Manusia.
Memang susah kita nak jangka. Percaya atau tak, manusia yang kejam memang wujud. kekejaman akan sentiasa ada, malah, sekarang ni makin ramai manusia yang menjadi kejam. Kejam hati, kejam segalanya. langsung tiada perikemanusiaan. langsung tiada belas kasihan. tak pernah wujud langsung pun perasaan cinta dan kasih sayang dalam hidup manusia yang kejam itu.
Apa yang membuatkan saya bercakap tentang kejam ni?
Tengok sajalah sekarang. SANGAT BANYAK kes buang bayi. Bukan setakat buang, malah BUNUH. Demi Tuhan, lepas terbaca satu post di facebook tadi, terus menyirap darah sampai terbawak2 emosi.
"bayi luar nikah di kelar sampai terburai perut"
Ya Allah. Sumpah. Tak dapat kawal emosi bila baca pasal tu. Hanya kerana TEMAN LELAKI tak mau terima bayi tu, BUDAK PEREMPUAN yang berusia 16 TAHUN tu kelar bayi tersebut.
Sumpah, aku tak faham dengan hati budi manusia ni. Mana pergi perasaan semua? perasaan CINTA and SAYANG pada KEKASIH ada pula. Wujudkah perasaan macam tu sebenarnya?
Manusia itu masih mentah. satu hari nanti, dia sendiri akan DIHANTUI dengan perbuatan itu. Bila dia sedar, tak akan ada satu perkara yang dapat menebus rasa bersalah dan dosa tu, melainkan taubat padaNya.
Sedih lihat dunia sekarang. takut. Penghuni bumi yang dikurniakan akal ini semakin hilang perasaan belas kasihan. Semakin luntur kasih sayang. Semakin tenggelam dengan kekejaman.
mana pergi rasa CINTA yang di agung2 kan?
Mana?
No comments:
Post a Comment