11 July 2012

Mencari Sakinah



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Tak mahu terus bercerita panjang, ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Lirik Lagu; Sakinah. (XPDC). Lihat dahulu liriknya, nanti akan saya ceritakan kenapa.. :)



Asalnya ;
Memang dulu
Aku tak percaya
Sehingga aku jumpa Sakinah

Cinta boleh mencair segala
Biar keras bagai teras buana
Katakan cantik mana aku tak tergoda
Sehingga aku jumpa Sakinah

Pintu hati yang tertutup
Terbuka
Datang azam nak mengolah
Rancak dunia
Berlagu tipu daya
Mustakim semula

Biarlah... orang-orang
Macam aku bahagia
Biarlah... orang-orang
Macam aku merdeka

Tutup mata
Buka mata Sakinah
Dalam lena
Dalam jaga Sakinah

Kenal diri siapa sebenar
Cairlah segalanya
Yang tinggal hanya benar



#Apa yang diceritakan dalam lirik itu, subhanallah.. Hanya Allah Yang Tahu bagaimana perasaan ketika ini....

Sahabatku,,,

Kenapa bermula dengan lirik lagu sakinah? Saya percaya, semua orang tahu lagu ini. Lagu ini lagu lama, mungkin dulu diri ini sekadar hanya mendengar lagu secara kosong. Tetapi jika difahamkan dengan sebenarnya erti sakinah, subhanallah.. Maha Suci Allah...

Sahabatku, Apa itu sakinah? Definisi yang mudah, yang diberikan oleh DR MAZA.
Sakinah; satu ketenangan yang Allah hadiahkan setelah kita dirundung keresahan. Benar sahabat, sakinah adalah ketenangan dan ketenteraman.. Subhanallah.. Allah Maha Menyayangi dan Mencintai hambaNya.. Jangan sekali2 kita biarkan diri untuk hanyut dalam keresahan dan kekecewaan, hingga kita lupa bahawa Allah sentiasa Menyayangi dan Mencintai kita... cubalah kita berjuang melawan segala resah itu. InsyaAllah, dengan harapan,, Sakinah akan hadir dalam hati...

Sahabatku, bila bercerita tentang sakinah, saya hanya boleh berkongsi pengalaman.. Dengan harapan, pengalaman ini dapat memberikan sesuatu untuk yang boleh dikongsi kepada sahabat semua; dengan harapan dapat membantu menghilangkan walau sedikit keresahan yang kalian rasa..

Sejujurnya sahabat, hanya Allah sahaja yang tahu bagaiman bentuk kehidupan Farah Mn, sebelum sampai pada kehidupan ketika ini. Tidak perlu berpatah jauh kebelakang, awal tahun 2012 merupakan hadiah paling bermakna yang dihadiahkan oleh Allah. Syukur, Alhamdulillah. Jujurnya, pada ketika itulah Allah telah menghilang seorang yang kononnya bergelar kekasih dari hidup Farah Mn, dan sebenarnya ketika itu jugalah Allah sedang tunjukkan sesuatu. Farah Mn; seorang perempuan yang obses dengan cinta dunia, cinta manusia. Seolah2 hidup ini hanya untuk cinta, dan sekelip mata, sesuatu yang menjadi impian utama hilang dari genggaman jiwa. Pada awalnya, diri seperti hilang pegangan. Normal; bila putus cinta. Tapi, mungkin juga setelah banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan Farah Mn sebelum itu, sejak bermula remaja hinggalah mula menjejaki alam dewasa, sedikit sebanyak telah membuka sedikit ruang untuk menjadi kekuatan saat jatuh terhempas itu. Syukur, Alhamdulillah. :') Kuasa Allah, tidak tahu bagaimana kekuatan itu datang, tetapi kekuatan itu amat dirasakan. Hanya yang mengalami, yang dapat merasakan sesuatu perubahan dalam diri.. kan..?

Normal; bagi kehidupan manusia. Lumrah kehidupan manusia untuk melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Dan diri ini juga telah berada dalam kepelbagaian fasa itu, juga dalam pelbagai kondisi, situasi, dan persepsi. Yang akhirnya, berada di sini pada saat ini. Syukur ya Rabb..

Sahabatku, jujur diri ini katakan, ketenangan yang sebenar tidak terletak pada apa2 obsesi. Kita mahu tenang, kita mahu gembira, tetapi adakah kita mencarinya? jujur saya katakan, bentuk kehidupan Farah Mn yang lalu tidak mencari ketenangan itu. Sehingga terjadinya sesuatu yang membuka jiwa, barulah diri ini sedar kerana tertampar oleh kehidupan sendiri. Sahabat, cerita ini dikongsi dengan harapan agar sahabat yang sedang berduka terutama, tentang "cinta", untuk mula bangun dan mencari sakinah itu.. Bangunlah sahabat... Kita manusia; fitrahnya sama. Hanya individu yang berbeza. Mana mungkin kita kata kita tidak boleh untuk bangun dan berubah. Kita semua boleh. Percayalah, yakinlah dengan Allah. insyaAllah, selangkah kita berjalan menuju Allah, 1000 langkah Allah hampir dengan kita. Subhanallah..

Sahabatku.. Mulalah.. Biarpun tidak berada dalam keresahan, mulalah langkah itu.. Dan, jika berada dalam keresahan dan kesedihan, bangunlah untuk memulakan langkah. Sapu wajah dengan air keranaNya, dan bertemulah dengan Allah dalam sujud. InsyaAllah.. Sakinah yang di dambakan itu akan hadir dalam hati, jika hati benar2 ikhlas meminta.. Perjalanan untuk berubah, memang sukar. Namun, yakinlah sepenuhnya padaNya, insyaAllah DIA sentiasa membantu kita..

Sahabtku, berbicara tentang sakinah, Rasulullah SAW bersabda;

Tidaklah berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah s.w.t (masjid), membaca al-Quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah s.w.t menyebut-yebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya.”
(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.)

Indahnya sakinah yang Allah hadiahkan bila kita mula melangkah hampir padaNya.. Bahagianya sakinah yang Allah turunkan bila kita sentiasa mengingatiNya dan berpegang pada ayat-ayatNya..

Mari sahabat, kita terus berjuang dan berjalan.. Agar sakinah itu sentiasa dihadiahkan untuk kita.. Agar sakinah itu tidak hilang dari jiwa kita.. Agar sakinah itu akan terus menemani kita, dalam perjalanan kita menuju syurgaNya... Syurga itu indah, dan sesuatu yang indah bukanlah mudah untuk diperolehi. Benar bukan? dan, berjuanglah untuk mendapat ganjaran indah itu.. Sesungguhnya hidup di sana nanti adalah hidup yang abadi tiada penghujungnya.... Bahagia yang hakiki dan selamanya...


Sama-sama kita berjalan ya...?



Moga Allah Redha dengan perjalanan dan langkah kehidupan kita semua... Amin.. ya Rabbal Alamin...





No comments: