24 February 2011

;Biarkan

. Bila kita sedih, bila kita jatuh, biarkan. Cuba sedaya upaya untuk membiarkan apa yang membuatkan kita sedih. Hidup tidak sentiasa indah. Biar hidup pernah gelap, pernah jauh tersasar, tanya pada hati kita sekarang. Ke mana arah tuju kita. jangan pernah menganggap kesilapan kita sebagai satu sebab untuk kita berputus asa. jangan membenci diri kerana kesilapan. SEMUA MANUSIA pernah melakukan kesilapan dan dosa. jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran. CUBA sedaya upaya untuk memperbaiki diri. BIARKAN andai banyak mulut yang berbicara tentang masa lalu kita. BIARKAN jika ada mulut yang mengatakan kita hidup dengan topeng. BIARKAN segala apa yang manusia ingin suarakan kepada kita. Semua itu adalah satu dugaan dan ujian buat kita. BIARKAN masa yang telah berlalu. BIARKAN. jangan jatuh dan berputus asa dengan masa yang telah berlalu itu.

. BIARKAN jika ada yang ingin bersuara; "Kau hidup dengan topeng". "kau sedar la kau tu siapa"

. BIARKAN. jangan jatuh, jangan putus asa.

.manusia sentiasa berkata kata. Kuatkan diri, yakin padaNYA. Minta padaNYA.
semoga hidup kita berada dalam keredhaaNYA.






"Aku sedar siapa diri aku. Dan aku percaya, DIA sentiasa ada bersama. Allah Maha Pengampun, Maha Mendengar, Maha Melihat, Allah Maha Besar."










Memang senang untuk berkata; hakikat yang merasa amat sukar. Cuba; Kekuatan bukan untuk di cari, tapi untuk di bina. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita.










1 comment:

attholib said...

Bangun dan terus bangun. Be yourself n jgn peduli apa org kata.. :)