30 August 2011

Ucapan Salam Aidilfitri :)


; Assalamualaikum .


:)



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam seluruh dunia, dan juga kepada sesiapa yang mengenali diri Farah Mn ini.

Ampunkan segala salah dan silap saya sepanjang hampir 23 tahun saya hidup di dunia ini.

Semoga Syawal kali ini memberikan seribu kebahagiaan dan kegembiraan buat kita semua.

Sesungguhnya, saya hanhya manusia biasa, yang mungkin pernah menyakitkan hati mana-mana manusia. Sekali lagi, saya memohon maaf.

:)



*Mungkin ayat ni buat kalian rasa nak tergelak. Huhuhu~ kan? But, this is sincerely dari hati saya. i really mean it.



Salam Aidilfitri, semua. :)



27 August 2011

Bukan ucapan Salam Aidil Fitri



Masih awal rasanya untuk aku ucapkan Salam Aidil Fitri. InsyaAllah, 1 syawal nanti akan ada ucapan tu.

Tapi, untuk aku ucapkan kata ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakiti di dunia ini, sepanjang usia aku sekarang ini, tak perlu untuk aku tunggu tanggal 1 Syawal itu.

Ya. Aku tahu. Sepanjang kehidupan aku di bumi Allah ini, aku tidak terlepas walau sebesar hama sekalipun, untuk menyakitkan mana-mana manusia. Sedar atau tidak, salah itu tetap ada.

Ampunkan aku.

Kata-kata ini untuk semua manusia.

Maafkan aku.

Entah ada entah tidak syawal kali ini untuk aku. Semoga syawal yang akan datang akan masih bersama aku.

Ampuni aku untuk semuanya.

Bukan dalam fikiran aku, untuk meramal masa. Aku takut nanti, kalau aku tak sempat memohon ampun.

Jadi, kali ini, terus aku perkatakan apa yang aku ingin katakan.

Ampunkan aku.

Semoga Syawal yang akan datang tak lama lagi, memberikan seribu cahaya dan bahagia. Sangat aku harapkan, Syawal kali ini lebih memberikan aku ketawa dari Syawal yang sebelumnya.




Amin...


19 August 2011

Sungguh,aku rindu.


Sungguh aku rindu kan-Mu. Sungguh aku perlu kan-Mu. Namun;
Aku malu. Kerana aku lemah. Kerana aku tak mampu. Berjalan dengan tegak.
Sungguh aku benci diri sendiri. Kerana gagal dengan dunia..
Ya, Aku Hina..


Akan Ku Jumpa; Nadia Aqilah/Azfar

Lagu memang banyak mempengaruhi emosi, hati dan perasaan. Lagu sangat lah memainkan peranan dalam hidup, terutama hidup farah mn ni ha. Selain daripada suka sangat dengar berulang2 kali lagu JANGAN LUPA NAMAKU by POMPA BENSIN, ada lagi satu lagu yang sangat menyentuh perasaan.

Lagu apa? AKAN KU JUMPA. ada dua version. NADIA AQILAH and lagi satu AZFAR. Honestly, hurm, boleh menitis air mata bila dengar lagu ni. And hayati betul2.

So, just nak share lirik lagu ni. Kalau nak dengar, dekat playlist this blog ada versi nadia aqilah. Suka versi dia sebab, mungkin dia wanita. Sama seperti saya. So, macam tersangatlah saya bayangkan bahawa saya yang sedang menyanyikan lagu tu.
(Walaupun saya tahu suara saya macam katak). Bukan suara yang nak di ceritakan, tapi, isi lagu tu...

ini dia lirik lagunya;

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Ku meneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkanku cahaya dari mataMu

Inginku temu cinta
Mengisi ruang hatiku
Takkan pernahku berhenti mencari



Sayu bila tengok lirik ni.. lagi sayu bila dengar. Hurm~

Ya Rabbal 'Alamin.. Sesungguhnya, aku malu. Aku hanya mampu diam dan terus diam. Tenggelam dalam semua ini~


Akan ku jumpa, jika aku mencari~



18 August 2011

POMPA BENSIN. :)


Assalamualaikum. Selamat berpuasa, dan selamat menyambut hari raya juga kepada sesiapa yang membaca. (wah, macam YB pulak kan.hahahah)

Ok ok ok.

Anda tahu apa itu POMPA BENSIN? Pompa bensin bermaksud "Pam Minyak". Itu adalah bahasa indonesia ya. Maafin saya jika apa yang saya bilang ini tidak benar.

Kenapakah dengan Pompa Bensin? Huhuhu~ Selain dari pam minyak, Pompa Bensin juga merupakan sebuah artis. Erk! SEBUAH ARTIS? Ok. Sila belajar penjodoh bilangan semula ya. Hahaha. Ok lah. Pompa Bensin adalah sebuah band hasil dari gabungan beberapa artis solo. Band? erk, rasanya, lebih sesuai di panggil projek kot. Ha, lebih kurang begitulah. Sesiapa yang menonton drama RAMADAN TERAKHIR di slot Samarinda TV3, maka kalian tahulah akan lagu yang telah mereka hasilkan. SUKA ok. Before ni ada buat entry Lirik Lagu JANGAN LUPA NAMAKU, and sekarang rasa macam nak membebel pasal POMPA BENSIN pula.

Sangat panjang perjalanan nak mendapatkan full song lagu tersebut. Dan amatlah misteri identiti mereka. Hahahaha. Now, full song mereka telah release kan. YAY! *teruja. Dok ulang lagu tu banyak kali.

But, identiti mereka masih belum terjawab. tekaan dari hati naluri? "Azma Aizal, Aqasha n Nadia Aqilah".

Ok. saja nak copy paste ayat dari info page POMPA BENSIN di facebook tu. Ayatnya adalah:

"POMPA BENSIN is a special project band formed in Kuala Lumpur, Malaysia in 2009. The group consists of AzmAiza Y (vocals) and AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar) and Aidan Haliqa (vocals). All four members are involved"


ok ok ok.

AzmAiza Y = Azma Aizal Yusoof.
Aidan Haliqa= Nadia Aqilah.
Andra Ahmad = ???



Erk. tapi, kenapa saya masih rasakan bahawa itu adalah AQASHA? Seriusly,dulu memang minat dengan si aqasha ni. sejak zaman myspace lagi, memang ikut update si aqasha tu. But tiba2 macam dah x dengar cerita tentang dia lagi sehinggalah wujudnya Pompa Bensin.
tak ada kerja betul ha, study pasal dorg. =.=" KIPAS SUSAH MATI kah diriku ini?

Mungkin juga. Apa pun, walau siapapun kalian, saya tetap meminati kalian. And kerana kalian jugalah saya secara tiba2 ter terjah blog encik Firdee Akassya a.k.a Aqasha atau nama penanya "TheSaliq". Ok. the Saliq tu memang url myspace beliau dulu. Mujurlah saya masih ingat. And, saya suka blog beliau. kerana kata2 nya best. Suka gaya penulisan beliau.

Selamat Maju jaya encik Aqasha dan encik serta cik pompa bensin. :)


Ok. Mahu terjah blog Firdee Akassya? hehehe, sini.

http://thesaliq.blogspot.com/

Ok. Sekian saja bebelan kali ini. Selamat Bersahur! =.="




*saja nak letak gambar ini. huu~

12 August 2011

Jangan Lupa Namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada disisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana
Aku mengingatimu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum kutadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana
Aku merinduimu
Kerana
Aku sentiasa menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu jauh dimataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
sentiasa megingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana
Aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu..

Lirik dan lagu serta penyanyi; POMPA BENSIN. OST drama Ramadan Terakhir @Tv3.



Sangat suka dengan lagu ni. Tapi, full version belum release lagi. Siapa itu mereka pun, masih menjadi misteri lagi. Main teka-teka je dulu. Takpe, one day muncul juga. Tapi hati naluriku kuat mengatakan mereka adalah Aqasha dan nadia aqilah. Lagi sorang, tak dapat teka. T__T

Ok. Ni lagu yang hampir penuh.








---Mungkin ini adalah ramadan yang terakhir buat kita? Tak siapa yang tau melainkanNYA. kan..

11 August 2011

7 Punca Sakit kepala


*Gambar adalah sekadar hiasan. =.="

Assalamualaikum. :) kali ni, just nak share sikit info yang diperolehi dari satu blog. Nak tau blog apa? klik SINI.

Ok. kalian mesti pernah sakit kepala kan? tu lah, yang bercakap ni pun selalu sangat sakit kepala. Kadang2 habis rambut ditarik. Lama2 botak tak pasal2. So, tiba2 terjumpa entry ni, and saher lah juga pada kalian semua. Jom baca! Ini adalah hasil copy paste dari blog tersebut ya. :)


Menurut apa yang saya faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.


Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.



Erk. tengok. kadang2 kita tak sedar. sakit kepala yang kita ingat biasa, rupanya boleh membawa kepada barah otak. So, lepas ni, jangan ambil remeh tentang kesihatan ok. :)

Btw, yang selalunya terjadi dekat diri sendiri ni, rasanya punca no 1 tu kot. hahahahaha. Yang tu rasanya punca fofular yang menyebabkan saya seakit kepala. Yang lain, InsyaAllah tidak.
Ok. Sampai di sini sahaja. Selamat berpuasa! :)

10 August 2011

6 wanita yang harus lelaki jauhi untuk kahwin

Hehehe, saja nak share pasal ni. Copy paste dari SINI

Memang ada banyak wanita dalam dunia ni. Hope, kita tidak tergolong dalam golongan wanita seperti ini. Mudah2 an, sama2 kita doa ya. :)



Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah :

1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun still tak cukup.

2. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"

3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.

4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.

5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.

6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk sebatu

08 August 2011

Sedih

Assalamualaikum, entry ni sedih? kenapa? tak ada kaitan dengan jiwang2 dan love2 dan masalah percintaan ye. Hahahaha, ye lah. orang kalau sebut sedih je, mesti fikir macam tu. Hurm, but now, yes. sedih sangat. Sebab? Baru tahu tentang kewujudan seorang manusia di muka bumi ini yang...

erk. tak sanggup nak cakap. tak nak cakap apa apa. dah babitkan hal agama. Siapa tak sedih and terasa marah. kan? Saya bukan sempurna. Tetap pernah melakukan salah dan dosa. Tak lari dari semua tu. ye. saya sedar. Tapi, bila ada manusia lain yang menghina agama Islam, apa perasaan kalian? And bila dah di siasat, yang menghina tu sendiri beragama Islam.

Ya Allah. Terkejut.

Hurm. Entahlah. Lepas baca satu entri dekat SINI barulah tau tentang kewujudan hal ni. Rasanya, macam dah lama jugak kan. Sebab pihak2 yang tertentu tu dah siasat identiti manusia tersebut. And bila dah baca pasal tu, jari ni pun meng google lah pasal tu juga. And tiba-tiba, terjumpa satu benda. Ada seorang hamba Allah ni, dia tau tentang kewujudan blog no2 pulak. Bila dah blog pertama tu kena hack and di block terus, manusia tu tak putus asa. Dia teruskan jugak penghinaan dia tu.

Ya Allah. Apa agenda sebenar dia? Macam bukan manusia. Entah. Macam ada sesuatu je yang di rancang. Ataupun, mungkin manusia tu tak wujud sebenarnya. Mungkin ada pihak yang ingin menjatuhkan islam, sengaja mewujudkan manusia tu. Ye lah, orang-orang kafir sanggup buat apa sahaja untuk menarik umat Islam menjadi sebahagian daripada mereka.

Nauzubillahminzalik~

Semoga di jauhkan perkara ini dalam kehidupan kita. Walau dimana pun kita berada, ingatlah siapa pencipta, dan yang memberi nyawa kepada kita. Hurm, diri sendiri bercakap macam ni, bukan lah sebab diri ni baik and perfect sangat. Tak. Jauh sangat dengan perkataan baik and perfect tu. Saya juga manusia yang hina.

Tapi, bila tahu pasal hal ni dan issue ni, hurm. Entah. Terus rasa sedih. sakit hati. and down. tak tau nak cakap apa. and taknak cakap banyak pasal manusia tu.

Saya rasa, tak payah lah kan letak link blog no2 manusia tu. Tapi kalau ada yang nak tengok juga, boleh la rujuk dekat SINI.
(Link ni tak terus ke blog tu, tapi sumber dari mana saya tau pasal lewujudan blog no2 tu.)


Mintak diri dulu ya. sama-sama lah kita renungkan..

07 August 2011

10 jenis tangisan dalam dunia

Assalamualaikum, salam Ramadhan kepada sesiapa yang membaca. :) Tadi ada blogwalking dekat seorang hamba Allah. Tak kenal pun dia, tapi tertarik dengan entry ini. Semua orang lebih-lebih lagi perempuan, menangis. Kan kan kan? Hehehehehe, sebrutal mana pun manusia tu, mesti akan menangis jugak. Tapi, tahu tak ada 10 jenis tangisan di dunia ni. Saya pun baru tau tadi. huhu, selama ni nangis, just nangis je. tak tau pulak kan jenis yang mana. hehehehe, ok ok ok. Tak nak buang masa. Jom baca! :)



Menurut ibnu qayyim, terdapat 10 jenis tangisan dalam dunia.

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

2. Menangis kerana rasa takut

3. Menangis kerana cinta

4. Menangis kerana gembira

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan

6. Menangis kerana terlalu sedih

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis


Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)

Walau dalam jenis yang mana pun anda, no 8, 9, 10 tu tak elok kan. Janganlah kita menangis kerana itu.

*Saya tak menangis pun sekarang tapi saja je nak share benda ni. Sebab diri ini amatlah gembeng. Menangis kerana tengok tv juga. T___T huhuhu~ ok. Babai~ ^^

Anak Encik Mn.

Assalamualaikum pembuka bicara. (ok. ini ayat poyo kejap. Bagi salam je dah lah kan.)


Saja je. Hehehehe. Tiba tiba rasa nak bercakap pasal anak anak encik Mn (Encik Mohd Nor). Itulah maksud Mn ye. Farah Mn adalah Farah Mohd Nor. Bukan farah "mana". =.=" Ok.

Bermula dengan anak sulung iaitu saya. Nama saya Farah. Ye. Itulah dia nama tunggal saya. Tiada nur, mahupun nurul apatah lagi siti, dan mustahil untuk menjadi tengku dan raja farah juga. Hahahahaha. Ok. Tak nak lah membebel banyak pasal farah ni kan. Farah dah lahir tahun 1988. Dah tua dah si farah tu sekarang. Hahahahahaha. Tua tapi perangai macam kanak kanak lagi. Lalalalalala. badan pun macam orang tak cukup zat. jari macam jari anak kucing. Sebab itulah si farah tu tension bila tak boleh main gitar dengan seronoknya. (tiba tiba je.) hahahaha. Ok. Abaikan masalah gitar tu. Farah ni simple je orangnya. Hohoho. Simple kah? Ye lah. Simple sampaikan kecik2 dulu memang lah SELALU GILA KENA BULI ok. Dekat sekolah. Dekat rumah. OK. whatever. Huhuhu~ Sebagai seorang penyulung, (anak sulung) =.=", memang farah ni seorang penyulung yang agak gila. Hahahahahaha. Gila dan gila gila tapi sebenarnya baik. (Wudddee,,, Hahahahaha. Puji diri sendiri tak boleh blah.) Ok. Dah! Next!





Penengah (anak tengah) adalah Fitri Mn. hahahaha. Yang ini nama dia ade la Muhammad. Muhammad Fitri. Lahir tahun 1992, so sekarang ni berapa ha umur dia? malas nak kira. Hahahahaha. Ok. Tak berani nak bebel lebih lebih nanti kang tak pasal pasal jadi issue ngumpat adik sendiri pulak kan. Owh tidak! Hahahaahha. Si fitri ni kecik kecik comel. Awwww! Cantik je dia masa kecik. hahahahahaha. Tapi dah besar memang tak lah kan. Memang nak kena baling la kalau cantik. Hohoho~ Si fitri ni pandai mengalahkan kakak dia. gila jeles. Ok! Semua nak straight A kecuali UPSR. huhuhu~ Lek2. UPSR je. yang pasti, kalau si fitri ni berjaya, terbang ke German lah beliau lagi 2 tahun. Sob, Sob, tak tau lah macam mana keadaan kakak dia kalau dia kat German nanti kan. Dia yang dok asrama before ni, and sekarang dekat shah alam pun kakak nya agak meroyan. Uwaaaaaa~ Nanti tak de lah geng nak merepek bersama. Isk, Ok ok ok. tak nak cerita lebih nanti emo. Lambat lagi nak pegi. Tapi esok dia dah nak kena balik shah alam dah. Ok. Fine. Nanti Raya cuti lagi. So, boleh continue recording dekat rumah sendiri. Sempatlah kakak dia practise suara sikit. Bhahahahaha. (Syok sendiri). Ok. dah! Next!






Pembongsu (anak bongsu) adalah bernama Farina Mn. Yang ini pun nama tunggalnya Farina. Farina ni baru tingkatan dua. Sebab beliau lahir tahun 1997. Yang ini, huhuhuhu. hot stuff. erkkk! Dah. Tak payah nak hot hot sangat. Dak kecik lagi! Hahahahahaha. Biasalah, kalau dah bongsu, mestilah manja kan. MEMANG sangat ha. Sampaikan kakaknya tak ada tempat nak bermanja dah. =.=" Tu yang kurang kasih sayang tu. (Gurau je.) Ok. Farina ni tegas. Seriously. Angin tak tentu. Kalau dah angin, memang ribut satu rumah. (Jangan marah ye cik farina. mampus aku kalau dia marah.) Hahahahahaha. Memandangkan dia ni anak bongsu dan manja, so tak boleh nak buat apalah kan. memang mengalahkan diri lah untuk dia. Ish ish ish. Sabo je la. huhuhu~ Tak pe. Nasib baik kecik lagi. Settlekan hal sekolah dulu apa apa pun! Ingat! Hahahahaha. Baru lah boleh share2 baju dengan girangnya. Hahahaha. Walaupun dia yang bongsu tapi memang badan dia lagi nampak cukup zat dari kakaknya. Ok. Baru tingkatan dua kan. Masih berpeluang untuk membesar. Hahahahaha. Ok. Silakan meninggi dan berisi lagi ya. Memang lepas ni makin nampak kurang zat lah kakaknya. Ok. Dah!

dah tak nak cakap lagi dah. nanti karang mereka dapat publisiti pula. Hahahahaha. Apa pun, just nak bagitahu yang, I love them. :)




Saya sayang mereka.

Itu sahaja.

Ok. Bye.





06 August 2011

Untuk semua

  1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
  2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
  3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
  4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
  5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
  6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
  7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
  8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
  9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
  10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.





Untuk renungan bersama. Sesungguhnya, aku juga rapuh hati dan imannya. Lemah selemah lemah manusia yang hina.


Copy paste dari cik ummi nazzla. :) klik sini untuk ke blog beliau.

Ya Allah

Kenapa dengan aku,,,,,?









I need more strength, please God......











I need that,,,,










cause I have no strength at all....

03 August 2011

Ada apa dengan wanita? Dan mengapa pula dengan Lelaki?

Assalamualaikum.

:) Saja je nak share some interesting things/knowledge/facts about lelaki dan wanita. Huhuhuhu,
Macam menarik je benda ni. So, apa lagi, wujudlah entry ni. hahahaha. ok2. Jom kita tengok apakah ia.


1. KECANTIKAN seorang wanita adalah terletak sejauh mana dia menahan MALUnya dan KEGAGAHAN seorang lelaki adalah terletak sejauh mana dia menahan/menjaga MARAHnya.

2. Suami adalah seorang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaanya. -->*erk. agak sukar di fahami, tetapi saya rasa saya faham. huhu

3. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian setelah dia masuk ke liang kubur. --->*Erkkk!

4. Mata yang paling indah tetapi harus diwaspadai ialah mata kaum wanita.

5. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaanya yang terbaik adalah ketika menerima anda sebagai suami. :)

6. Yang di inginkan seorang gadis di dunia ini adalah seorang suami dan apabila dia sudah memperolehnya, dia menginginkan segala-galanya.

7. Wanita biasanya memaafkan pengkhianatan suaminya tetapi dia tidak bisa untuk melupakanya.

8. kecantikan wanita TIDAK BEERTI apa2 melainkan dengan kemuliaan akhlak dan tingkah lakunya.

9. Sebelum berkahwin wanita menghafal seluruh jawapan dan setelah berkahwin dia menghafal seluruh pertanyaan. --->*Ok. yang ini saya tak faham. hahaha

10. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki dan tanpa wanita lelaki bermalam dalam kegelapan. :)

11. Wanita lebih cepat daripada lelaki menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. --->*setuju! =.="

12. Wanita tertawa bila dia mampu. Dan menangis bila dia inginkan sesuatu. -->*agree.

13. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika dia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

14. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan dia tidak mengenal pertengahan. -->*agak la. =.=

15. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia. :)

16. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, lelaki mencintai untuk hidup bahagia.

17. Kebijaksanaan wanita terletak dalam hatinya. --->*That's why, jangan ikut perasaan n hati sgt ya. :)

18. wanita yang bijaksana menambahkan "Gula" setiap kali dia berbicara dengan suaminya, dan mengurangkan "garam" dalam ucapan suaminya. :)

19. Cincin perkahwinan adalah cincin yang termahal di dunia. Sebab? Mengharuskan pembelinya mengingati "harganya" setiap bulan tanpa henti. :)

20. Sesungguhnya tidak ada wanita yang cantik, tetapi adanya lelaki yang lemah dgn kecantikan.

21. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati adalah jantungnya, dan bagi wanita adalah lidahnya. -->*Betapa hebatnya mulut orang perempuan kan?

22. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. :)

23. Bertunang: Lelaki banyak berbicara dan wanita dengar. Semasa berkahwin: Wanita berbicara lelaki mendengar. Selepas berkahwin: Suami isteri berbicara, jiran yang dengar. --->*Hahahahha. Ok. Ini nak gelak guling2, huuu

24. Secara umunya, wanita ada dua mata. Dan bagi wanita yang cemburu, ada tiga mata. Satu kanan, satu kiri, dan satu lagi di arahkan kepada suaminya. -->*LOL =.="

25. pada umumnya wanita TAKUTKAN TIGA perkara. : Tikus, Uban, dan wanita cantik yang menjadi sainganya. --->*Huuuu~ Terkena setempek kat muka aku ni. hahaha

26. Isteri yang jujur dan setia membantu meringankan beban kehidupan suaminya.







Huhuhu. maka itulah sahaja kot yang nak di kongsikan di sini. Ini pun tak copy paste semua. Dah la nak copy tak boleh. so, TYPE balik. ahahahaha, maka, tak semua lah yang saya ambil. malas nak type. huuu,


Walaupun ada yang kelakar, tapi sesetengahnya macam betul je kan? Huu, Ok. Mintak diri dulu ya.



Rujukan: http://www.mediajer.com/MJ-v1/2011/02/ada-apa-dengan-wanita-dan-mengapa-pula-dengan-lelaki/

02 August 2011

Titisan Dari Mata

Kerana insan, kita menangis.
Kerana dia, air mata menitis keluar.
Kecewa, sedih. Tatkala terasa dipermainkan.
Meronta, sengsara, bila cinta bertepuk sebelah tangan.

Saat bahagia dan gembira bertakhta dalam hidup,
Semua indah. Segalanya sempurna.
Tapi ketika itu, aku lupa.
Hingga dugaan demi dugaan yang di hujankan.
Aku masih lupa.
Aku masih terus dengan kealpaan itu.
Aku masih terus angkuh sebagai manusia.
Tak sedar, aku juga hambaNya.

Namun,
Syukur ku lafazkan untuk-Mu Ya Tuhan.
Masih bernyawa aku pada saat ini.
Masih mampu melalui perjalanan yang samar,

Satu demi satu air dari mata pernah di titiskan,
Ketika satu persatu dugaan yang di hujankan,
Segala itu mematangkan,
Memberikan aku lebih kekuatan,
Walaupun hakikatnya aku masih ketakutan, Ya Tuhan.
Takut, andai muncul lagi sesuatu yang di duga,
takut untuk menghadapi semuanya.
Akan pasti nanti, tertitis lagi air dari mata.

Sudah.
Cukuplah.
banyak yang dititiskan kerana manusia,
kerana kecewa, kerana luka,
sengsara. sakit.
Sudahlah.
Tanya pada diri sendiri.
Tanya pada hati.
Sejauh mana pernah air mata itu keluar untukNYA?
Dalam sujud padaNYA?

Ya, Allah.
Betapa angkuh hambaMu ini.
Hina dan lemah dengan segalanya.

Untuk-MU

Ya Allahu Ya Alim,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segalanya,
Kehidupan kami, perjalanan kami, masa lalu dan masa depan kami,
Kau Maha Mengetahui segalanya,
Hitam Putih yang singgah,
Yang bakal singgah,
Hanya Kau Yang Mengetahui diri kami,
Lebih dari diri kami sendiri.

Ya Allahu Ya Ghaffar,
Ampunilah hambaMu,
Yang sering leka dan alpa,
Yang dihanyutkan dalam bahagia dan gembira,
Hingga tersasar dari jalanMu,
Ampunilah hambaMu,
Ya Ghafur.

Ya Rahman Ya Rahim,
Berikanlah kami kekuatan dan ketenangan
Dalam melalui perjalanan yang tiada jelas pandanganya,
Terangkanlah laluan ini,
Untuk kami terus berjalan,
Hingga penutup kehidupan kami,
Bantulah kami,
Ya Karim.

Ya Fattah Ya Sami' Ya Waliy,
KAU Maha pembuka Maha Mendengar dan Maha Melindungi,
Bukakanlah pinti hati kami agar kami tidak sering di hanyutkan
Dengarkanlah suara hina dari hati kami,
Lindungilah kami dari segala kealpaan dan kemungkaran,
Sesungguhnya kami hambaMu yang hina,
Ya Allah.


Hanya padaMu hambaMu meminta,
Ya Allah.

Lekanya aku juga manusia di dunia,
Mengejar dan menagih cinta segalanya,
Kadang terlupa,
Siapa aku, siapa manusia,
Dari mana asalku, dari mana asal manusia.
Ampunkanku, Ampunkan kami,
Ya Allah Ya 'Afuw..

Kelak nanti, aku, manusia dan juga semua,
Akan kembali juga padaMu,
Yang Maha Berkuasa.

01 August 2011

Ramadhan


Ku harapkan Ramadhan kali ini penuh makna.
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Assalamualaikum. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada seluruh umat islam seluruh dunia. Walau di mana pun kita, walau siapa pun kita, dan tinggi mana pun pangkat kita, kita tak terkecuali dalam menunaikan perintah Allah. Bukan sekadar berpuasa menahan perut dari lapar dan dahaga, tetapi, segalanya juga perlu kita jaga. Mulut, mata, telinga, hati juga perlu kita jaga. Pesanan untuk diri sendiri juga, kadang2 tak sedar, tiba2 tergosip. and cakap macam2. kan? Harap, ramadhan kali ni, akan menjadi ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Sama sama kita memperbaiki diri di bulan yang suci ini. Mudah mudahan, amal ibadah kita diterima Allah. Sesungguhnya, saya juga hamba Allah yang tak lari dari melakukan salah silap dan dosa..

Salam Ramadhan semua.