Setiap langkah yang kita atur di tanah, pasti akan ada kesan yang kita tinggalkan. Mahu atau tidak, tinggalan itu tetap ada. begitu juga hidup. Setiap detik, saat dan hari yang telah kita jalani, segalanya berlalu begitu sahaja. dan akan wujud satu peninggalan yang kita tinggalkan. Itu kisah hidup. rentetan dan plot plot yang bukan kita tahu jalan ceritanya. Di mana latarnya, tidak pernah sama sekali kita tahu. Sehinggalah kita berjaya melalui rentetan itu. Dan seterusnya, menjadi peninggalan dalam hidup kita. Mahu atau tidak, tidak akan ada cara lain untuk kita tahu isinya kehidupan itu sehingga kita sendiri menjalaninya. Itu benar. Suara hati aku kata ia benar. Sudah banyak yang aku tinggalkan. tertinggal dengan sendirinya. suka, ketawa, jatuh, sakit, tangis. semua itu tertinggal dengan sendirinya saat aku melepasi semua itu. Itu satu peninggalan dalam kisah aku. Kehidupan aku. Jalan aku. Siapa sangka, aku berada di muka surat sekarang ini.
Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.
Kerana muka surat yang sedang aku berdiri ini, tidak pernah sama sekali aku jangka kan dalam hati dan hidup. Seolah2, seperti satu hadiah buat aku. Aku bukanlah berkata bahawa aku ini sempurna dan hidupku sempurna. tetapi cukup bagi aku, muka surat yang sedang aku diami ini lebih bermakna dan lebih baik dari apa yang telah aku tinggalkan. Bukan niat aku untuk berlagak baik. Tidak. Jauh panggang dari api. memang tidak sama sekali aku berniat itu. Mungkin mereka yang membaca, akan berkata ini cerita sia-sia. tetapi, cukup bagi aku untuk aku suarakan isi dari jiwa aku. dari hati aku.
bukan sahaja aku yang punya cerita. semua kita. setiap satu dari kita, selagi kita ada nyawa dan bergelar hamba kepadaNYA, semua itu telah di isi dan telah dilalui. Dan apa yang telah dilalui, itu lah peninggalan. Peninggalan yang kita telah tinggalkan. Tidak akan ada satu cara pun untuk kita kembali. Kita hanya sebagai seorang hamba yang masih tinggal. Yang tinggal hanya diri, hati, akal, minda dan cinta. Untuk kita sekali lagi meneruskan plot plot yang memang sudah sedia ada. Namun, dengan apa yang kita ada, kita perlu untuk merenung kembali peninggalan itu. Bukan untuk dikenang dan di ingatkan. Jangan. Bukan juga untuk kita kembali ke peninggalan yang mendung itu. Tidak sama sekali. Peninggalan itu, perlu direnung. Supaya kita mampu untuk berjalan ke plot yang seterusnya.
Cerita ini, aku cerita untuk diri aku. tetapi aku paparkan untuk sesiapa yang mahu membaca. Dan memahami. Untuk sama sama kita fikir seketika. Siapa diri kita. Apa yang telah kita lalui dan tinggalkan. Dan apa yang tinggal untuk hidup seterusnya.
Ya. Aku tahu. Aku penuh dengan cerita. Hidup aku bagaikan hidup yang sentiasa penuh dengan rentetan cerita emosi, suara jiwa dan hati. Kerana ini diri aku. dan ini hidup aku. Aku suarakan begini. Aku ceritakan begini. Dan aku selesa begini. Biar manusia sukar untuk fahami, tetapi aku ingin manusia untuk senang merenung diri.
Semoga aku, dan semua, sentiasa diberi ketenangan hati. ketenteraman jiwa. dan kebahagiaan cinta. Walau siapa pun kita, walau jahat mana pun aku, aku percaya. Aku dan semua mahukan ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan itu.
Amin.
No comments:
Post a Comment