalam dewan plenary. :))


I adore her. Ya Allah, masa forum ni sangat best. She inspire me.. :)



Forum: fesyen. Yes or no?


Sisters. Dari kiri; Sister Elyn. Sister Nad. :)





Ok. Cukuplah kot. sambung nanti ya. :)

06 March 2012

New chapter!

Assalamualaikum, :)

saja nak singgah sini kejap. Tak banyak nak membebel. Sebab tak tau nak membebel apa.
hahahaha. Actually, march is a busy month for me. Syukur Alhamdulillah. Sebab kalau busy, tak ada la emotional sangat. :)

Ok. bercakap tentang New. Atau dalam bahasa melayu, BARU. Apa itu baru? Baru adalah sesuatu yang tidak pernah ada sebelumnya. Dan walaupun pernah ada, sesuatu itu telah kita buang. Yup. Itulah dia. Dalam kehidupan juga perlu sesuatu yang baru. Segala yang tidak baik, yang pedih, yang menyakitkan, semua itu perlu kita buang. Kita hanya perlu ambil pengajaran, iktibar, dan sebagai panduan untuk kita menjalani sesuatu kehidupan yang baru nanti.

dan sekarang..




Syukur Alhamdulillah. Biarpun kadang2 masih terasa, tapi syukur. Kita harus bersyukur bila Allah berikan sesuatu jalan yang baru untuk kita. Biarpun kita tak nampak apa yang menanti di depan, tapi kita perlu percaya padaNYA. Yakin dengan ketentuan Allah. tak dinafikan. Kadang2 sesuatu yang pernah ada dalam hidup kita, masih ada sisa2 dan kesan. hingga sekarang. Tapi, cuba kita fikirkan. kenapa Allah letak kan sesuatu itu? Kenapa perlu untuk kita lakukan sesuatu yg salah dahulu? Supaya kita sedar. Dan belajar dari kesilapan. Supaya kita kuat. Supaya kita tidak bergantung dengan sesiapa selain DIA. Kan?



nak cakap lebih2, ilmu pun tak cukup. Cukuplah sekadar berkongsi dari pengalaman dan rasa. Setiap orang pasti ada ceritanya masing2. tapi, walau apapun cerita itu, selagi kita masih bernyawa, kita ada DIA. Mulakan hidup yang baru. Berdoalah untuk kebahagiaan. InsyaAllah, akan ada jalan untuk kita. Memang tak ada manusia yang sempurna. Aku juga. Ini juga peringatan untuk diri aku juga. Aku kenal diri aku. Aku tahu bagaimana diri aku. Sekuat mana diri aku, dan selemah2 diri aku.



Jadi kesimpulanya, aku juga seorang manusia yang ingin mulakan chapter baru itu. Dan semoga kita semua dapat membina sesuatu yang baru yang lebih baik dari sebelumnya. Tinggalkan kenangan walaupun ternyata memang sukar untuk di lakukan. Tapi, kita harus mencuba.





:)






Start a new life. A new chapter. Mulakan dengan Bismillah dan Doa. InsyaAllah. :)

05 March 2012

Istikharah Cinta

Tengah online facebook, ternampak org post video lagu ni. Saja dengar, Best. :)

Just nak share lirik dan lagu nya.

:)

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..














lirik yang indah. kan? :)

28 February 2012

Berita Terkini

Assalamualaikum. Sekali lagi, rasa macam nak membebel sorang2 dekat sini. Kelas dah masuk minggu ketiga. Means, ada SEBELAS minggu lagi untuk di lalui. SEBELAS ok. :(
Haish! jangan buat muka sedih, kena buat muka senyum! :)

Bak kata Dewa, Hadapi dengan Senyuman.

Pejam celik pejam celik, rupanya baru lagi. Baru lagi untuk saya membiasakan diri dengan kondisi seperti ini. Dengan situasi seperti ini. Dengan sesuatu yang baru seperti ini. Sukar? Jangan anggap ia sukar. yakin dengan ketentuan Allah. InsyaAllah, ia tidak sukar. Mungkin juga, ia tidak senang, tapi yang pasti, jangan ucapkan kata sukar.

Cuma, kadang-kadang, bila memori datang tiba2. Tiba2 pun kita boleh bertukar jadi orang lain. Yang kuat pun boleh tiba2 terduduk. Normal lah macam tu. Kan. Walaupun baru dua tahun lebih, tapi kadang2 rasa macam dah lama je. Mana tak nya, setiap masa, selalu sangat, keluar, jumpa. Tak pernah nak renggang. Bla bla bla bla. itulah dia. FARAH. Budak Manja. Budak tak pandai berdikari. Tapi, sekarang Allah beri peluang untuk berdikari. Buka mata, jangan sempitkan pandangan. Allah itu Ada.


InsyaAllah..


Siapa yang tahu dan kenal farah mn, dia tahu lah farah mn tu macam mana. Umur dah banyak, tapi hati masih macam budak2. kenapa perlu macam ni? jangan! Sila jadi seperti orang dewasa. yang tak mudah kalah dengan sedih, yang tak mudah seronok dengan bahagia. dan sila hidup di dalam realiti. Apa yang ada dalam fikiran, semua itu angan-angan. khayalan. fantasi.

Entah.


mulut kata begini, tapi dalam hati kata begitu. Bukan mahu dia. Tidak. tidak sama sekali untuk inginkan dia. Biar dia pergi jauh jauh. PERGI! PERGI JAUH JAUH. Pernah dia hiraukan? Ada dia cari? TAK. jadi, biarlah dia. Tapi, apa lagi yang tak kena? Masih ada lagi yang tak kena. tapi tak selalu. Apa dia? "Kesan. Tinggalan." tertanam dalam dalam hidup. Kau pergi jauh, tapi kesan kau masih ada. kan..



Sudahlah. Sabar. Banyak kan bersabar. Cuba lawan dan teruskan berlawan dengan segala kesan dan tinggalan. Doa. InsyaAllah. Jangan jauhkan diri dariNYA. InsyaAllah.


Semoga segala kesan dan tinggalan ini hilang. Semoga mampu mencari tapak untuk membina sesuatu yang baru.




Amin..

25 February 2012

Suara Ketika Ini

Bila mana bibir terdiam,
Hati terdetik,
Terdengar suara dari dalam hati,
Menginginkan, dan mengharapkan sesuatu

Bukan untuk mengharap kembali cinta itu
Tidak.

Aku tenang begini,
Aku ingin begini
Suara ingin untuk terus begini,
Kerana aku percaya,
Agenda hidup ku dariNYA
Adalah yang terbaik untuk aku,
HambaNYA yang hina.

Tapi suara terus berkata sesuatu

Ya Allah,
Sejahterakanlah dirinya
Berilah ketenangan padanya
Seperti mana aku dikurniakan rasa ini
Berikanlah dirinya hidup
Seperti mana KAU beri hidup untuk aku ini
Titiskan lah air mata untuknya
Seperti mana KAU titiskan air mata aku
Bukan air mata meratapi hidup,
Tetapi air mata untuk berjalan menujuMu.

Ya Allah,
Hadiahkan nya sesuatu,
Yang bernama kebahagiaan
Penuhi dirinya dengan kekuatan
Untuk terus berjalan sebagai hambaMu,
Khalifah dunia,
Dan mungkin sebagai ketua keluarganya nanti

Dengarlah suara ini, Ya Rahman..


Sungguh aku bersyukur,
KAU hadiahkan ku ruang dan peluang
Dan semoga,
Dia juga akan merasa bahagia ini.





Amin, Ya Rabbal Alamin..

Sutera Kasih

Assalamualaikum. :) Saya tahu. Lagu ini dah lama sangat. sangat lama kot. But, jujur, saya baru dengar lately ni. Hurm. Yup. I admit. Rasa suka sangat dengan lagu and lirik ni. :)

Just nak share lirik lagu ini. :)



Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya




Hehe, kalau nak dengar, bukak lah video dibawah. Lama sungguh lagu ini. tapi baru sekarang, terasa nak dengar and suka. T__T



Rela pasrahkan kehidupan mengharungi cabaran; rintangan perjalanan di hadapan. Doa dan titis air mata mendamba sutera kasih; agar terus bersemi selamanya.

Amin.






Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini mahu terus mencari jalanMu. Tapi aku takut, andai aku tewas dengan dunia...


24 February 2012

Alhamdulillah, Syukur. :)

Assalamualaikum.

Syukur, Alhamdulillah. Kerana kita masih berpeluang untuk melihat dunia hari ini. :)
Dan syukur juga, kerana sampai hari ini, kita masih boleh berjalan dan menghadapi kehidupan, dan semua itu kerana Allah S.W.T. Dengan izinNya, kita mampu. :)

Tak nak membebel banyak. Untuk kali ini, taknak layankan perasaan, taknak membebel banyak. Yang dah berlaku, biarkan ia berlalu. Hidup tetap perlu diteruskan. InsyaAllah. Jujur, tak pernah aku rasa setenang ini. Sebahagia ini. Walau kadang kadang, kenangan boleh buat kita sedih. Normal lah kan. Tapi, untuk teruskan hidup dalam keadaan ini, Syukur Alhamdulillah. Aku dapat rasakan ketenangan itu ketika ini. Sedaya upaya ku, aku cuba buang segala perasaan sakit hati, marah, benci, dan Alhamduillah. Melawan diri sendiri adalah sesuatu yang sukar, tapi perlu dilakukan untuk menjadi yang lebih baik.

Kita akan rasa tenang itu, bila kita serahkan segalanya pada Allah. Menangislah dan luahkanlah segalanya pada DIA. InsyaAllah, hati kita akan tenang. Kenapa aku bercerita tentang ini? Aku ingin sesiapa yang membaca, untuk cuba melawan sifat buruk diri sendiri.

Jika sebelum ini kita cepat terikut perasaan, sama ada marah, sedih, atau apa2 perasaan tidak tenang, cepat2 kita istighfar. Ambil wuduk. InsyaAllah. Kita mampu melawan nya. Aku? Aku sendiri belum cukup baik untuk jadi yang terbaik. Masih banyak yang aku perlu belajar. Dan sedaya upaya aku teruskan untuk belajar. dan berubah.

Bukan niat aku untuk menunjuk2. Atau pun bangga dengan entry2 ni. Tapi, aku rasa, tak salah kalau aku kongsi sesuatu, untuk kebaikan bersama. Kan? Aku bercakap melalui pengalaman. Dan aku kongsi bersama pengalaman.

Masih belum terlambat, untuk kita cuba memperbaiki diri. Dan sekali lagi, kita harus bersyukur, kerana kita diberi peluang hingga sekarang.


"We need to change ourselves first, so that we change our life. And we need to be a better person first, so that we can have a better life."


Allah akan sentiasa bersama kita. Selagi kita cuba sedaya upaya untuk berubah. ingat, kita sendiri perlu untuk berubah. Perubahan itu tak akan datan tiba2. Allah hanya menggerak kan hati, dan kita sendiri perlu bersama2 untuk gerak kan hati dan diri kita sendiri.


I'm still walking in this way. And i know, we all can. Sama2 kita berdoa. Dan cuba untuk jadi yang lebih baik.



:)





InsyaAllah.





dan untuk kali ini, Syukur Alhamdulillah. atas segala yang berlaku. Syukur, Ya Allah.

22 February 2012

Sukar? Berdoalah.

Assalamualaikum.

Dah lama jugak rupanya tak update entry kan. Before ni macam2 jenis entry ada. Gembira, bahagia, suka, tapi, jangan lupa. Di sebalik setiap suka itu, akan hadir juga suram. Dan sedih.
Bila kita terlalu suka, kita leka. Kita lupa Allah. Dan sebagai peringatan untuk kita, Allah tarik sesuatu daripada kita yang kita sangka bahagia, untuk kita dekat kepadaNYA.

Ya. Itulah hikmah disebalik setiap kekecewaan.

Bila bercinta, pasti semua ingin bahagia. Tapi, sedar tak sedar, cinta bagaimana yang kita pilih?
Yang diredhaiNya? Ataupun cinta yang dimurkaiNya?

Jujur, diri sendiri juga pernah merasakan cinta itu. Dan ternyata, mungkin jalan yang dipilih adalah salah. Dengan bercinta, diri jadi lupa dan leka. Dan Allah ditinggalkan. Itu diri saya sendiri. Tidak berniat untuk menunding jari kepada sesiapa. Berdasarkan cerita sendiri, ingin saya kongsi sedikit pengalaman dan cerita.

Memang. Setiap wanita ingin disayangi. dan dicintai. Itulah saya. Dan bila sekali kita jatuh cinta dan sayangkan seseorang, sepenuh perasaan dan pengharapan kita letakkan. Itulah saya. Obses dan terlalu mengharapkan. Hingga lupa, Allah, Yang Maha Kuasa. Pejam celik, Allah tarik rasa bahagia bercinta itu. Kerana manusia boleh berubah. Dan itu yang berlaku.

Bila kita sayangkan seseorang dan cintakan seseorang, tidak semestinya orang itu merasakan sama seperti kita. Kuasa Allah. Cinta manusia boleh berubah. Kunfayakun. Tiada apa mampu mengubah takdir. Jangan kita salahkan perubahan itu. Walau sukar bagaimana sekalipun, cuba lawan fikiran.

"Jangan menyalahkan manusia". Tapi hakikat, diri sendiri pernah menyalahkan. Ampunkan aku ya Allah. Aku tetap hambaMU yang hina dan lemah.

Jadi, apa cara yang terbaik? "Terima ketentuan Allah. Redha dengan ikhlas. Lepaskan dan doakan kebahagiaan dia". Mungkin, agak selalu kita dengar orang bercakap tentang ini. Dan ternyata, memang itu cara yang sebaiknya. Tak dapat dinafikan, ia memang SUKAR.

YA Allah, hanya KAU Yang Tahu betapa Sukarnya sesuatu itu. Dan hanya Kau yang Dapat mempermudahkan sesuatu itu.

Untuk melawan sukar? Hanya satu caranya. DOA. Ya. Berdoalah seikhlas hati. Menangislah sepenuh hati, dan luahkanlah segalanya kepadaNYA. Allah Maha Mendengar. Andai hati dan hidup pernah hitam, mohon keampunan dariNYA. Bertaubatlah kepadaNYA selagi kita masih bernyawa.

Sekali lagi, diri sendiri ini juga bukan asalnya begini. Pernah ada hitam di hati, kotor, cacat dan tercalar seluruh hidup. Tapi, Allah Maha Pemberi Rahmat. Allah Maha Mengampuni.
Walau bagaimanapun, diri sendiri ini juga masih banyak kekurangan. Masih terkial-kial berjalan. Masih menyesali segala dosa lalu. Terlalu banyak dosa hambaMU ini Ya Allah. Namun aku bersyukur, kerana aku masih diberi nyawa untuk menebus segalanya.

Bila kita sedar akan dosa kita? Bila kita diuji dengan dugaan. Dan, bila bercakap soal cinta, jujur dari hati, Cinta yang selama ini aku puja, bukan cinta untukNYA. Bukan cinta dijalanNYA. Dan mungkin, kerana itu Allah menarik balik cinta itu.

Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau hilangkan sesuatu yang tidak baik untuk ku. Dan aku percaya, Kau memberi peluang kepada aku untuk ke jalanMU. Biarpun, dalam hati masih ada rasa dan perasaan tidak selesa, sedih, kecewa, tapi, hati ini percaya, ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Dan kita harus KUAT melawan Godaan dunia. Melawan godaan cinta. Untuk mencari Cinta padaNYA.

