Assalamualaikum, entry ni sedih? kenapa? tak ada kaitan dengan jiwang2 dan love2 dan masalah percintaan ye. Hahahaha, ye lah. orang kalau sebut sedih je, mesti fikir macam tu. Hurm, but now, yes. sedih sangat. Sebab? Baru tahu tentang kewujudan seorang manusia di muka bumi ini yang...
erk. tak sanggup nak cakap. tak nak cakap apa apa. dah babitkan hal agama. Siapa tak sedih and terasa marah. kan? Saya bukan sempurna. Tetap pernah melakukan salah dan dosa. Tak lari dari semua tu. ye. saya sedar. Tapi, bila ada manusia lain yang menghina agama Islam, apa perasaan kalian? And bila dah di siasat, yang menghina tu sendiri beragama Islam.
Ya Allah. Terkejut.
Hurm. Entahlah. Lepas baca satu entri dekat SINI barulah tau tentang kewujudan hal ni. Rasanya, macam dah lama jugak kan. Sebab pihak2 yang tertentu tu dah siasat identiti manusia tersebut. And bila dah baca pasal tu, jari ni pun meng google lah pasal tu juga. And tiba-tiba, terjumpa satu benda. Ada seorang hamba Allah ni, dia tau tentang kewujudan blog no2 pulak. Bila dah blog pertama tu kena hack and di block terus, manusia tu tak putus asa. Dia teruskan jugak penghinaan dia tu.
Ya Allah. Apa agenda sebenar dia? Macam bukan manusia. Entah. Macam ada sesuatu je yang di rancang. Ataupun, mungkin manusia tu tak wujud sebenarnya. Mungkin ada pihak yang ingin menjatuhkan islam, sengaja mewujudkan manusia tu. Ye lah, orang-orang kafir sanggup buat apa sahaja untuk menarik umat Islam menjadi sebahagian daripada mereka.
Nauzubillahminzalik~
Semoga di jauhkan perkara ini dalam kehidupan kita. Walau dimana pun kita berada, ingatlah siapa pencipta, dan yang memberi nyawa kepada kita. Hurm, diri sendiri bercakap macam ni, bukan lah sebab diri ni baik and perfect sangat. Tak. Jauh sangat dengan perkataan baik and perfect tu. Saya juga manusia yang hina.
Tapi, bila tahu pasal hal ni dan issue ni, hurm. Entah. Terus rasa sedih. sakit hati. and down. tak tau nak cakap apa. and taknak cakap banyak pasal manusia tu.
Saya rasa, tak payah lah kan letak link blog no2 manusia tu. Tapi kalau ada yang nak tengok juga, boleh la rujuk dekat SINI.
(Link ni tak terus ke blog tu, tapi sumber dari mana saya tau pasal lewujudan blog no2 tu.)
Mintak diri dulu ya. sama-sama lah kita renungkan..
No comments:
Post a Comment