mungkin ini untuk setiap wanita yang ada;
yang tersirat;
mungkin juga ia untuk seseorang;
Buat aku; Ya, aku tahu siapa aku.
Buat dia; aku tahu, kamu tahu siapa kamu.
Ya. Aku mengaku.
Yang tersirat itu ada betulnya.
Mungkin juga untuk dia.
Semoga dia memahami.
Semoga dia mengerti.
Juga ingatan untuk diri.
Bila kita kehilangan;
Belajarlah untuk menerima.
Setiap yang hilang itu, akan ada yang lebih baik.
Belajarlah untuk berserah;
Kerana dengan itu kita akan berasa lebih baik.
Bukan aku ingin bercakap kosong;
Tak pernah terlintas untuk aku berlagak alim.
Entah.
Sebagai seorang wanita;
Aku ingin wanita yang lain cuba fahamkan.
Cinta; Semua wanita ingin bahagia.
Ingin dicintai seperti mana kita memberikan cinta.
Tapi;
Perlukah kita menyeksa jiwa kerana rasa cinta?
Perlukah kita merayu?
Mungkin; itu sebagai usaha.
Sebagai ikhtiar.
tapi;
Bila kita sendiri tahu jawapanya,
mengapa perlu kita teruskan merayu?
Entah.
Mungkin; senang untuk dikata.
ternyata; sukar sekali untuk menerima.
Aku tahu.
Sukar. Dan amat sukar.
Entah.
Buat kamu;
Buat aku;
Biarkan masa berjalan dengan sendirinya.
DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.
Mungkin, cinta itu bukan untuk kamu;
Mungkin, sesuatu yang lebih bahagia sedang menunggu.
Belajarlah untuk memahami kenyataan;
Belajar untuk memahami perasaan insan lain;
Cuba untuk menerima;
Cuba untuk berserah.
Jika ia untuk kita, suatu hari nanti akan tiba juga masanya.
Cinta dan bahagia bukan untuk dirayu;
Bukan untuk dicari;
Bukan untuk dipaksa.
Biarkan rasa itu datang dengan sendiri.
Cintakan DIA melebihi segalanya;
InsyaAllah;
DIA sentiasa bersama kita.
Semoga kita; wanita; sentiasa ada kekuatan dariNya.
Amin.
1 comment:
:) nice one !
Post a Comment