04 May 2010

Bercakap tentang manusia

Manusia tiada yang sempurna. Manusia tak pernah lari dari melakukan kesalahan. Tapi, x semua manusia yang bersalah itu akan terus melakukan salahnya. Sedangkan seorang penagih boleh berubah menjadi seorang yang berguna, taat agama. Sedangkan seorang yang kejam, setelah terbuka pintu hatinya, berubah menjadi seorang yang baik. Sesiapa manusia yang salah pasti akan terbuka pintu hatinya jika di izinkan Allah. Dan manusia lain tiada hak untuk menilai selah yang telah si pesalah tu lakukan. Dunia memang pelik. Macam2 jenis manusia dengan pelbagai sifat dan perasaan ada.

Terlebih dahulu, Aku ingin bercakap tentang manusia yang lupa diri.Memang wujud manusia sebegitu. Manusia yang pentingkan diri, lupa Allah, buat sesuka hati, menipu, aku rayu pada manusia sebegitu. Hentikanlah. Aku bukan sekadar bercakap. Tapi, Allah Maha Berkuasa. Benda yang datang sendiri depan mata aku, aku rasakan benda tu, dan aku dapat rasakan itu akibat dari segala perbuatan tak baik tu. Aku bukan manusia sempurna. Aku juga buat salah. Tapi, pengalaman mengajar aku erti kehidupan.
Aku manusia biasa juga. Aku juga pernah lupa diri, pernah menipu. Tapi, tujuan aku bercakap tentang ini, adalah untuk mengingatakan pada sesiapa yang terbaca. Maaf kalau ada yang tak suka, tapi ini tempat aku. Aku boleh cakap apa aku mau selagi aku tak ganggu orang lain, dan aku x tujukan pada sesiapa. Aku boleh cakap apa aku mau, dan aku tau batasnya. Kan?

Hurm,, kalau ada manusia yang pernah buat salah, terutama sekali terhadap orang lain, dari situ wujud juga manusia yang berdendam. Aku bukan berlagak baik. Aku hanya ingin menyampaikan pandangan mengenai sesuatu isu. Kan? Baiklah, bercakap tentang salah dan dendam. Aku tahu. Manusia yang bersalah, hukuman akan menimpa mereka. Dendam juga termasuk dalam hukuman tersebut. Tapi, layak kah manusia untuk menghukum manusia lain? Aku tiada jawapan untuk itu. Hanya Allah yang layak untuk menilai manusia. Banyak drama yang ada, x kan lepas dari sifat dendam. tapi itu drama. realiti? Wallahualam. Aku tak berani bersuara. Aku sedih. Aku hanya sedih. Sedih bila manusia yang setulus hati sedar akan kesilapannya, manusia yang betul betul sedar, dan tak akan buat perkara yang sama, tapi, kesedaran nya x diterima orang lain. Ada dalam drama juga kan? Dan aku juga pernah nampak.
Aku tak tau nak cakap apa. Aku hanya manusia. tak berani untuk berkata selebihnya. Aku hanya boleh suarakan perasaan sedih yang ada dalam diri aku.

Sekali lagi di ingatkan, di sini adalah tempat aku. Tempat bebelan aku. Aku mintak maaf kalau korang menyampah. Aku post bila aku rasa sesuatu isu atau perkara itu penting. Dan kali ini, aku rasa penting bagi aku untuk bercakap tentang manusia. Kerana aku manusia. Semua yang dikurniakan pancaindera adalah manusia. Saling mengingati, itu tujuan aku disini. Mungkin emosi mendorong aku untuk bercakap, tapi sekurang kurangnya, aku kawal emosi aku, dan aku jadikan nya sebagai peringatan untuk orang lain.

"I am who i am. And i will fight for this life".

Selagi ada cinta, kasih, dan sayang,
Selagi Tuhan mengizinkan, inilah aku. hari ini, esok, dan akan datang.

No comments: