19 February 2011

Sebelum Hari Esok

Jam di laptop menunjukkan sudah pukul 1.40 pagi. Cik roomate dah nyenyak tdo. Tapi cik farah mn, seperti biasa, suka menatap laptop sambil meyumbat telinga dengan ear phone. hati bunga, hati kaca sungguh cik farah mn. (kadang kadang je.). Sambil2 berjalan2 dalam blog org (Blogwalking), ada baca beberapa entry yang agak menyentuh perasaan. Membuatkan diri terfikir sejenak. Tersedar seketika. Betapa diri ini gila. Sakit jiwa bila memikirkan sesuatu. Hurm, kenapa harus sampai macam tu? Terima kasih kepada entry2 tersebut. Sedikit sebanyak, entry2 seperti itu memberikan saya sedikit ketenangan. Perasaan dan manusia memang tak dapat dipisahkan. Bila umur dah semakin meningkat, perasaan juga jadi semakin kuat dengan kita. Lainlah zaman kanak kanak milo dulu kan. Mana tau rasa sedih, tertekan, perasaan sayang, dan yang sewaktu dengannya. tapi sekarang, umur dah jadi angka 23. Dah tua dah kan. Perasaan pun jadi makin kuat.

Tapi, kadang kadang, tak dapat dinafikan juga, tindak tanduk dan perbuatan seperti kanak kanak. Belum cukup matangkah aku? Entah lah. Hanya menjadi diri sendiri. :)

tajuk entry; Sebelum hari esok. iaitu sekarang. Saat ini. Ketika ini. hanya mampu mengharapkan semoga hari esok memberikan sedikit semangat untuk senyum. Semoga hari esok memberikan sedikit ketenangan dalam diri. Sejak beberapa hari ni, rasa macam tak sihat. Mental terutamanya. (tapi belum sampai tahap hospital bahagia. huu).
Kenapa saya cakap macam tu? Itulah. TERLEBIH ikutkan perasaan. Terlajak berkata kata tanpa CERMIN diri sendiri. Kata kata yang dah terlepas pada manusia, dan diri sendiri tak sedar bahawa diri bukanlah baik untuk berkata sedemikian. Astaghfirullahal'azim..

Maafkan aku, manusia.

Hurm. Apa yang dah dikatakan, tak kan dapat di tarik balik. Masa tak kan boleh berpatah balik. Walau apapun, esok tetap menunggu. Biarkan hari itu berlalu. Walaupun sakit, tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Kan? Semoga, diri mampu berjalan ke depan. Semoga dirinya dirahmati Allah. Sebelum hari esok muncul, hari ini sentiasa menunggu. hati sentiasa ingin meminta. Tak berani untuk hati ini cakap apa apa lagi. Tak mahu terlalu taksub dengan perasaan sendiri. Lebih baik cuba menerima apa yang berlaku dan terjadi.

Kadang kadang, aku kagum dengan wanita2 yang aku lihat. Betapa sempurna nya mereka di mata aku. Betapa buruk nya aku jika di bandingkan dengan mereka. Aku hanya menjadi diri aku. Sangat sukar untuk mengubah diri kita sendiri. Segala perubahan pada diri hanya akan berlaku dengan sendirinya. Aku mahukan perubahan itu, Ya Allah. Semoga hari esok memberikan aku sedikit perubahan. Biarpun hanya sebesar zarah, tetapi biarlah perubahan itu dari hati.

:)

Tu lah, bila waktu2 macam ni, mata jadi degil. Degil nak lelap. Bila pejam mata, macam2 benda yang kacau hati dan fikiran. betapa lemahnya aku sebagai hambaNya. hurm, apa pun,
sebelum hari esok muncul, semoga saat ini tidak seperti saat saat yang lepas. Semoga malam ini tidak seperti malam malam yang lepas. Semoga esok tidak seperti hari ini.

InsyaAllah,




1 comment:

Nadia Jamaludin said...

insyallah ...allah listening our wish..:)