Salam,
Kehidupan telah banyak mengajar aku. Mengajar dan menyedarkan aku, bhw hidup tidak sentiasa seperti yang aku inginkan. Aku hanya manusia biasa, yang ada perasaan seperti manusia manusia lain. Ada emosi, dan kadang kala, aku gagal untuk berperang dgn emosi sendiri.
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna".
Diakui, memang benar perumpamaan ini. Aku (manusia), memang jauh dari sempurna. Tidak sempurna, sering melakukan salah. Entah. Jangan tanya aku kenapa aku melakukan pelbagai kesilapan tersebut, kerana aku sendiri pelik. kenapa mesti aku melakukan salah tersebut? Kenapa mesti bahagian2 yang sudah berlalu dalam hidup aku, ada terconteng pelbagai salah dan silap tersebut. Kenapa? Aku cuba sedaya upaya untuk membawa emosi dan hati ke arah positif, aku kuatkan diri aku, dan percaya bhw; "Setiap yang ALLAH takdirkan dalam kehidupan aku, ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya"
Mungkin, jika dugaan ini tidak terjadi kepada aku, aku masih lalai, aku masih lupa. Dan aku masih sama seperti diri aku yang dahulu.
Selama 22 tahun aku hidup, aku akui, aku dapat rasakan yang diri aku bukan lagi diri yang aku pernah jadi satu ketika dahulu. Bukan untuk meraih simpati sesiapa atau menjaja cerita, tapi, jauh dalam hati aku, aku hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan sesiapa sahaja, bahawa, selagi kita masih bernyawa, masih belum terlambat untuk kita kembali ke jalanNYA. Jangan pernah kita menganggap, jika kita sudah jauh dariNYA, kita akan jauh buat selama lamanya.
manusia manusia sekalian, dan sesiapa sahaja yang singgah disini, entry kali ini bukan bertujuan untuk berlagak baik, konon nya. Tetapi, ikhlas dan tulus dari hati aku, aku hanya ingin berkongsi dan saling mengingatkan. Perkara ini terjadi kepada diri aku sendiri. Aku akui, suatu ketika dahulu, aku manusia yang jauh dariNYA. Manusia yang bangga dengan kehidupan dan diri aku sendiri, tetapi, kehidupan dan takdir Allah telah mengajar aku, dan aku dapat rasakan jauh dalam hati aku, seperti ada satu suntikan baru dalam diri aku.
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Mu Ya Allah~ Kerana sehingga kini aku masih bernyawa. Bayangkan kalau aku mati dalam keadaan diri yang jauh dariNYA? Nauzubillahi min zalik...
mati itu pasti. mati itu akan ada. Cuma, masa dan hari yang sedang menanti, tak akan sekali kita ketahui.
hidup ini memang terlalu singkat...
Kini, aku hanya perlu cuba sedaya upaya aku, untuk meneruskan hidup di muka surat yang baru. Semoga aku terus berjalan kehadapan tanpa membawa perkara yang aku telah tinggalkan. Perkara yang lepas hanya dapat aku jadikan sebagai pengajaran dan iktibar untuk aku teruskan berjalan kehadapan.
Allahu akbar, ALLAH Maha Besar...
Selagi kita bernyawa, kita masih boleh memperbaiki diri. Aku bercakap bagi pihak sendiri, aku tak sempurna. Banyak cacat cela, tapi walau apa pun yang terjadi, walau cacat mcm mana sekalipun kehidupan aku, jangan pernah putus asa denganNYA. Kuatkan hati dan diri,, kerana takdir yang tidak kita ketahui sedang menanti. Segala kemungkinan boleh terjadi.
hanya dengan doa yang kita panjatkan sebagai senjata untuk teruskan hidup,, Aku juga Manusia sama seperti kalian; Bukan sehelai kain putih yang bersih dari kotoran.
Aku akui, kadang kadang emosi terbabas, mulut dan kata kata tak terkawal,,, Maafkan aku andai ada yang terasa...
Kita semua manusia, hidup dan mati hanya keranaNYA...
No comments:
Post a Comment