13 June 2011

heartkustik jiwa

Saat ini aku malas dan hanya mahu menyusun huruf di sini.
Susunan huruf membentuk lirik tanpa muzik.
Tak perlu untuk aku singgah ke halaman kedua untuk berbicara.
Sini masih tempatku.
Bebas untuk aku.

Aku;
Mengarang satu persatu abjad
Ingin aku suarakan dengan nada
Dengan irama
Untuk aku alunkan
Untuk kau dengarkan.

Suara akustik ini dari hati
Hanya untuk kamu.
Iramanya masih belum ku cipta
Masih belum ku jumpa punca
Namun suara ini hanya untuk kamu.

Ketika ini kamu dalam mimpi
Tapi aku masih mencelik disini
Sepertinya hati ingin sekali bersuara
Lalu ku ungkai satu persatu menjadi kata

Suara akustik jiwa
Untuk kamu;
Dunia.
Betapa aku perlukan kamu
Kerana kamulah dunia.



No comments: