03 August 2011

Ada apa dengan wanita? Dan mengapa pula dengan Lelaki?

Assalamualaikum.

:) Saja je nak share some interesting things/knowledge/facts about lelaki dan wanita. Huhuhuhu,
Macam menarik je benda ni. So, apa lagi, wujudlah entry ni. hahahaha. ok2. Jom kita tengok apakah ia.


1. KECANTIKAN seorang wanita adalah terletak sejauh mana dia menahan MALUnya dan KEGAGAHAN seorang lelaki adalah terletak sejauh mana dia menahan/menjaga MARAHnya.

2. Suami adalah seorang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaanya. -->*erk. agak sukar di fahami, tetapi saya rasa saya faham. huhu

3. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian setelah dia masuk ke liang kubur. --->*Erkkk!

4. Mata yang paling indah tetapi harus diwaspadai ialah mata kaum wanita.

5. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaanya yang terbaik adalah ketika menerima anda sebagai suami. :)

6. Yang di inginkan seorang gadis di dunia ini adalah seorang suami dan apabila dia sudah memperolehnya, dia menginginkan segala-galanya.

7. Wanita biasanya memaafkan pengkhianatan suaminya tetapi dia tidak bisa untuk melupakanya.

8. kecantikan wanita TIDAK BEERTI apa2 melainkan dengan kemuliaan akhlak dan tingkah lakunya.

9. Sebelum berkahwin wanita menghafal seluruh jawapan dan setelah berkahwin dia menghafal seluruh pertanyaan. --->*Ok. yang ini saya tak faham. hahaha

10. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki dan tanpa wanita lelaki bermalam dalam kegelapan. :)

11. Wanita lebih cepat daripada lelaki menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. --->*setuju! =.="

12. Wanita tertawa bila dia mampu. Dan menangis bila dia inginkan sesuatu. -->*agree.

13. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika dia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

14. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan dia tidak mengenal pertengahan. -->*agak la. =.=

15. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia. :)

16. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, lelaki mencintai untuk hidup bahagia.

17. Kebijaksanaan wanita terletak dalam hatinya. --->*That's why, jangan ikut perasaan n hati sgt ya. :)

18. wanita yang bijaksana menambahkan "Gula" setiap kali dia berbicara dengan suaminya, dan mengurangkan "garam" dalam ucapan suaminya. :)

19. Cincin perkahwinan adalah cincin yang termahal di dunia. Sebab? Mengharuskan pembelinya mengingati "harganya" setiap bulan tanpa henti. :)

20. Sesungguhnya tidak ada wanita yang cantik, tetapi adanya lelaki yang lemah dgn kecantikan.

21. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati adalah jantungnya, dan bagi wanita adalah lidahnya. -->*Betapa hebatnya mulut orang perempuan kan?

22. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. :)

23. Bertunang: Lelaki banyak berbicara dan wanita dengar. Semasa berkahwin: Wanita berbicara lelaki mendengar. Selepas berkahwin: Suami isteri berbicara, jiran yang dengar. --->*Hahahahha. Ok. Ini nak gelak guling2, huuu

24. Secara umunya, wanita ada dua mata. Dan bagi wanita yang cemburu, ada tiga mata. Satu kanan, satu kiri, dan satu lagi di arahkan kepada suaminya. -->*LOL =.="

25. pada umumnya wanita TAKUTKAN TIGA perkara. : Tikus, Uban, dan wanita cantik yang menjadi sainganya. --->*Huuuu~ Terkena setempek kat muka aku ni. hahaha

26. Isteri yang jujur dan setia membantu meringankan beban kehidupan suaminya.







Huhuhu. maka itulah sahaja kot yang nak di kongsikan di sini. Ini pun tak copy paste semua. Dah la nak copy tak boleh. so, TYPE balik. ahahahaha, maka, tak semua lah yang saya ambil. malas nak type. huuu,


Walaupun ada yang kelakar, tapi sesetengahnya macam betul je kan? Huu, Ok. Mintak diri dulu ya.



Rujukan: http://www.mediajer.com/MJ-v1/2011/02/ada-apa-dengan-wanita-dan-mengapa-pula-dengan-lelaki/

No comments: