11 October 2011

No hate; never regret

Notes to myself. :)

yup. Setiap orang ada kehidupan dan jalan cerita masing2. manusia yang kita lihat ketawa sepanjang hari, tersenyum setiap masa, belum tentu tawa itu menggambarkan kehidupan mereka.
Mereka yang kita lihat baik, belum tentu itu peribadi mereka, dan begitu juga sebaliknya.
Jangan memandang sesiapa, hanya dari sudut pandangan mata. Macam2 tafsiran akan timbul.

Dan yang paling penting, bersyukur dengan setiap apa yang berlaku, dan atas semua yang dikurniakan. Cakap memang senang. Kan? Susah bila kita sendiri yang sukar untuk terima diri sendiri. Kalau kita sendiri tak boleh terima diri kita dengan hati yang terbuka, siapa lagi yang mampu?

memang tak akan wujud satu penceritaan yang sempurna, kerana tidak wujud satu pun insan yang sempurna di muka dunia ini. Tak perlu rasanya untuk membenci kehidupan sendiri, dan menyalahkan perkara2 yang berlaku.

Ya. Kadang2 perasaan seperti itu yang datang menyinggah dalam fikiran. kenapa? kenapa? dan kenapa? Soalan itu sering ditanya dalam hati bila kita sesalkan sesuatu. Dan mula membenci diri sendiri. Bukan untuk berlagak dan membongkak, atau membangga diri. Tapi, sedar atau tidak, perasaan sebegitu seperti sedang membunuh diri sendiri.

ya. Sekali lagi, cakap memang mudah. Tapi hakikatnya, diri sendiri ini yang mengalami. Sukar untuk buang sesuatu seperti itu. Apa puncanya? Entah. Jiwa tidak kuat. Mudah kalah dengan sekeliling. Bila lihat dia begitu, rasa begini. Bila lihat hidupnya begitu, mula membandingkan dengan hidup yang sebegini.

Apa hasil dari perasaan begitu? tiada hasil. tapi hakikatnya, itu yang berlaku.

Entah lah. Kalau lah hidup semudah mengeja perkataan, tak perlu untuk wujudnya bermacam jenis perasaan. kan?

Kehidupan ini sangat cantik. Sangat sempurna, sebenarnya. Tuhan menciptakan kehidupan ini dengan cukup sempurna. Tiada kurang, tiada cacat celanya.

Tapi, diri kita tidak akan mampu untuk sempurna. yang sempurna, kerana kita ciptaanNya.

Jadi, konklusi untuk peringatan diri sendiri, "No hate; never regret".


Teruskan berjalan. Life's moving. time is moving, forward. Not turning back at all.



May the best thing happen to us in the future, may strength will always be with us. :)








Selamat malam, semua. :)

No comments: