Berani kerana benar. Tapi, kalau sesuatu yang kita sendiri tidak tahu ianya benar atau tidak, bagaimana untuk berani? Soal hati dan hidup memang bukan sesuatu yang boleh di jawab dengan jawapan "yes" atau "no". Bila kita inginkan sesuatu, kadang2 kita sendiri sukar untuk menyatakan "yes" atau "no". Kita tahu apa hati kita mahu and apa yang kita mahukan dalam kehidupan. But, adakah kita menuju ke arah itu? Ataupun kita hanya membiarkan sahaja keinginan itu datang sendiri? entah. kadang2, aku pun tak tahu. Seolah2 ada keliru, kurang yakin, keraguan, and yang paling penting, fikiran ni. Seolah2 ada sesuatu yang mengganggu. Apa ya? tak tahu lah. Aku cuba kuatkan diri, minda, dan pemikiran aku sendiri. Tapi, ada saja yang datang kacau fikiran ni. Aku yang cari sendiri? Aku yang fikir? apa aku fikir? Entah.
Aku rindukan sesuatu. Mungkin. Sesuatu yang hanya aku sendiri mahu dan tahu. Orang lain sibuk bercakap, "aku mahu bahagia". Biarlah aku diam saja. Tak perlu rasanya nak cakap macam tu. Kan? Macam terlalu mahukan bahagia dan cinta. Aku? Hidup seperti biasa. Dan yang paling penting, perlu sentiasa bersederhana. Jangan meletakkan sesuatu harapan yang tinggi. Kalau tak kesampaian, hanya Allah yang tahu rasanya.
Mungkin juga, diri aku sebelum ini yang membawa aku dalam kehidupan sekarang ini. Bukan mungkin, tapi pasti. Segala salah dan silap aku, kebodohan aku, salah langkah yang telah aku lakukan, mengheret aku kedalam keadaan sekarang ini. Hanya Allah dan diri aku sahaja yang tahu semua itu.
"What goes around comes around".
"Setiap kejahatan pasti ada pembalasan".
"Buat macam tu dekat orang nanti suatu hari nanti orang buat balik dekat kau".
Aku takut dengan penyataan tu. Sebab itu kadang2 hati aku rasa takut. Manusia ada macam macam jenis. Aku takut dengan jenis2 manusia yang aku sendiri tak tahu macam mana. Aku selalu dengar ayat "Yakin pada diri." "Think positive". But, kalau dah kehidupan sendiri yang menghantui perasaan aku sendiri, macam mana aku nak yakin?
Aku perlukan sesuatu untuk memberi aku semangat. Aku perlu sesuatu untuk membawa aku ke arah sesuatu yang aku inginkan. Aku perlukan sesuatu untuk aku melawan perasaan aku.
Sesuatu yang hanya aku dan Yang Maha Esa sahaja tahu. Dan aku harap, sesuatu itu akan hadir dalam kehidupan aku suatu hari nanti. Amin~
Kadang2 aku normal. Kadang2 aku begini. Sampai bila aku nak jadi manusia yang macam ni? Aku tak boleh nak buang semuanya. Aku tak boleh nak buat tak tahu. Kehidupan dan apa yang aku lalui yang mengganggu diri aku ketika ini. Tapi aku tak boleh nak salahkan perkara yang dah berlalu. Itu takdir. Memang dah tercatat itu berlaku dalam kehidupan aku. Apa yang aku dapat lakukan sekarang, cuba kawal fikiran, dan perasaan....
"Jangan lupa padaNya, Farah. Kau seolah2 dah sesat. tak tahu mana nak tuju. Sedarlah. Tolong sedar. InsyaAllah, sesuatu yang kau impikan akan datang. Akan hadir. Akan muncul selamanya. Amin...."
No comments:
Post a Comment