20 May 2011

Melihat Hitam dan Putih



Dunia;
Ada macam warna.
Ada biru, kuning, merah.
Ada hijau, jingga, ungu.
Ada juga hitam; Ada juga putih.

Warna dalam hidup hanya ada dua.
Hanya hitam; Hanya putih.
Yang indah itu putih.
Yang pedih itu hitam.
Hitam putih sentiasa berganti.
Tidak akan kekal dengan satu warna selamanya.

Itu warna yang biasa.
Biasa wujud dalam entiti hidup setiap manusia.

Walaupun hanya ada hitam; hanya ada putih,
Warna lain tetap sentiasa kita lihat.
Warna warni yang akan singgah
Warna warni yang akan jadi pencorak untuk putih dan hitam.

Biarpun hanya ada dua warna;
Warna pelangi tetap akan singgah.



1 comment:

UmmiNazzla said...

kite ade tag farah..hihi..sje suke2..join yea kalu sudi..^_^