13 September 2011

Tidak selalunya indah. Tapi aku mahu keindahan itu.

Memang. Itu adalah hakikat dan kenyataan dalam hidup. Segalanya yang ada dalam kehidupan kita tidak akan sentiasa indah. Kita akan jumpa naik turun. Suka duka. tangis ketawa. Semua itu akan ada dalam plot kehidupan manusia. Bila kita bertemu dengan cinta, cinta juga tidak akan selalunya indah. Akan ada pergolakan, akan ada dugaan. Itu adalah realiti yang kita tidak akan dapat ubah. Tapi, setiap manusia yang berada dalam kehidupan ini, sudah tentu mahukan keindahan. Dan kebahagiaan. Kan? Aku juga. Aku tidak terkecuali dari itu. Aku juga inginkan sesuatu yang indah itu.

Macam-macam yang pernah aku tempuh. Segalanya mengajar aku untuk lebih mengenali hidup. Alhamdulillah, kini aku masih disini. Masih diberikan nafas untuk hidup. Walau sekuat mana aku jatuh, tapi kini aku masih ada di sini. Syukur.

Tapi, bagaimana dengan hari yang akan datang? Impian? Angan-angan dan harapan? Memang tidak akan ada seorang manusia pun yang mampu menjawab persoalan sebegitu. Kerana itu, manusia perlu meminta dariNya. Manusia perlu percaya pada diri juga. InsyaAllah, impian yang di impikan itu akan hadir suatu hari nanti.

Tapi, bagaimana dengan dugaan? Entah. Jangan terlalu bebankan diri memikirkan dugaan. Jika ia ditakdirkan untuk menduga kehidupan, mahu atau tidak, manusia perlu menghadapinya. Kan?

Cukuplah apa yang aku suarakan ini. Aku juga manusia yang punya angan-angan dan impian. Bila perasaan berada dalam hati, mustahil untuk aku diam. Aku ingin, terlalu ingin, untuk sentiasa memegang teguh perasaan ini. Benarkan kami untuk sentiasa memegang dengan perasaan ini, walau apapun dugaan yang bakal datang menduga kami.

Aku takut. Cukup dengan apa yang telah di dugakan untuk aku. Aku terlalu tidak mahu sesuatu seperti itu datang menduga aku lagi. Kuatkan diri aku untuk kali ini. Kuatkan diri kami untuk kehidupan ini, Ya Tuhan.

Aku tidak mahu rasa lagi apa yang pernah aku rasa. Berikan kami keindahan itu, Ya Allah. Kerana,aku mahu ia ada selamanya. Kerana aku rasa keindahan itu sehingga kini. Jangan hilangkannya dari kehidupan aku dan dia. Jangan ada sesiapa yang ingin menghilangkannya..

09 September 2011

Kek Lapis kukus Masam Manis

Ini adalah wajah kek lapis masam manis. Hari tu belajar buat benda ni. Seriusly senang gila. Ingatkan complicated sangatlah bahan2 nya. dan yang paling penting, kek ini KALIS TERBAKAR sebab hanya perlu dikukus sahaja. hehehe~ Cikgu tu ada pesan, share2 lah dengan kawan2 resipi nya. Benda baik, elok kita kongsi. kan? Hehehe, so, secara tidak langsung, rasa macam nak share jugak dekat sini. ok. Mari kita lihat bahan2 nya.


2 cawan biskut marie yang di kisar.
10 biji telur yang di asingkan kuning dan putih telurnya.
1 cawan gula.
beberapa paket "Haw Flakes".
1 ketul butter.
1 sudu teh krim tartar.
esen vanilla secukupnya.
pewarna. (Hijau dan kuning)
Cara-cara membuat:

1. Kisar biskut marie terlebih dahulu. (guna blender kering). Lepas tu, just ambil 2 cawan sahaja.

2. campurkan gula dan butter. Putarsampai kembang.

3. Guna bekas yang berasingan, putar putih telur beserta krim tartar. Putar sampai lah putih telur tu jadi macam krim. Sampai betul2 kembang. Bila kita terbalik kan bekas pun tak jatuh.

4. Guna lagi satu bekas yang berasingan, putar kuning telur pula. Sampai jadi berkrim and tak nampak rupa telur dah.

5. Lepas putar2 semua tu, ambil balik bekas yang berisi butter + gula tadi. Tuangkan kuning telur yang dah diputar tu. Putar sekejap, then tuangkan pula putih telur yang dah diputar tadi. Putar semua bahan tu sampai agak2 sebati. Letakkan juga esen vanila.

6. Bila dah nampak cantik semua bahan tu, boleh la masuk kan biskut marie yang dikisar tadi. Putar sampai sebati.

7. bahagikan adunan tu dalam dua bekas berasingan. Sama banyak. Lepas tu, letak lah pewarna kesukaan.

:)

hehehe. Acara memutar dah siap. So, mari beralih ke acar mengukus dan me lapiskan.

1. Ambil loyang. Sapu dengan marjerin.
(Seeloknya guna loyang 9 x 9. kalau kecil pun tak apa. lebih tu pandai2 la.):p

2. tuangkan bahan warna kesukaan untuk buat lapisan pertama. kemudian Kukus dalam pengukus selama 10 minit.
(ikut suka nak tebal mana. Seeloknya nipis. baru cantik.)

3. Bila dah sepuluh minit, ambil loyang tu dan susun Haw Flakes atas lapisan tu. Susun pun ikut kreativiti. kalau nak buat batu bata, tak payah rapat2 and sebaris. Lepas dah susun haw flakes, Tuangkan lapisan warna kedua kat atas haw flakes yang dah di susun tu dan kukus selama 10 minit juga.

4. Ulang langkah macam tu sampailah di lapisan terakhir. Kukus yang terakhir selama 15 minit.





SIAP! Huhuhuhu~ Senang je kan bahan2 nya? Cuma nak buat tu la memerlukan kesabaran yang kental. nak melayer tu kadang2 haw flakes tu degil. Tercabut2 masa ratakan adunan. hahahaha.

Ok. Itu sahaja. hehehe, sesiapa yang nak mencuba, sila lah ya. hehehehe. rasanya tak muak sebab biskut marie tu bertemu dengan haw flakes. Sebab tu lah namanya kek masam manis.

huhuhuu~

Ok. Selamat mencuba!


07 September 2011

Self Reminding

Love yourself;


Be yourself;


Accept yourself;


For who you are.










*I wish I can. But I can't.







It can't never be like that










It will never happen.











*Crying with no reason.

03 September 2011

selamat hari raya semua.

Semoga hari raya kalian menjadikan hidup kalian lebih ceria. Ok, taknak merepek panjang. Just update guna handphone. Agak kurang selesa nak bercerita. Mata ni degil taknak lelap. Otak dah terganggu dgn macam2.

Sebenarnya, cemburu bila tengok manusia sekeliling. Hari raya yang sangat ceria pada mereka. Erk, tak elok nak cemburu. Kan?

Kehidupan memang mcm ni. Tak semua sama. Tuhan juga ciptakan manusia berbeza. Biarpun aku tak seperti yang lain, tapi aku perlu bersyukur.
Sila lah buang perasaan yang bermaharajalela tu. Dan terima diri sendiri.

Perlu untuk menerima segala kekurangan diri sendiri. Dan belajar untuk sayang dan hargai diri sendiri
dan,jangan lupa, bersyukur

*hakikatnya, senang untuk bercakap disini tapi sukar untuk merealitikannya. Kdg2, perasaan berjaya menakluki diri.

Ok.berhenti merepek. Sila pejam. Assalamualaikum.