Memang kadang kala manusia gila.
Wajah normal tak sentiasa mengatakan hati kita waras.
Bila muncul soal hati;
Satu fakta turut muncul bersama.
Kata Hati; Itulah dia.
Sekejap kita timbul;
Sekejap kita tenggelam.
Kadang kita terapung apung; seketika.
Kadang ada tangan yang menghulur; Syukur.
Terima kasih, tangan.
Notifikasi ini benar.
Datang jauh dari dasar diri; hati.
Biar di mana kita.
Biar apa pun ia.
Hati ini benar.
Kerana kita nakhodanya.
Akan tetapi;
Tak perlu bangga;
Jangan terlalu gembira menjadi nakhoda.
Serahkan pada kekuasaan Yang Maha Esa.
Serahkan segala pada Nya.
Menadah tangan memohon;
Setulus jiwa meminta.
InsyaAllah.
1 comment:
love it :)
Post a Comment