03 July 2012

Membuka yang terkunci; Mengunci yang terbuka






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sahabat fillah sekalian.

Apa khabar hati? Apa khabar iman? Semoga hati dan iman masing-masing berada dalam keadaan sihat wal’afiat. InshaaAllah.

Pada bicara kali ini, saya terpanggil untuk berbicara tentang ‘kunci’. Kita semua maklum, kunci itu sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita perlukan kunci, untuk mengunci pintu rumah, dan kita juga perlukan kunci untuk membuka pintu yang dikunci. Tanpa kuni, bagaimana untuk kita masuk ke dalam rumah?


Sahabat fillah,
Kunci itu juga amat kita perlukan dalam mengaplikasikanya pada hati dan kehidupan kita, secara rohaniah. Pernahkah kalian mendengar, sesiapa yang mengeluh “aku nak jadi baik, tapi, aku tak boleh jadi baik sebab aku memang macam ini”, ataupun; kita sendiri pernah melafazkan keluhan seperti itu?
Sahabat fillah,

Mengapa ianya boleh berlaku? Secara kasarnya, tiada jawapan yang tepat yang boleh kita berikan, tetapi jika direnung dengan sedalam-dalamnya, mungkin, ianya berkait rapat dengan ‘kunci’.
Baiklah, kita lihat contoh mudah di bawah,

Situasi 1.
Kita punya sebuah rumah yang cantik, yang sangat selesa, dan sangat tenang bila berada di dalamnya. Tetapi, masalahnya ialah, kita tidak dapat membuka pintu rumah itu kerana kuncinya tiada pada kita dan kita tidak kemana-mana dan tidak berbuat apa-apa untuk mencari kunci tersebut. Jadi, bagaimana untuk kita masuk?

Situasi 2.
Sama seperti situasi 1 di atas, tetapi kali ini, kita punya kunci tersebut tetapi kita tidak berusaha untuk membuka pintu rumah itu. Hanya sekadar memegang kunci tersebut dan menunggu pintu itu untuk terbuka dengan sendirinya. Lalu, bagaimanakah mungkin untuk kita masuk?

Situasi 3.
Kita berada dalam sebuah rumah yang cantik, yang dipenuhi dengan hiasan yang mahal dan cantik, tetapi kita tidak mengunci pintu rumah kita. Adakah rumah kita itu akan selamat dengan membiarkan ianya tidak berkunci?

Menjawab kepada ketiga-tiga persoalan itu, ingin saya jelaskan maksud sebenar yang ada dalam ketiga-tiga anologi itu
.
Dalam situasi yang pertama, ianya mengibaratkan seorang insane, yang punya sebuah kehidupan yang indah (hidup berlandaskan syariahNya), namun dia tidak dapat melangkah di atas landasan itu kerana hatinya terkunci untuk berjalan di situ. Hatinya tidak dibuka untuk menerima suruhanNya, dan dia tidak melakukan apa-apa untuk mencari ‘kunci’ (ilmu pengetahuan) bagi membuka hatinya
.
-Mungkin; dia hanya terus tegar di dalam hanyutan jahiliyyah, ataupun leka dengan sifat malas dan terbuai oleh bisikan ‘indah’ syaitan yang direjam itu. Lalu, Tanya pada diri, bagaimana untuk masuk ke situ, sahabatku?

Bagi situasi kedua, seseorang itu masih punya pengetahuan agama. Al Quran sentiasa ada di atas mejanya. Telekung dan sejadah sering memanggil-manggilnya untuk sujud pada Yang Maha Besar. Namun, dia buat tidak endah, dan membiarkan sahaja ‘kunci’ itu ada di tanganya tanpa mencuba untuk ‘membuka’ hatinya. Jadi, bagaimana untuk masuk ke rumah yang indah itu, sahabatku?

Untuk situasi ketiga, ianya agak berlainan. Kerana seseorang itu berada di dalam kehidupan yang tenang, indah dan bahagia (iaitu berpegang teguh kepada tali Allah). Namun, jika dia tidak berusaha mengunci hatinya dan nafsunya dari diterjah virus-virus yang akan merosakkan, apakah kita akan sentiasa berada dalam kehidupan yang diredhai Allah itu dengan kuat dan kukuh?

Kerana kita semua manusia, sahabatku. Hati kita sentiasa akan berbolak balik. Kita tahu akan hakikat itu, bukan?

