10 July 2012

Genggamlah ia dengan erat


Allahurabi.. Bergetar jiwa, bila fikiran terkenangkan cerita sendiri. Cerita yang ditentukan olehNya. coretan kali ini, mungkin sekadar biasa2. Tiada informasi, ataupun fakta untuk dikongsi, kerana ketika ini, fikiran lebih cenderung kepada emosi, hati, jiwa, dan perasaan.
Ketika mereka yang lain sedang sibuk berperang, memperjuangkan cinta mati, cinta yang tersimpul rapi, hati ini seolah-olah ingin bangun berdiri. Berdiri untuk memberitahu mereka, "Itu bukan perjuangannya. Bukan..." Tetapi; realitinya, suara terkunci. Sekadar bicara dari abjad yang disusun disini.. Maafkan hambaMu Ya Rabbi,, khilafku sebagai khalifahMu. Hanya ini mampuku, dayaku...

Benar kata orang. "Kita tidak akan faham sesuatu yang dirasakan oleh orang lain, sehinggalah sesuatu itu terjadi pada kita sendiri". Benar. Dan itu hakikat; juga dugaan. Diri ini juga pernah berada dalam keadaan itu. tetapi ketika ini, dalam konteks yang berbeza. Dan ketika ini, bukan sesuatu fakta untuk dikongsi, tetapi hanya satu luahan hati; yang tidak mampu di zahirkan melalui kata-kata. Sungguh. Diri ini kaku bila bersuara. ini khilafku, dan ini kelemahanku. Ampunkan hamba Mu Ya Muhaimin...

Baiklah, kembali kepada bicara utama. Bukan ingin bercerita tentang perjuangan cinta mati, cukuplah ramai yang sibuk membicarakan soal itu. Apa yang ingin dikongsi dan menjadi ekspresi tika ini, hanyalah sesuatu tentang genggaman.. Sahabat, kenapa kita menggenggam sesuatu? Kita semua tahu jawapannya; kita genggam sesuatu itu kerana kita tidak mahu ianya terlepas dari pegangan kita. Kita mahu ia sentiasa ada bersama kita selamanya. Kan? Persoalannya, apakah yang sedang digenggam? Atau, apakah yang ingin kita genggam? Jawapan yang mungkin sering kita dengari, namun hakikatnya itulah yang perlu kita sedari. GENGGAMLAH CINTA ITU DENGAN ERAT BILA MANA KITA MULA RASA CINTA ITU TELAH ADA. Cinta? Ya. Cinta. Cinta yang Allah berikan untuk kita mencintaiNya. Mungkin, ada yang perasan mungkin juga ada yang tidak perasan; saya sering bercakap soal Cinta. Cinta untukNya, Cinta keranaNya, cinta padaNya. Ya. benar. saya akui. Kenapa itu yang ditekankan? kerana itulah punca pegangan. Kita semua mengaku, kita hamba Allah. Tetapi adakah kita benar2 menjadi hambaNya? Sekadar hidup tanpa mencintaiNya, adakah itu menjadikan kita untuk menjadi hambaNya yang sebenar2 hamba? Cukuplah dengan apa yang telah kita lalui dan jalani. cukuplah hidup untuk sesuatu yang tiada arahnya. Carilah cinta itu, dan genggamlah saat cinta itu telah ada. carilah cinta hakiki. cukuplah mencari cinta manusia, cinta duniawi. cukuplah. Allahurabbi... Bantulah kami...

Putusnya cinta itu memberi kesakitan, begitu juga bila mana kita putuskan cintaNya. Sakitnya mungkin kita tidak sedari, tetapi hakikatnya sakit itu sedang memakan diri sendiri. Sahabatku, saat Allah menghilangkan sesuatu dari hidupmu, itulah saat dimana Allah menghadirkan peluang untuk kamu mencari kasih yang hakiki sebagai peneman hidup. berjuanglah untuk mengakhiri ratapan itu, mulalah mencari bahagia yang sedang menunggu. Yakinlah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sakit yang hanya sekejap itu, insyaAllah akan hilang kerana hebatNya Yang Maha Berkuasa.. Allah Al Qadir.. Allah Maha Berkuasa atas segalanya..

Peluang itu sentiasa ada, cuma kita yang tidak mencari. Dan tidak genggam ia ketika ia berada dalam diri...


Kita asyik bercakap dan berbicara soal dunia, hati dan perasaan sehingga lupa untuk mencari hakikat kehidupan yang sebenar.. Sesungguhnya, tiada penawar lain yang mampu memberikan ketenangan melaikan hanya dengan kembali ke jalanNya.. Sahabatku,, bila sesuatu yang kubicarakan dan luahkan, tidaklah bererti bahawa aku telah berjaya. Ku juga sama seperti kalian.. Yang berharap agar cinta ini tidak hilang, dan yang sentiasa mencuba untuk menggenggam hadiah yang Allah berikan..


Ya Fattah.. Bukakanlah pintu rahmatMu untuk kami hambaMu.. Agar kami terus menggenggam hadiah pemberian dariMu.. Agar kami tidak tersalah jalan dalam menuju pintu syurgaMu.... Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments: