Blog ni pun, aku wujudkan sebagai teman diri aku juga. Apa yang aku rasa sesuai untuk kongsi, aku kongsi. Biarpun entry kali ini mungkin buat kalian tak faham apa-apa, jadi, abaikan dan biarkan ok.
Dunia berpusing siang malam, naik turun hidup, semua tu perkara biasa pada kita penghuni dunia.
Semua manusia ada beribu jenis perasaan. Kenapa aku cakap beribu? Perasaan yang boleh diungkapkan dengan kata memang tak banyak. Tapi perasaan yang kita sendiri tak tahu nak gambarkan bagaimana, itulah dia beribu. Kadang2, aku marah dengan diri sendiri. Suka betul layan perasaan. Kan? Entah. Kalau kalian rasa macam tu, terpulang. Aku pun sedar aku macam tu. Bukan aku sengaja, benda tu memang ada. Semulajadi dalam diri aku. Sebab tu bila aku mula rasa sesuatu, cepat2 aku tafsirkan dalam bentuk kata kata. heh, kalau tengok dekat blog aku lagi satu tu, mesti ada yang termuntah.
Biarlah. Aku tak kisah. Aku buat untuk diri aku. Dan untuk yang sedar betapa indahnya puisi, betapa cantiknya seni. Kepada yang tak faham, atau kata aku ni gila, aku tak kisah.
Lain manusia, lain dunia dan jiwanya.
Tapi, pada saat ni, apa yang aku ingin perkatakan, aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk hidup aku, hidup kita, dan hidup kalian juga. Aku tahu, aku manusia yang mudah alpa. Alpa dengan dunia. Tolong ampuni aku Ya Tuhan,,
Sekejap aku lalai dan terlalu gembira, saat tu aku lupa. DIA juga boleh turunkan kepadaku macam2 dugaan. Dugaan yang aku sendiri tak sangka, mungkin suatu hari nanti akan tiba dugaan itu untuk aku. Hidup tak kan kosong dari dugaan. Allah Maha Berkuasa. DIA bisa lakukan apa sahaja. Kan?
Entahlah.
Maafkan aku. Aku ingin terus bercakap begini ketika ini. Dan kata-kata seterusnya ini, aku mahu seorang insan tahu, bahawa dia ada dalam dunia aku. Hati aku. Jiwa aku. Banyak perkara yang mengajar aku tentang hidup. Aku mengaku, aku mula belajar tentang hidup selepas Allah wujudkan dia dalam hidup aku. naik turun aku dalam dunia, jatuh bangun aku, semuanya Hanya Tuhan yang tahu rasa aku saat itu.
Aku hanya mampu mengucapkan kata syukur . Kerana Allah menduga aku supaya aku tidak lupa padaNya. Supaya aku akan sentiasa ingat, AKU GEMBIRA, Nikmat itu datang dariNYA. Tapi aku juga malu, kerana aku lupa. Betapa hina hambaMu ini Ya Allah.
Buat insan itu, You know everything inside my heart. Apa yang dapat diluahkan, telahpun aku luahkan. And that was really from my heart.
Semoga ada jalan untuk kita. Semoga apa yang kita ceritakan, impikan, suatu hari nanti akan tiba untuk kita. Semoga Qasih itu akan hadir untuk kita. Semoga Qaish jadi satu yang nyata.
Amin, Ya Rabbal Alamin,,
No comments:
Post a Comment