Memang. Itu adalah hakikat dan kenyataan dalam hidup. Segalanya yang ada dalam kehidupan kita tidak akan sentiasa indah. Kita akan jumpa naik turun. Suka duka. tangis ketawa. Semua itu akan ada dalam plot kehidupan manusia. Bila kita bertemu dengan cinta, cinta juga tidak akan selalunya indah. Akan ada pergolakan, akan ada dugaan. Itu adalah realiti yang kita tidak akan dapat ubah. Tapi, setiap manusia yang berada dalam kehidupan ini, sudah tentu mahukan keindahan. Dan kebahagiaan. Kan? Aku juga. Aku tidak terkecuali dari itu. Aku juga inginkan sesuatu yang indah itu.
Macam-macam yang pernah aku tempuh. Segalanya mengajar aku untuk lebih mengenali hidup. Alhamdulillah, kini aku masih disini. Masih diberikan nafas untuk hidup. Walau sekuat mana aku jatuh, tapi kini aku masih ada di sini. Syukur.
Tapi, bagaimana dengan hari yang akan datang? Impian? Angan-angan dan harapan? Memang tidak akan ada seorang manusia pun yang mampu menjawab persoalan sebegitu. Kerana itu, manusia perlu meminta dariNya. Manusia perlu percaya pada diri juga. InsyaAllah, impian yang di impikan itu akan hadir suatu hari nanti.
Tapi, bagaimana dengan dugaan? Entah. Jangan terlalu bebankan diri memikirkan dugaan. Jika ia ditakdirkan untuk menduga kehidupan, mahu atau tidak, manusia perlu menghadapinya. Kan?
Cukuplah apa yang aku suarakan ini. Aku juga manusia yang punya angan-angan dan impian. Bila perasaan berada dalam hati, mustahil untuk aku diam. Aku ingin, terlalu ingin, untuk sentiasa memegang teguh perasaan ini. Benarkan kami untuk sentiasa memegang dengan perasaan ini, walau apapun dugaan yang bakal datang menduga kami.
Aku takut. Cukup dengan apa yang telah di dugakan untuk aku. Aku terlalu tidak mahu sesuatu seperti itu datang menduga aku lagi. Kuatkan diri aku untuk kali ini. Kuatkan diri kami untuk kehidupan ini, Ya Tuhan.
Aku tidak mahu rasa lagi apa yang pernah aku rasa. Berikan kami keindahan itu, Ya Allah. Kerana,aku mahu ia ada selamanya. Kerana aku rasa keindahan itu sehingga kini. Jangan hilangkannya dari kehidupan aku dan dia. Jangan ada sesiapa yang ingin menghilangkannya..
No comments:
Post a Comment