Kerana insan, kita menangis.
Kerana dia, air mata menitis keluar.
Kecewa, sedih. Tatkala terasa dipermainkan.
Meronta, sengsara, bila cinta bertepuk sebelah tangan.
Saat bahagia dan gembira bertakhta dalam hidup,
Semua indah. Segalanya sempurna.
Tapi ketika itu, aku lupa.
Hingga dugaan demi dugaan yang di hujankan.
Aku masih lupa.
Aku masih terus dengan kealpaan itu.
Aku masih terus angkuh sebagai manusia.
Tak sedar, aku juga hambaNya.
Namun,
Syukur ku lafazkan untuk-Mu Ya Tuhan.
Masih bernyawa aku pada saat ini.
Masih mampu melalui perjalanan yang samar,
Satu demi satu air dari mata pernah di titiskan,
Ketika satu persatu dugaan yang di hujankan,
Segala itu mematangkan,
Memberikan aku lebih kekuatan,
Walaupun hakikatnya aku masih ketakutan, Ya Tuhan.
Takut, andai muncul lagi sesuatu yang di duga,
takut untuk menghadapi semuanya.
Akan pasti nanti, tertitis lagi air dari mata.
Sudah.
Cukuplah.
banyak yang dititiskan kerana manusia,
kerana kecewa, kerana luka,
sengsara. sakit.
Sudahlah.
Tanya pada diri sendiri.
Tanya pada hati.
Sejauh mana pernah air mata itu keluar untukNYA?
Dalam sujud padaNYA?
Ya, Allah.
Betapa angkuh hambaMu ini.
Hina dan lemah dengan segalanya.
No comments:
Post a Comment