30 January 2012

Aizat Amdan

Ok. AJL dah habis. Bukan nak buat entry pasal AJL. Ataupun pasal lagu Sg Lui. Tapi pasal lagu lain. Lagu yang buat saya jatuh chenta dengan aizat amdan.

dan lagunya adalah..


Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/aizat/hanya_kau_yang_mampu.html ]
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Ooooo






-Kalau tak tau lagu apa ni, sila lempang muka sendiri laju laju depan cermin. Kbye.









Mode; kecewa. ya. masih. sekian.

29 January 2012

Sakit

Siapa sangka. Bila kita ingat semuanya dah selesai, kita ingat kita dah bahagia.
Allah boleh tarik balik apa saja yang kita ada; dengan sekelip mata saja.

Dengan sekelip mata saja; orang yang ada dalam hati kita boleh pergi tanpa ada perasaan apa2. Yang tinggal? Kita terduduk terdiam sendiri.

Mana punca? Apa punca?
Semuanya datang dari diri kita sendiri.

Walaupun mulut dan hati tak henti menuduh manusia, tapi hakikatnya kita sendiri.
Memang. Hati siapa tak hancur bila tiba tiba di tinggalkan. Hati siapa tak terluka.

Tapi hakikat; tak ada guna memaki hamun. Hurm.
tapi aku sendiri tak habis habis menyalahkan. tak habis habis memaki dengan perasaan.

Kenapa tiba tiba?

Sebelum ni semua indah. Walaupun mungkin aku sendiri tak nampak.
Aku ingat aku berjaya dan bahagia. hakikatnya sekarang aku terus terdiam tak berkata apa apa.

Ya Allah..

Kenapa sukar untuk membuang sesuatu yang dah memang melekat dalam kehidupan kita?
Sesuatu dan seseorang yang sudah memang sebati dengan diri kita?

Kau hadirkan dia dalam hidup aku suatu ketika dahulu, dan Kini dia sendiri pergi.

Ya Allah,

Aku cuba redha dengan ketentuan Mu. Tapi hakikat; Hati aku lemah.

Aku tak mampu.

Sebelum ini, pernah terjadi. Seperti ini. Perkara yang sama. Aku kumpul semangat, aku kumpul kekuatan. Dan tiba tiba, aku melupakan. Aku teruskan kembali. Mungkin, pada waktu itu, aku kuatkan diri sendiri, berkata pada diri "Kali ini mungkin lebih baik buat kami".

Alhamdulillah. Kami berjaya meneruskan. Selepas kami jatuh, selepas kami roboh, kami bina kembali. Dan kini,

Aku terpaksa redha.


Aku tak boleh memaksa.


Aku kena akur.


Aku kena terima.


hakikatnya? Semua yang aku perlu lakukan itu; Sukar! Teramat sukar!

Seolah2 aku mahu semuanya kembali normal seperti sedia kala.






Mustahil. Ini ketentuan dan takdir.





Aku harus redah walau apa sekalipun.




Ya. Bercakap dengan diri memang mudah. tapi melakukan?

21 January 2012

5 perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki

Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..

Wanita yang terdesak- Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.

Wanita yang tidak berhenti bercakap- Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.

Tidak pandai menjaga kebersihan- Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

Postur tubuh yang bongkok- Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.

Wanita yang mudah dipikat- Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.




*saja isi masa lapang. any info akan di selitkan lagi di sini. :)



Sumber: SINI

16 January 2012

7 Kebaikan Air Mata Yang Menangis

hehe, entry kali ni berunsur info dari aspek kesihatan dan psychology. Sumber nya adalah di SINI


Actually, kenapa tiba2 jumpa pasal ni? Hahaha, one of my friend kat FB share this to me. So, macam best je. apa lagi, copy paste lah daripada pemilik blog yang asal. Sekadar nak berkongsi.


Penah tak rasa nak menangis tanpa sebab? Haa.. sebenarnya ada sebab. kita je yang tak tau. And now, maybe sebab kepala dah tak boleh nak handle stress kot. that's why la rasa down and tak ada mood. Tomorrow 2 paper. Penghabisan. Pagi and petang. I DONT'T KNOW WHAT WILL HAPPEN then. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin..



*STRESS. Ok ok ok. Tanpa melengahkan masa, mari kita baca bersama. 7 Kebaikan Air Mata Yang Menangis. ehehe,

1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.




Part bunuh bakteria and racun tu seriously tak penah dengar. Mcam best je nangis ni kan. dapat jaga kesihatan. huuuu, Ok lah. Sila lah menangis tapi jangan buat2 menangis. Nak makan kaki namanya tu! hahaha.