Terkadang cemburu
Terkadang entah kemana hati menilau.
Pandang itu pandang ini;
Diri terasa goyang.
Susah dalam kurungan sukar;
Sifir sendiri bersamakan payah.
Tiada genius yang mampu beri jawapan fakta.
Kerana aku bukan si genius itu.
Tiada siapa hanya aku.
Mata segar menilau;
memantau, menatap, melihat si pampangan.
Segalanya tiada ironi.
Terkadang takut;
Benar, ianya ada.
Haruskah ikut; Mampukah tidak.
Sampai masa menjadi tanya.
Biar bila masa sampai;
saat itu mahupun kini aku begini.
Terus menjadi aku.
Ikut arahan jiwa
Dengar nasihat hati.
Dari semua di atas;
Permintaan hati tetap satu;
Ingin kuat menjadi aku.
No comments:
Post a Comment