30 July 2011

Mad World

Assalamualaikum. :) this time, just nak share about one song that successfully captured my heart and soul sejurus selepas mendengarnya dalam rancangan SYTYCD season 7 di AXN tadi. After habis cerita tu, terus mengadap lappy than bukak youtube. That song was called MAD WORLD, by Micheal Andrews Feat Gary Jules. Honestly speaking, for me lah kan, lagunya sangan indah. :)

Btw, oleh kerana embbeding video is disable dalam tu, so, if nak dengar lagunya just klik ini:

MAD WORLD- Micheal Andrews Feat Gary Jules

So, sebagai penutup kata, huhu, di bawah ini adalah liriknya. So, daripada sini pun dah boleh tahu kan, how beautiful that song is..

Ok. here we go,


All around me are familiar faces
Worn out places, Worn out faces
Bright and early for the daily races
Going nowhere, Going nowhere
Their tears are filling up their glasses
No expression, No expression
Hide my head I want to drown my sorrows
No tomorrow, No tomorrow

Chorus
And I find it kind of funny, I find it kind of sad
These dreams in which i'm dying, Are the best I've ever had
I find it hard to tell you, I find it hard to take
When people run in circles its a very very
Mad World, Mad World

Children waiting for the day they feel good
Happy Birthday, Happy Birthday
And they feel the way that every child should
Sit and listen, Sit and listen
Went to school and I was very nervous
No one knew me, No one knew me
Hello teacher tell me whats my lesson
Look right through me, Look right through me

And I find it kind of funny, I find it kind of sad
The dreams in which i'm dying, Are the best I've ever had
I find it hard to tell you, I find it hard to take
When people run in circles it's a very very
Mad World, Mad World, Mad World, Mad World...




Best kan lirik nya? :)

28 July 2011

Tinggalan dan peninggalan. Dan yang tinggal?

Setiap langkah yang kita atur di tanah, pasti akan ada kesan yang kita tinggalkan. Mahu atau tidak, tinggalan itu tetap ada. begitu juga hidup. Setiap detik, saat dan hari yang telah kita jalani, segalanya berlalu begitu sahaja. dan akan wujud satu peninggalan yang kita tinggalkan. Itu kisah hidup. rentetan dan plot plot yang bukan kita tahu jalan ceritanya. Di mana latarnya, tidak pernah sama sekali kita tahu. Sehinggalah kita berjaya melalui rentetan itu. Dan seterusnya, menjadi peninggalan dalam hidup kita. Mahu atau tidak, tidak akan ada cara lain untuk kita tahu isinya kehidupan itu sehingga kita sendiri menjalaninya. Itu benar. Suara hati aku kata ia benar. Sudah banyak yang aku tinggalkan. tertinggal dengan sendirinya. suka, ketawa, jatuh, sakit, tangis. semua itu tertinggal dengan sendirinya saat aku melepasi semua itu. Itu satu peninggalan dalam kisah aku. Kehidupan aku. Jalan aku. Siapa sangka, aku berada di muka surat sekarang ini.

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.

Kerana muka surat yang sedang aku berdiri ini, tidak pernah sama sekali aku jangka kan dalam hati dan hidup. Seolah2, seperti satu hadiah buat aku. Aku bukanlah berkata bahawa aku ini sempurna dan hidupku sempurna. tetapi cukup bagi aku, muka surat yang sedang aku diami ini lebih bermakna dan lebih baik dari apa yang telah aku tinggalkan. Bukan niat aku untuk berlagak baik. Tidak. Jauh panggang dari api. memang tidak sama sekali aku berniat itu. Mungkin mereka yang membaca, akan berkata ini cerita sia-sia. tetapi, cukup bagi aku untuk aku suarakan isi dari jiwa aku. dari hati aku.

bukan sahaja aku yang punya cerita. semua kita. setiap satu dari kita, selagi kita ada nyawa dan bergelar hamba kepadaNYA, semua itu telah di isi dan telah dilalui. Dan apa yang telah dilalui, itu lah peninggalan. Peninggalan yang kita telah tinggalkan. Tidak akan ada satu cara pun untuk kita kembali. Kita hanya sebagai seorang hamba yang masih tinggal. Yang tinggal hanya diri, hati, akal, minda dan cinta. Untuk kita sekali lagi meneruskan plot plot yang memang sudah sedia ada. Namun, dengan apa yang kita ada, kita perlu untuk merenung kembali peninggalan itu. Bukan untuk dikenang dan di ingatkan. Jangan. Bukan juga untuk kita kembali ke peninggalan yang mendung itu. Tidak sama sekali. Peninggalan itu, perlu direnung. Supaya kita mampu untuk berjalan ke plot yang seterusnya.

Cerita ini, aku cerita untuk diri aku. tetapi aku paparkan untuk sesiapa yang mahu membaca. Dan memahami. Untuk sama sama kita fikir seketika. Siapa diri kita. Apa yang telah kita lalui dan tinggalkan. Dan apa yang tinggal untuk hidup seterusnya.

Ya. Aku tahu. Aku penuh dengan cerita. Hidup aku bagaikan hidup yang sentiasa penuh dengan rentetan cerita emosi, suara jiwa dan hati. Kerana ini diri aku. dan ini hidup aku. Aku suarakan begini. Aku ceritakan begini. Dan aku selesa begini. Biar manusia sukar untuk fahami, tetapi aku ingin manusia untuk senang merenung diri.

Semoga aku, dan semua, sentiasa diberi ketenangan hati. ketenteraman jiwa. dan kebahagiaan cinta. Walau siapa pun kita, walau jahat mana pun aku, aku percaya. Aku dan semua mahukan ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan itu.

Amin.

19 July 2011

Kata kata semangat

Assalamualaikum.


:)



Farah mn bukanlah siapa2 pun. bukan pakar kaunseling (diri sendiri pun tak terkaunseling); apatah lagi bukan manusia yang sempurna. Saya pun ada cerita tersendiri juga. tapi, kali ni, tiba2 je saya terasa macam nak bercakap tentang semangat. Bukanlah saya nak bagi kata2 semangat. just, nak bercakap tentang itu. Kenapa? Tiba2 je kan nak cakap pasal ni. well, saya memang suka memerhatikan keadaan sekeliling. kadang2, yang tak sekeliling pun saya perhati. (explore a.k.a stalk). Hahahahahaha. tapi, tidaklah saya explore benda sesuka hati. tidak sama sekali. Just blogwalking. there and there. And baca blog orang. and dari situ, seems like saya dapat rasa apa penulis2 tu rasa dan cerita. Ada yang suka, gila2, serius, yang sedih pun ada. And ada juga yang blog nya macam diary kisah sedih, kisah derita, kisah cinta and yang sewaktu denganya. lebih kurang lah kan dengan blog ni. Dah macam diary macam2 ada jugak kan? hahahahaha. terpulang lah dekat pemilik blog sebenarnya. saya tak nak masuk campur urusan blog mereka. What i'm going to say here is about semangat. dan kekuatan.

bila terbaca kisah2 mereka yang kecewa, yang terlalu inginkan bahagia, honestly. Saya faham. I can feel that. Itu juga apa yang saya inginkan. To be honest, i want happiness. Saya pun terlalu inginkan bahagia dan cinta .

(Alhamdulillah, keadaan saya sekarang lebih baik dari sebelumnya)

This entry tiada ditujukan kepada sesiapa pun. just hope, pada sesiapa yang membaca, ingat lah, yang setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. jangan terlalu inginkan sesuatu sehinggakan kita lupa padaNya. Cinta itu akan hadir. Bukan untuk kita desak ianya hadir. kalau x, kita yang tak bahagia. kita yang merana. Kan? saya bukan nak jadi poyo, or konon kuat, or pandai cakap je. TIDAK. saya pernah lalui. saya pernah rasa. and i want the same too. I strongly love my love one. tipu lah kalau saya cakap saya ni kental, brutal and what so ever. Saya juga hati kaca. Senang menangis. cepat terasa. I'm also an ordinary woman.

And i know, bila emosi sedang mengacau kita, macam2 bermain dalam fikiran. And kita luahkan melalui macam2 cara. itu memang salah satu cara untuk rasa lega. But, walau apa pun dugaan yang di datangi kepada kita, kuatkan hati. Minta petunjuk dan bahagia yang di cari itu dariNYA..
I know. Im not perfect. Saya juga manusia yang ada dosa. ada hinanya. But I hope, what ever comes to me, I'll have the strength. Strength from HIM.


To all readers, yang bergelar manusia, baik lelaki mahupun perempuan, hidup ni sentiasa akan ada dugaan. kesedihan. keperitan. and something yang kita tak pernah jangka kan. Even kita pun tak tahu bila kita mati. saya bercakap untuk diri saya juga. saya tidak tujukan kepada sesiapa. walau apa pun yang berlaku, mintalah kekuatan daripada Allah Yang Maha Esa. Setiap dugaan yang mendatangi kita, seharusnya menjadikan kita ingat padaNya.


Terus terang, saya juga hati kaca. mahukan bahagia, cinta dan sayang. yes. That's me. and i guess, semua orang nak kan itu juga. i've gone through so many things. But, Alhamdulillah. Saya masih hidup sehingga kini.




ok. enough lah kot cakap pasal ni. nanti ada pulak yang cakap saya ni poyo or ntah apa2. hahahahaha. terpulang. :) just blogwalking, and baca macam2 jenis cerita. And tiba2, hati rasa nak cakap macam ni. untuk ingatan diri sendiri juga.









