09 September 2011

Kek Lapis kukus Masam Manis

Ini adalah wajah kek lapis masam manis. Hari tu belajar buat benda ni. Seriusly senang gila. Ingatkan complicated sangatlah bahan2 nya. dan yang paling penting, kek ini KALIS TERBAKAR sebab hanya perlu dikukus sahaja. hehehe~ Cikgu tu ada pesan, share2 lah dengan kawan2 resipi nya. Benda baik, elok kita kongsi. kan? Hehehe, so, secara tidak langsung, rasa macam nak share jugak dekat sini. ok. Mari kita lihat bahan2 nya.


2 cawan biskut marie yang di kisar.
10 biji telur yang di asingkan kuning dan putih telurnya.
1 cawan gula.
beberapa paket "Haw Flakes".
1 ketul butter.
1 sudu teh krim tartar.
esen vanilla secukupnya.
pewarna. (Hijau dan kuning)
Cara-cara membuat:

1. Kisar biskut marie terlebih dahulu. (guna blender kering). Lepas tu, just ambil 2 cawan sahaja.

2. campurkan gula dan butter. Putarsampai kembang.

3. Guna bekas yang berasingan, putar putih telur beserta krim tartar. Putar sampai lah putih telur tu jadi macam krim. Sampai betul2 kembang. Bila kita terbalik kan bekas pun tak jatuh.

4. Guna lagi satu bekas yang berasingan, putar kuning telur pula. Sampai jadi berkrim and tak nampak rupa telur dah.

5. Lepas putar2 semua tu, ambil balik bekas yang berisi butter + gula tadi. Tuangkan kuning telur yang dah diputar tu. Putar sekejap, then tuangkan pula putih telur yang dah diputar tadi. Putar semua bahan tu sampai agak2 sebati. Letakkan juga esen vanila.

6. Bila dah nampak cantik semua bahan tu, boleh la masuk kan biskut marie yang dikisar tadi. Putar sampai sebati.

7. bahagikan adunan tu dalam dua bekas berasingan. Sama banyak. Lepas tu, letak lah pewarna kesukaan.

:)

hehehe. Acara memutar dah siap. So, mari beralih ke acar mengukus dan me lapiskan.

1. Ambil loyang. Sapu dengan marjerin.
(Seeloknya guna loyang 9 x 9. kalau kecil pun tak apa. lebih tu pandai2 la.):p

2. tuangkan bahan warna kesukaan untuk buat lapisan pertama. kemudian Kukus dalam pengukus selama 10 minit.
(ikut suka nak tebal mana. Seeloknya nipis. baru cantik.)

3. Bila dah sepuluh minit, ambil loyang tu dan susun Haw Flakes atas lapisan tu. Susun pun ikut kreativiti. kalau nak buat batu bata, tak payah rapat2 and sebaris. Lepas dah susun haw flakes, Tuangkan lapisan warna kedua kat atas haw flakes yang dah di susun tu dan kukus selama 10 minit juga.

4. Ulang langkah macam tu sampailah di lapisan terakhir. Kukus yang terakhir selama 15 minit.





SIAP! Huhuhuhu~ Senang je kan bahan2 nya? Cuma nak buat tu la memerlukan kesabaran yang kental. nak melayer tu kadang2 haw flakes tu degil. Tercabut2 masa ratakan adunan. hahahaha.

Ok. Itu sahaja. hehehe, sesiapa yang nak mencuba, sila lah ya. hehehehe. rasanya tak muak sebab biskut marie tu bertemu dengan haw flakes. Sebab tu lah namanya kek masam manis.

huhuhuu~

Ok. Selamat mencuba!


No comments: