30 June 2011

Surat Cinta dari YTM

Assalamualaikum.

Ok. Baru balik kerja, tengah penat, tiba2 abah cakap ada surat dari YTM. Anda tahu apa itu YTM?
Yayasan Telekom Malaysia. Masa bukak and baca surat tu, memang hanya Allah saja yang tahu apa perasaan aku. Ok. Dalam tu cakap, result sem ni ada peningkatan. But, sampai tengah2 tu macam dah lain macam je.

Cgpa x seperti yang dia nak walaupun gpa aku memang naik agak banyak. nak buat cam mana. Haih~ yup. aku admit, aku study agak lambat utk sem yang baru lepas ni. Ke, aku sendiri yang bodoh sangat x leh nak adapt blaja kt UM tu? Aku tak layak masuk UM kot. Patut lepas diploma terus keje je kot tempat aku. Kan?

Eh, Apa kau merepek ni farah! Haish. Kalau kau x layak, kau x dapat la scholar YTM tu. Ko patut bersyukur sebab banyak stage YTM buat masa nak pilih orang. And kau patut bersyukur sebab kau dapat peluang tu walaupun kau hampir2 x dapat.


Serius. Aku memang tengah agak serabut and putus asa pulak sekarang ni. Please la jangan menakutkan ku dengan hantar "surat cinta" tu. Aku dah pernah dapat sebelum ni. So, dah 2 kali YTM hantar surat cinta kat aku. Bila pk balik, bukan apa. Aku macam rasa serba salah dengan mak dgn abah. Especially, Abah. Isk. Memang berair mata la bila cakap pasal abah kan. Abah macam meletak kan harapan yang tinggi kat aku. Bukan soal pointer melambung, but at least, dapat maintain scholar je. kalau tak, erkk. Tak dapat bayangkan macam mana.


So,entah lah. Just rasa stress and down sebab surat cinta tu. Apa pun, semuanya terserah padaNya dan yang penting, aku kena usaha gila2. hurm.. xpe, at least result sem ni better then before. Huruf C x jumpa aku sem ni. Hope sem depan, B- pun jangan jumpa boleh x? isk.
B- menakutkan. Please lah~~



Sudahlah farah, tak guna jugak kau membebel kat sini macam orang gila. kan? relax, amik semangat balik. InsyaAllah~

24 June 2011

Bercakap dengan serius

Assalamualaikum,

Rasanya, seperti dah lama tuan punya blog ni tak bercakap tentang perkara serius dengan cara yang serius. Busy. Mungkin juga, mood serius belum ada. Ye lah, penat dengan kerja. Tension dengan customer. Dah tak terpikir tentang apa2 dah. tapi, entry kali ni pun tidaklah serius sangat.
Masih menggunakan bahasa yang biasa dan intonasi yang biasa, cuma, perkara yang ingin diperkatakan tu harus dipandang serius.

Tentang apa? Tentang diri sendiri? Tentang orang lain?

Salah. Jawapanya, tentang semua. Tentang dunia.

Tentang manusia.




Macam macam jenis manusia ada di muka bumi ni. Aku? tergolong dalam manusia jenis macam mana?


Wallahualam.





Aku hanya jadi diri aku sendiri. Dan cuba yang terbail untuk semua orang.

Tapi, kenapa kadang2, erk. Biarlah. Kadang2, macam ada something yang bermain dalam fikiran aku. perasaan aku. Entah. *abaikan sahaja. Tenangkan hati, dekatkan doro denganNya. InsyaAllah.









Kadang2 aku normal. Kadang2 aku begini. Apa sebenarnya yang terjadi?







-Tanda soal. Belum ada jawapan-


13 June 2011

heartkustik jiwa

Saat ini aku malas dan hanya mahu menyusun huruf di sini.
Susunan huruf membentuk lirik tanpa muzik.
Tak perlu untuk aku singgah ke halaman kedua untuk berbicara.
Sini masih tempatku.
Bebas untuk aku.

Aku;
Mengarang satu persatu abjad
Ingin aku suarakan dengan nada
Dengan irama
Untuk aku alunkan
Untuk kau dengarkan.

Suara akustik ini dari hati
Hanya untuk kamu.
Iramanya masih belum ku cipta
Masih belum ku jumpa punca
Namun suara ini hanya untuk kamu.

Ketika ini kamu dalam mimpi
Tapi aku masih mencelik disini
Sepertinya hati ingin sekali bersuara
Lalu ku ungkai satu persatu menjadi kata

Suara akustik jiwa
Untuk kamu;
Dunia.
Betapa aku perlukan kamu
Kerana kamulah dunia.



07 June 2011

Tanpamu- Sabhi Saddi & Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


I'm sure most of u pernah dgr lagu ni. Best kan,,,?

06 June 2011

Ketika cinta bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

- Tak pernah tengok lagi cerita ni. Tapi, lagu dan lirik yang indah. Kan?



05 June 2011

Harus sedar

Macam-macam yang aku inginkan. Macam-macam yang aku takutkan. Tapi pernah aku meminta dariNya? Kadang2 aku sendiri alpa.

Ampunkan aku Ya Tuhan.

Aku takut dengan hari esok. Kerana dosa hari ini yang memberikan ketakutan itu.

Aku impikan bahagia hari esok, tapi diri sendiri alpa akan punca kebahagiaan itu.

Bagaimana kau mahu bahagia sedangkan kau lupa padaNya?

Bagaimana kau mahu gembira dan tenang sedangkan kau jauhkan diri dariNya?

Ampunkan aku Ya Tuhan..

Aku hambaMu yang hina,

Sering tersasar dengan gembira yang hanya datang sementara. Membuatkan aku lupa akan bahagia yang akan tiba jika aku mencarinya.

Aku sendiri yang tidak menuju ke jalan bahagia itu.

Aku sendiri yang sering lupa di saat aku gembira untuk seketika.

Betapa lemah dan hina hambaMu ini Ya Allah....

01 June 2011

Plague of happiness; Malam

Malam ini ku nyanyikan
Sebuah lagu lama
Yang tekubur dalam nistaku
Hilang daya hilang mata
Ingin ku luahkan segalanya
Agar engkau sedar

Semalam aku
Hanya meminta-minta
Secebis harapan
Semangat di masa hadapan


Malam ini tak terhenti
Tiada nafas lagi
Melunaskan segala janjiku
Aku pinta kau berserah
Moga penghujung cita-cita kita tak terdampar

Semalam aku
Tiada nafas lagi
Pikul beban ini
Yang kerap jatuh lari



credit; http://www.lyricsmode.com/lyrics/p/plague_of_happiness/malam.html





- pendapat peribadi; Lagu yang simple. Lirik yang sangat konkrit. :)
Sebelum ni dengar macam tu je. Tak ada perasaan pun. dah lama dah lagu ni. Zaman GIG tengah top, huhu.

But bila dengar balik tadi, seperti ada angin yang masuk dalam jiwa aku.