 Sahabat fillah, di sini juga, saya ingin kita sama-sama refleksi diri, seketika. Kita buka apa yang dikunci, dan kunci apa yang terbuka.

Membuka yang terkunci.

Sahabat fillah,
Aapakah sebenarnya yang terkunci itu? Secara peribadi, bagi saya, ramai diantara kita yang terkunci "Hatinya". Termasuklah juga  diri saya, yang pernah terkunci hati. Sahabat, hati bukan sekadar hati, tetapi adalah "Qalb". Tak perlu bercerita panjang soal hati kerana kita semua sedia maklum. Hati itu sesuatu organ yang penting. Dan begitulah juga dengan Qalbu. 

Hati adalah titik mula segala benda.
Buka lah hati untuk mensyukuri setiap nikmat kehidupan yang dianugerahkan dariNya. Buka lah hati untuk mencintaiNya. Sahabat, hidup dengan hati yang terkunci, ibarat sia-sia perjalanan hidup kita. Sedarkah sahabat, kita semua telah mengikat janji dengan Maha Pencipta? Tunaikanlah janji itu seperti mana kita mahu manusia menunaikan janji mereka.

Buka lah hati yang terkunci, dengan sujud. Solatlah. Mintalah dalam sujud, agar hati kita tidak terus dikunci. Atau, kita mahu diambil untuk bertemu denganNya di akhirat nanti dalam keadaan hati yang terkunci? Tepuk dada, tanya iman.

 Kita meraba, mencari, di manakah kunci kebahagiaan dan kejayaan. Kita memberontak bila sesuatu kejayaan kita gagal untuk capai. Tapi kita tidak sedar, kita sendiri yang tidak membuka hati untuk menyedari semua itu. Sia-sia kita bicara soal kebahagiaan jika kita tidak menyedari akan hakikat kehidupan ini.

Mulai saat ini, mari kita buka hati kita. Syukuri setiap pemberian. Jangan bersedih dengan sesuatu yang tidak menggembirakan, dan jangan pula kita terlalu gembira dengan sesuatu anugerah. Dan, buka lah hati kita agar teguh kukuh mencintaiNya, dan berpegang pada taliNya. insyaAllah.
Kita cuba, ya sahabat?


Mengunci yang terbuka

Sahabat fillah,

 Setelah hati kita buka untukNya untuk cintaNya, kita juga perlu mengunci sesuatu. Kuncilah diri kita sendiri, dari dikawal oleh dunia, syaitan dan nafsu. Kita mungkin boleh membuka hati untukNya, tetapi hakikatnya, tiga perkara ini tidak akan pernah berhenti untuk menembusi diri kita, dan ianya akan sentiasa mencuba untuk menyelinap masuk ke dalam hati kita.

Sahabat fillah,
Aama-sama kita cuba sehabis daya. Sama-sama kita berusaha, mengunci diri sendiri dari sebati dengan tiga perkara ini. InshaaAllah, Allah sentiasa bersama kita. Sedar atau tidak, diri kita berada dalam kedaan yang sentiasa terdedah. 

Terdedah kepada tiga perkara ini. Sama-sama kita mula, untuk mengunci diri agar dunia tidak menguasai kita, agar syaitan menjauhi kita, dan agar nafsu tidak memenangi kita.
InshaaAllah. Sujudlah padaNya, agar kita terhindar dari suatu kelekaan. Dunia; memang cantik. Kerana kita nampak. Kita nampak dunia, dan kita sering membenarkan dunia menjadi titik tolak sesuatu kehidupan. Syaitan dan nafsu? Kita tidak nampak. Ia sesuatu yang berada dalam kehidupan kita, dan akan terus bersama kita.

Mulai saat ini, mari kita mula untuk mengunci diri kita agar tidak menjadi sahabat baik kepada tiga perkara ini. InshaaAllah.


Sahabat semua, kalau bercerita tentang kunci, banyak lagi kunci2 lain yang perlu kita cari.
tetapi, bagi saya, dua perkara ini adalah sesuatu yang amat perlu untuk kita titik beratkan.
Mudah-mudahan, Allah Menghadiahkan kunci-kunci yang lain kepada kita juga. Aamin..

Mari kita sama-sama usaha! inshaaAllah.
Allah Maha Memberi.




No comments: