25 May 2010

Takdir ; Tak kan ada manusia yg mampu meramalnya.

Hidup sentiasa penuh dengan kejutan. Sekejap kita gembira, sekejap kita sedih.
Hari ini kita di atas, esok siapa tahu kita di bawah. itulah hidup.
Semua manusia tahu mengenai nya kan.

Sepupu Kecil ku.
Aireen Bt Hassan.
lahir pada 27 July 2001.
:)
Budak ni comel. Pandai bercakap. Petah sangat. peramah. manja. Budak yang baik. dengar cakap ibu n abah dia. Sekarang ni dh 9 tahun umur dia. Dia bijak. Cepat betul belajar. Rumah jadi ceria bila dia datang. Dia buat bising. hehehe.. semua kawan2 aku yang kenal dia, mesti suka sangat kat dia. pandai betul budak ni.

tapi, btul la orang cakap. Allah sentiasa nk duga hambaNya. Aireen dan keluarga juga x terlepas dari dugaan Allah. Tiba tiba je, kami dapat tau, dia sakit. kanser. Ya Tuhan.. Memang terkejut dan sangat rasa kejutan ni. Tiba tiba, keadaan tak lagi macam dulu. Hurm.. ada lagi ramai manusia yang diduga dengan macam2 dugaan kan... Ni hanya sebahagian dari dugaan tu..
Apa yang terjadi, buat aku terfikir. muhasabah diri seketika. kalau Allah nk datang kn penyakit, atau bencana, bila bila masa akan terjadi.

Ya Allah.. Aku takut..

Berbalik pada kisah Aireen,, aku percaya.. Dengan adanya doa sebagai kekuatan, insyaAllah,, hari yang cerah menanti dirinya.. Amin.. Ya Rabbal Alamin,,

hurm.. kehidupan sentiasa buat aku berfikir. dan cuba memperbaiki diri. hari demi hari.
Semoga aku bertemu dengan diri aku yang lebih baik dari sebelumnya. Kerana, tak kan ada seorang manusia pun yang diciptakan sempurna. Macam macam perkara yang tak diduga boleh berlaku. Tapi, sebagai manusia, aku hanya berusaha untuk menjadi yang terbaik, dan dapat mengharungi takdir yang telah lama ditetapkan.

Tak ada apa yang dapat mengubah, jika Allah tentukan itu yang akan terjadi.

No comments: