Aku manusia yang hatinya dan hidupnya umpama lalang.
Saat aku jatuh terjunam tak mampu bangun,
saat itu baru aku sedar.
Saat itu sahaja aku mula mencariNya.
Tapi bila aku senang dan bersenang lenang di atas,
Terbang dengan sayap sendiri,
Aku semakin lupa.
Sikit demi sikit aku jauh.
Semakin aku lupa, semakin hitam dunia.
"Ini yang kau harapkan bahagia?"
Mustahil.
Selagi diri sendiri masih terus jadi lalang.
Apa sebenarnya yang sedang cuba ditunjuk kan, Ya Rahman..
Aku hilang, semakin hilang.
Walau hanya sebesar hama,
Tetap mampu untuk membengkak kan mata.
Memenuhi kepala dengan macam macam.
Siapa aku dahulu;
Mungkin itu punca apa yang aku rasa sekarang.
Segala perbuatan aku;
Mungkin ini pengajaran nya sekarang.
Tapi aku bodoh. buta.
Hanya mampu mengeluarkan kata-kata,
Tapi tidak mampu buat apa-apa.
Masih biarkan bahagia menjadi leka,
Terus di hantui sesuatu rasa yang entah dari mana puncanya.
Andai manusia bisa memilih jalan hidup mereka,
Ternyata bukan jalan dahulu aku pilih
Ternyata bahagia sekarang yang terus aku pilih
Dan mungkin juga,
Aku akan terus ketawa bersama bahagiaNya
Dan mungkin juga,
sesuatu rasa ini tak akan pernah ada.
*Aku memang suka cakap pelik pelik. sebab apa yang aku rasa sekarang juga pelik. Seperti ada segerombolan sesuatu datang menembak aku bertubi2. Perkara sebesar hama, terus bercantum dan menghimpit pemikiran aku. Hingga saat ini aku tersepit. Tersepit dalam ruang dinding, seolah kosong hidup aku walaupun sebenarnya dia ada.
"Aku tak mahu lebih, aku tidak minta lebih." Tapi hakikatnya, hati aku tidak pernah cukup.
Ya Tuhan, aku mohon KAU ambil sesuatu perasaan seperti ini. Seharusnya aku bersyukur, kerana aku masih berada disini pada saat ini.
Aku tahu, sesuatu seperti ini akan kembali menyerang aku. Tapi, Allah lebih tahu segalanya. Dan selagi DIA izinkan aku untuk mempertahankan kepunyaan dalam hati aku ini, selagi itu ianya akan terus bertahan. Dan sejujurnya, aku mahu ianya untuk bertahan.
Ku mohon agar sesuatu seperti ini akan dapat aku lawan. Dan segala yang telah berlalu tidak akan menewaskan emosi aku dengan mudah.
"jangan jadi terlalu manja, mungkin nanti aku akan kalah. Biarkan sesuatu itu datang, dan aku harus tahu melawan"
Kerana aku mahu ia ada, dan padaNYA harus ku meminta. DIA Maha Mengetahui segalanya.
Biarkan sesuatu seperti ini hilang dengan sendiri, hanya ini harapan dari hati.
=Selamat memejam mata=
No comments:
Post a Comment