Tapi, kadang kadang, tak dapat dinafikan juga, tindak tanduk dan perbuatan seperti kanak kanak. Belum cukup matangkah aku? Entah lah. Hanya menjadi diri sendiri. :)
tajuk entry; Sebelum hari esok. iaitu sekarang. Saat ini. Ketika ini. hanya mampu mengharapkan semoga hari esok memberikan sedikit semangat untuk senyum. Semoga hari esok memberikan sedikit ketenangan dalam diri. Sejak beberapa hari ni, rasa macam tak sihat. Mental terutamanya. (tapi belum sampai tahap hospital bahagia. huu).
Kenapa saya cakap macam tu? Itulah. TERLEBIH ikutkan perasaan. Terlajak berkata kata tanpa CERMIN diri sendiri. Kata kata yang dah terlepas pada manusia, dan diri sendiri tak sedar bahawa diri bukanlah baik untuk berkata sedemikian. Astaghfirullahal'azim..
Maafkan aku, manusia.
Hurm. Apa yang dah dikatakan, tak kan dapat di tarik balik. Masa tak kan boleh berpatah balik. Walau apapun, esok tetap menunggu. Biarkan hari itu berlalu. Walaupun sakit, tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Kan? Semoga, diri mampu berjalan ke depan. Semoga dirinya dirahmati Allah. Sebelum hari esok muncul, hari ini sentiasa menunggu. hati sentiasa ingin meminta. Tak berani untuk hati ini cakap apa apa lagi. Tak mahu terlalu taksub dengan perasaan sendiri. Lebih baik cuba menerima apa yang berlaku dan terjadi.
Kadang kadang, aku kagum dengan wanita2 yang aku lihat. Betapa sempurna nya mereka di mata aku. Betapa buruk nya aku jika di bandingkan dengan mereka. Aku hanya menjadi diri aku. Sangat sukar untuk mengubah diri kita sendiri. Segala perubahan pada diri hanya akan berlaku dengan sendirinya. Aku mahukan perubahan itu, Ya Allah. Semoga hari esok memberikan aku sedikit perubahan. Biarpun hanya sebesar zarah, tetapi biarlah perubahan itu dari hati.
:)
Tu lah, bila waktu2 macam ni, mata jadi degil. Degil nak lelap. Bila pejam mata, macam2 benda yang kacau hati dan fikiran. betapa lemahnya aku sebagai hambaNya. hurm, apa pun,
sebelum hari esok muncul, semoga saat ini tidak seperti saat saat yang lepas. Semoga malam ini tidak seperti malam malam yang lepas. Semoga esok tidak seperti hari ini.
InsyaAllah,
1 comment:
insyallah ...allah listening our wish..:)
Post a Comment