*sebenarnya, diri sendiri ni pun bermacam2 jenis emosi yang ada. Hahahahaha. Bila tengok sana, rasa macam ni. tengok situ rasa macam tu. Bla bla bla. see,sekarang pun agak beremosi juga sebenarnya. i'm emotional girl juga. huuu~ whatever. just be yourself farah. dun let past haunting you. keep moving forward. doa banyak2. insyaAllah,, farah mn,,jangan terlau ingin menjadi yang teristimewa atau segalanya. jangan terlalu ingin jadi lebih dari semuanya. bersyukur, dan terima takdir yang dah disuratkan. life is always moving forward. remember that. jaga apa yang telah dibina, jangan biarkan perasaan ingin terlalu menjadi segalanya menguasai. setiap manusia ada jalan hidupnya. abaikan segala yang dah berlalu. trust and believe yourself. just be yourself. (walaupun kdg2 diri sendiri tak stabil)*



wassalam.

01 July 2011

Takut kerana?

Berani kerana benar. Tapi, kalau sesuatu yang kita sendiri tidak tahu ianya benar atau tidak, bagaimana untuk berani? Soal hati dan hidup memang bukan sesuatu yang boleh di jawab dengan jawapan "yes" atau "no". Bila kita inginkan sesuatu, kadang2 kita sendiri sukar untuk menyatakan "yes" atau "no". Kita tahu apa hati kita mahu and apa yang kita mahukan dalam kehidupan. But, adakah kita menuju ke arah itu? Ataupun kita hanya membiarkan sahaja keinginan itu datang sendiri? entah. kadang2, aku pun tak tahu. Seolah2 ada keliru, kurang yakin, keraguan, and yang paling penting, fikiran ni. Seolah2 ada sesuatu yang mengganggu. Apa ya? tak tahu lah. Aku cuba kuatkan diri, minda, dan pemikiran aku sendiri. Tapi, ada saja yang datang kacau fikiran ni. Aku yang cari sendiri? Aku yang fikir? apa aku fikir? Entah.

Aku rindukan sesuatu. Mungkin. Sesuatu yang hanya aku sendiri mahu dan tahu. Orang lain sibuk bercakap, "aku mahu bahagia". Biarlah aku diam saja. Tak perlu rasanya nak cakap macam tu. Kan? Macam terlalu mahukan bahagia dan cinta. Aku? Hidup seperti biasa. Dan yang paling penting, perlu sentiasa bersederhana. Jangan meletakkan sesuatu harapan yang tinggi. Kalau tak kesampaian, hanya Allah yang tahu rasanya.

Mungkin juga, diri aku sebelum ini yang membawa aku dalam kehidupan sekarang ini. Bukan mungkin, tapi pasti. Segala salah dan silap aku, kebodohan aku, salah langkah yang telah aku lakukan, mengheret aku kedalam keadaan sekarang ini. Hanya Allah dan diri aku sahaja yang tahu semua itu.

"What goes around comes around".
"Setiap kejahatan pasti ada pembalasan".
"Buat macam tu dekat orang nanti suatu hari nanti orang buat balik dekat kau".

Aku takut dengan penyataan tu. Sebab itu kadang2 hati aku rasa takut. Manusia ada macam macam jenis. Aku takut dengan jenis2 manusia yang aku sendiri tak tahu macam mana. Aku selalu dengar ayat "Yakin pada diri." "Think positive". But, kalau dah kehidupan sendiri yang menghantui perasaan aku sendiri, macam mana aku nak yakin?

Aku perlukan sesuatu untuk memberi aku semangat. Aku perlu sesuatu untuk membawa aku ke arah sesuatu yang aku inginkan. Aku perlukan sesuatu untuk aku melawan perasaan aku.
Sesuatu yang hanya aku dan Yang Maha Esa sahaja tahu. Dan aku harap, sesuatu itu akan hadir dalam kehidupan aku suatu hari nanti. Amin~

Kadang2 aku normal. Kadang2 aku begini. Sampai bila aku nak jadi manusia yang macam ni? Aku tak boleh nak buang semuanya. Aku tak boleh nak buat tak tahu. Kehidupan dan apa yang aku lalui yang mengganggu diri aku ketika ini. Tapi aku tak boleh nak salahkan perkara yang dah berlalu. Itu takdir. Memang dah tercatat itu berlaku dalam kehidupan aku. Apa yang aku dapat lakukan sekarang, cuba kawal fikiran, dan perasaan....


"Jangan lupa padaNya, Farah. Kau seolah2 dah sesat. tak tahu mana nak tuju. Sedarlah. Tolong sedar. InsyaAllah, sesuatu yang kau impikan akan datang. Akan hadir. Akan muncul selamanya. Amin...."