Bila terjadinya sesuatu perpisahan, Berdoalah. Berdoalah supaya kita redha, dan berjaya melupakan dia. Semoga dia sentiasa bahagia dengan kehidupannya. Di sini, sekadar untuk berkongsi. Terjumpa di blog2 lain, dan rasanya elok juga kalau dikongsi bersama. Untuk kita amalkan. :)


Doa Putus Cinta. Cara untuk melupakan seseorang. Kerana dengan doalah, kita berbicara kepadaNya.






saya percaya, ramai yang merasakan perasaan sebegini. Sama2 kita amalkan. Dan berdoa, untuk terus kuat berjalan menuju ke jalan NYA.



Amin Ya Rabbal 'Alamin.






Aku masih belum kuat. Aku masih tidak kuat. Tapi aku mohon untuk kekuatan itu. Kekuatan untuk melawan godaan menuju ke jalanMu. Dan redha dengan ketentuanMu, Ya Allah..

17 February 2012

Lepaskan; dan Redha



Girl : Awak..kalau tiba2 satu hari nanti ada orang merampas saya dari awak, apa yang akan awak lakukan??
Boy : Saya bersedia untuk MELEPASKAN . . .
Girl : Semudah itu ? ?
Boy : Sebab saya percaya jika awak adalah JODOH yang telah Allah takdirkan untuk saya, pasti awak akan kembali pada saya sekalipun awk tiada lagi disisi saya . . . ♥

P/S : Jangan seksa diri kerana CINTA . . Belajar melepaskan adalah lebih baik dari terus menyimpan perasaan terhadap mereka yang kini sudah menjadi hak orang lain . .Percayalah pada takdir dari Illahi..Jika dia bukan milikmu,pasti Allah akan gantikan dengan pemilik cinta yang terbaik lagi...InsyaAllah..



SUMBER: Facebook





Assalamualaikum.

Kenapa, tiba tiba, malam ini? Lain. Tak sekuat mulut mengatakan, tak se Redha hati yang menginginkan.

Teringat.

Tarikh ke 17 dalam bulan ini. Mungkin.


Ternyata, setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Setiap perasaan kecewa dan sedih, akan ada bahagianya.


Bila rasa kehilangan sesuatu, jangan meratapi. Tanamkan redha dalam hati. Lepaskan. Terima ketentuan Allah. Terima takdir Allah. InsyaAllah, ketenangan akan ada.





Tapi, kadang-kadang, hati juga lemah. Kalah. Bila teringat.





Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang redha dengan ketentuanMu.. Bahagiakanlah mereka di sekelilingku. Dia dan dia, juga semua hambaMu..

12 February 2012

Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum.

:)

Kenal tak dengan ustaz Don? Ehehehhe, siapa tak kenal, sila lah berkenalan. Sebenarnya, baru jugak tengok ceramah beliau. Tak banyak pun yang ditengok lagi. Tapi, bila dah tengok,
Ustaz ni memang best.

*kang ada yg kata saya gedik kang. Ye la, ni kan ustaz muda. =.="


Biarlah. Yang penting, kita dengar, and ambil isi dari ceramah tu. Kan?


Actually, just nak share sikit info about Ustaz Don.

Sumber dari; Google. =.="


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir




so, ini je lah info yg di dapati. Ok lah tu kan. :) Dah bertunang pun beliau. ehehehe, sila jangan kecewa ye sesiapa yang admire ustaz ni. =.="

So, sebagai penutup kata, (cewah) ni foto2 beliau yang segak dan bergaya. huu, smart. =.="



p/s; actually, bila tengok gambar ni, reminds me to someone. :) Yang perasan, and tau siapa, tau lah. Yang x tau, biar lah eh. huhuhu.

2nd gambar, dr tepi, serupa dengan dia.


Apapun, semoga dia mendapat bahagia dalam hidupnya. Dan dipertemukan jalan untuk mencari kebahagiaan dariNya. Saya manusia biasa, kdg2 termarah, tersakit hati. Tapi saya ikhlas nak dia bahagia.



Amin..