28 May 2010

Pujangga dari angin


Malam sejuk angin bertiup
Helaian rambut mengurai ke kiri dan kanan
Ketika bulan melihat ke mata bintang
Helaian rambut terus diurai
Mendinginkan manusia yang mencari tenang

Daun dan dahan bergoyang kerana angin
Angin bermesra dengan kehidupan
Kata kata suara tidak di dengar
Senyuman yang aman terus diperlihatkan
Hati memanjatkan syukur
Kalimah Alhamdulillah bersuara dari dalam

Sejuk angin yang damai
Terus menghembus wajah wajah sedih
Mengharapkan wajah itu senyum
Angin terus memberi kedamaian
Mencelikan si buta
Melembutkan batu dalam hati
Damainya angin terus berpujangga.

No comments: