05 February 2012
12 Rabiul Awal 1433H
Assalamualaikum. Rasanya sempat lagi, untuk ucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam seluruh dunia.
:)
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah satu satunya insan terpuji akhlaknya, tak tertanding budi pekerti baginda.
Apa berlaku hari ni? Masih seperti manusia biasa, makan, tidur, tapi, syukur kerana aku masih bernyawa untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah S.A.W. Tak banyak nak cerita; perarakan Maulidur Rasul, Ceramah, Selawat. :)
Alhamdulillah.
Walaupun, belum sepenuhnya pulih dan tenang, walaupun belum sepenuhnya senyum dengan seikhlas hati, tapi hari ini tetap aku syukuri.
Sampai bila Farah? Hurm. Entah. Mungkin ada yang berbunyi macam-macam di belakang. Tapi hakikatnya aku saja yang tau. DIA saja yang tau.
Naik turun roda hidup. Tenggelam timbul kehidupan. Begitu juga aku. Kekuatan aku. hati aku. Iman ku. Entah. Siapa yang kenal aku, kenal lah. Tahulah. Siapa yang tak kenal, entah.
Kadang-kadang, aku sendiri marah dengan diri. Kenapa aku tak kuatkan diri aku? kenapa aku mesti jatuh dengan apa yang berlaku? Dengan dia? Tapi bukan DIA? Kenapa?
Kerana manusia, kerana dunia? Bukan. Kerana aku sendiri. Aku yang gagal. Aku yang tak pernah buat apa2 untuk kuat. Aku yang biarkan diri aku sendiri jatuh. Sekarang? Terhegeh2 aku dalam dunia.
Memang tak akan ada manusia yang sehebat Rasulullah. Tapi aku? Malu.
Entah. Aku ingin untuk teruskan dengan kekuatan. Dengan jiwa yang kuat. Segalanya kuat. Tapi begitu besar dan banyak godaan. Dan DIA timpa kan aku dengan Dugaan. untuk aku buka mata.
Untuk aku mula berfikir semula.
Syukur, Ya Allah.
Walau aku masih hina di sisiMu, tapi aku perlu untuk terus menjadi kuat. Melawan segalanya.
Bertemu bahagia.
Mampukah aku untuk bertemu? Wallahualam. Hanya DIA ada jawapan segalanya.
Hurm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment