25 February 2011

. 30 perkara tentang wanita

:) Sekadar nak berkongsi. Saja suka suka. Sedang google2, terjumpa, so, saja nak share. hahaha,, walaupun dah ramai yang share bende ni. ahahahhaa,, :p



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

24 February 2011

;Biarkan

. Bila kita sedih, bila kita jatuh, biarkan. Cuba sedaya upaya untuk membiarkan apa yang membuatkan kita sedih. Hidup tidak sentiasa indah. Biar hidup pernah gelap, pernah jauh tersasar, tanya pada hati kita sekarang. Ke mana arah tuju kita. jangan pernah menganggap kesilapan kita sebagai satu sebab untuk kita berputus asa. jangan membenci diri kerana kesilapan. SEMUA MANUSIA pernah melakukan kesilapan dan dosa. jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran. CUBA sedaya upaya untuk memperbaiki diri. BIARKAN andai banyak mulut yang berbicara tentang masa lalu kita. BIARKAN jika ada mulut yang mengatakan kita hidup dengan topeng. BIARKAN segala apa yang manusia ingin suarakan kepada kita. Semua itu adalah satu dugaan dan ujian buat kita. BIARKAN masa yang telah berlalu. BIARKAN. jangan jatuh dan berputus asa dengan masa yang telah berlalu itu.

. BIARKAN jika ada yang ingin bersuara; "Kau hidup dengan topeng". "kau sedar la kau tu siapa"

. BIARKAN. jangan jatuh, jangan putus asa.

.manusia sentiasa berkata kata. Kuatkan diri, yakin padaNYA. Minta padaNYA.
semoga hidup kita berada dalam keredhaaNYA.






"Aku sedar siapa diri aku. Dan aku percaya, DIA sentiasa ada bersama. Allah Maha Pengampun, Maha Mendengar, Maha Melihat, Allah Maha Besar."










Memang senang untuk berkata; hakikat yang merasa amat sukar. Cuba; Kekuatan bukan untuk di cari, tapi untuk di bina. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita.










22 February 2011

Lirik pilihan; Angkubah

By; Taxi. (Twisties bingit)

Detik dan waktu
Meninggalkan kita
Agitasi jiwa masih melanda
Beri daku sedikit waktu


Sebelum aku terima cintamu
Pastikan ku cerminkan jiwaku
Untuk aku
Cinta Kamu


Menanti angkubah selimut diriku
Itulah harapan paling kau puja
Hati kamu
Bima sakti


Dalam cinta hapuskanlah
Sisa cinta dalam jiwa
Agar bisa ku bercinta


Dalam jiwa lenyapkanlah
Sisa cinta dalam jiwa
Agar bisa ku mencintainya.









*TWO THUMBS UP for this song.



19 February 2011

Sebelum Hari Esok

Jam di laptop menunjukkan sudah pukul 1.40 pagi. Cik roomate dah nyenyak tdo. Tapi cik farah mn, seperti biasa, suka menatap laptop sambil meyumbat telinga dengan ear phone. hati bunga, hati kaca sungguh cik farah mn. (kadang kadang je.). Sambil2 berjalan2 dalam blog org (Blogwalking), ada baca beberapa entry yang agak menyentuh perasaan. Membuatkan diri terfikir sejenak. Tersedar seketika. Betapa diri ini gila. Sakit jiwa bila memikirkan sesuatu. Hurm, kenapa harus sampai macam tu? Terima kasih kepada entry2 tersebut. Sedikit sebanyak, entry2 seperti itu memberikan saya sedikit ketenangan. Perasaan dan manusia memang tak dapat dipisahkan. Bila umur dah semakin meningkat, perasaan juga jadi semakin kuat dengan kita. Lainlah zaman kanak kanak milo dulu kan. Mana tau rasa sedih, tertekan, perasaan sayang, dan yang sewaktu dengannya. tapi sekarang, umur dah jadi angka 23. Dah tua dah kan. Perasaan pun jadi makin kuat.

Tapi, kadang kadang, tak dapat dinafikan juga, tindak tanduk dan perbuatan seperti kanak kanak. Belum cukup matangkah aku? Entah lah. Hanya menjadi diri sendiri. :)

tajuk entry; Sebelum hari esok. iaitu sekarang. Saat ini. Ketika ini. hanya mampu mengharapkan semoga hari esok memberikan sedikit semangat untuk senyum. Semoga hari esok memberikan sedikit ketenangan dalam diri. Sejak beberapa hari ni, rasa macam tak sihat. Mental terutamanya. (tapi belum sampai tahap hospital bahagia. huu).
Kenapa saya cakap macam tu? Itulah. TERLEBIH ikutkan perasaan. Terlajak berkata kata tanpa CERMIN diri sendiri. Kata kata yang dah terlepas pada manusia, dan diri sendiri tak sedar bahawa diri bukanlah baik untuk berkata sedemikian. Astaghfirullahal'azim..

Maafkan aku, manusia.

Hurm. Apa yang dah dikatakan, tak kan dapat di tarik balik. Masa tak kan boleh berpatah balik. Walau apapun, esok tetap menunggu. Biarkan hari itu berlalu. Walaupun sakit, tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Kan? Semoga, diri mampu berjalan ke depan. Semoga dirinya dirahmati Allah. Sebelum hari esok muncul, hari ini sentiasa menunggu. hati sentiasa ingin meminta. Tak berani untuk hati ini cakap apa apa lagi. Tak mahu terlalu taksub dengan perasaan sendiri. Lebih baik cuba menerima apa yang berlaku dan terjadi.

Kadang kadang, aku kagum dengan wanita2 yang aku lihat. Betapa sempurna nya mereka di mata aku. Betapa buruk nya aku jika di bandingkan dengan mereka. Aku hanya menjadi diri aku. Sangat sukar untuk mengubah diri kita sendiri. Segala perubahan pada diri hanya akan berlaku dengan sendirinya. Aku mahukan perubahan itu, Ya Allah. Semoga hari esok memberikan aku sedikit perubahan. Biarpun hanya sebesar zarah, tetapi biarlah perubahan itu dari hati.

:)

Tu lah, bila waktu2 macam ni, mata jadi degil. Degil nak lelap. Bila pejam mata, macam2 benda yang kacau hati dan fikiran. betapa lemahnya aku sebagai hambaNya. hurm, apa pun,
sebelum hari esok muncul, semoga saat ini tidak seperti saat saat yang lepas. Semoga malam ini tidak seperti malam malam yang lepas. Semoga esok tidak seperti hari ini.

InsyaAllah,




18 February 2011

Harus Dibina; Bukan dicari

Entah kenapa. Susah and sangat berat mata nak lelap. Makin pejam makin tak boleh. Last last, mengadap laptop ni, and merepek sorang2 dalam blog ni. So, lahirlah entry2 di bawah ni. Biarlah.
Dengan cara ni je, dapat ringankan perasaan yang sangat sangat sangat berat yang ada dalam diri ni. Hujan tak henti dari diri sendiri. Makin hujan bila terbaca blog2 orang.

"Kekuatan bukan untuk dicari; Tapi perlu dibina"

Ya Allah. Kenapa sangat sukar untuk aku bina kekuatan? Bila perasaan dah melampaui segalanya; Inilah jadinya. Orang lain tidur nyenyak, tapi aku. Esok bangun sibuk la nak make up mata. nak cover apa yang patut. Hurm, entah lah. Kenapa aku susah nak berperang dengan hati sendiri?
Kenapa mesti aku ikutkan juga kata hati aku walhal sangat sakit. Kenapa perkara tak boleh jadi macam yang aku inginkan?

ya Allah, Banyaknya soalan kau farah. Sedar lah diri kau farah. Siapa kau. Apa yang sedang kau lalui ni berpunca dari diri kau sendiri. Betapa kau bodohnya dalam kehidupan, betapa kau terlalu ikutkan perasaan. Sedar tak sedar, kau ni lalang. yang ikut sama dengan angin yang bertiup. kau ikut angin perasaan kau, tiba tiba; kau sendiri yang rasa macam orang gila.

ya Allah, hambaMu ini teramat lemah. Untuk membina kekuatan itu sendiri, teramat lemah.
Apatah lagi untuk kuat.



Aku hanya manusia biasa, yang tak lari dari dosa dan kesilapan.. Dosa padaNYA, kesilapan pada dia. Semoga Allah Ampunkan segala dosa, semoga dia ampunkan kesilapan aku.





















Apa yang jadi satu kepastian ketika ini; mata hanya mampu terbuka dan mengalir.
hati tetap merasa sepenuhnya apa yang di rasa. rasa itu hanya Allah dan diri aku sendiri yang tahu. Bukan niat untuk bercerita tentang diri, hanya ini sebagai cara untuk aku menenangkan diri sendiri di saat aku rasa kosong; dan buntu;







Maafkan aku.

13 February 2011

InshaAllah; Maher Zain; Malay version

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
Ada jalannya,,,,
InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
Ada jalannya,,

Andainya kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu

InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
Ada jalannya,,,,
InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
Ada jalannya,

Kembalilah Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkan lah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukan daku jalan yang benar,,

InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
Ada jalannya,,,,
InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
Ada jalannya,,






--Sekadar berkongsi---



:)



12 February 2011

Air dari mata untuk malam

Bila malam hati jadi tenat;
Mata jadi penat;
Bukan malam sekali;
Malam Malam itu,
sehingga malam ini;
sampai aku tertanya;
bila malam untuk berhenti?

mata kata; bukan aku menangis.
tapi jiwa dalam mata rasa terhiris.
"air dari mata ini untuk malam"
itu kata mata.

Biar mata sendiri yang rasa.
Biar seorang.
Biar jangan ada dua,
Biar jangan ada tiga.
Hanya mata sendiri yang tahu,
Hanya air dari sepasang mata yang rasa.
Biar pemilik mata yang gila.
Biar.

Tapi,
walau penat; mata harus kuat.
tunggu nanti,
air akan berhenti.
sampai saat mata juga berhenti.
Selamat tinggal, dunia.




--ini sekadar koleksi kata kata sastera. Bukan penceritaan tersurat tentang diri. Penyampaian rasa manusia secara kabur, itu cara aku. maaf,

personal opinion

salam;

personal opinion? Bout what? One thing.
Something yang saya belajar dari business ethics. ethical theories;

"treat others the way you want to be treated".

Agree. But, it is not true.

kita memang boleh treat others the way kita nak orang treat kita.
but, IN REALITY, the fact is,

OTHERS are not same with us.

So, if kita ikut principle tu, DON'T EXPECT them to do the same too.


Jangan harapkan apa apa; lakukan semuanya dengan ikhlas.


Even benda sebesar zarah sekalipun.


Tapi aku; sebesar zarah pun nak jadikan sebesar galaksi. entah. ade je tak kena;

hati aku; kenapa hati tak tenang?














CERMIN diri.







hurm; kalau lah aku kuat--






Haishhhhh!









sekian, wassalam.

10 February 2011

takut; Kadang tersasar;

;bila waktu memanggil, bila waktu telah berakhir; kita akan pergi, tetap akan pergi.
Bila sampai waktu itu; segalanya telah terhenti; telah terlambat.

"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu. namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, Ampunkanlah ku, terimalah taubatku, sesungguhnya KAU pengampun dosa dosa besar".



aku takut; tapi aku akui, aku lemah.



Kadang tersasar;
































06 February 2011

Ketenangan

Salam,,

kali ni, terasa macam nak bercakap dengan serius je. Bercakap tentang ketenangan; semua manusia inginkan ketenangan. Kan? Aku pun. Tapi, sebagai seorang manusia juga, kita tak lari dari kegusaran, dan macam macam lagi perasaan yang tak selesa yang menghantui kita. kenapa macam tu?

hurm, entah. Simple je. Tengok diri dalam cermin. Cerminkan diri.

"Ya Allah, hina nya aku."


Ya. Itu sebabnya. Aku mengaku. Aku tak lari dari melakukan dosa. Betapa hina nya aku. Hina di sisi Mu, Ya Allah. hurm~ Entah. kadang kadang, aku terleka. Hanyut seketika. Aku tak pernah terlintas atau terfikir untuk berlagak baik. Aku bukan bertopengkan penampilan diri.
Tidak sama sekali. Blog juga bukan sebagai topeng untuk aku melahirkan kata kata yang
"konon baik". Apa yang aku tulis dalam blog ni, memang lahir dari hati aku. Entah lah;
Aku ini lalang? hurm; aku mengaku. Aku hanya manusia hina yang lemah.

Ampunkan aku Ya Allah.. Sesungguhnya aku ingin kan ketenangan dari MU, Berikanlah aku ketenangan itu,,,,


Aku kalah dengan hati dan perasaan. Aku kalah dengan emosi. Mungkin, itu punca. Punca diri tak rasa tenang. Entah; tak ada jawapan yang tepat untuk itu.




Ya Allah; Aku perlukan kekuatan,,, Untuk aku bertahan di muka bumi Mu ini,,,
Bantulah aku Ya Allah,,,


Aku Hanya HambaMu yang hina, lemah dengan godaan dunia,,,,


Ampunkan aku,,,,