Lumrah dunia, jiwa dan perasaan.
Bercinta, dicintai, mencinta;
Normal.
Semuanya kelihatan normal
Segalanya biasa.
Aku bercakap; kerana aku juga merasa
Pernah merasa sesuatu seperti itu
Pernah berada dalam jiwa itu,
Hingga kini, aku masih punya rasa itu.
Sekali lagi ku katakan, ia biasa.
Mustahil bagi manusia untuk berkata tidak,
Bila hati mula setuju.
Bila hati mula terasa bersatu
Tapi,
Ada indah, ada pahit
Ada bahagia, ada sakit.
Indah bahagia bila rasa itu bersama kita selamanya
Pahit sakit bila cerita itu tidak seperti yang kita jangka
Semuanya rasa itu kerana dia,
Kenapa?
Kerana rasa itu untuk dia.
Betul bukan?
Bila semuanya cerah, syukur kita lafazkan
Namun bila semuanya bertukar arah,
Jangan keluhan kita ungkapkan.
Kenapa harus kerana dia?
Apa ada pada dia?
Yang indah semuanya cantik,
Tapi bila cinta patah, jiwa mula serik
Kenapa, harus dia?
Kenapa, kerana dia?
Dia juga manusia. Tiada istimewa.
Mungkin dalam hati;
Dia sia-siakan semuanya.
Dia hancurkan itu, dia ranapkan ini,
Tak henti mulut dan hati menyumpah,
Memaki, memarahi.
Sekali lagi itu realiti.
Norma bagi kisah itu,
Lumrah dalam jiwa itu.
Tapi kenapa harus kerana dia?
Aku sendiri;
Aku tahu, DIA sentiasa ada.
Aku cuba, sedaya upaya.
Dan aku tahu aku gagal.
Kini aku disini, di tempat dan situasi ketika ini.
Amaran yang aku terima, sekali lagi.
Mungkin juga,
Petanda, untuk aku buka mata, buka hati.
Angan-angan tak kan sepenuhnya bertukar realiti.
Sungguh.
Dulu terjadi, perkara sama, situasi sama, sebab yang sama.
Aku lawan, aku teruskan, tapi aku kembali jatuh,
kerana dia.
Kerana angan-angan untuk dia,
kerana seluruh hidup aku lebihkan dia.
Ternyata.
DIA yang mencipta terlalu hebat kuasaNya.
Sungguh. Dan benar.
Bila mana aku gembira, bahagia, alpa,
Kini segalanya itu ditarik semula.
Seolah olah aku tersekat di tengah jalan,
Kini perlahan-lahan aku langkahkan.
Tiada alasan tiada jawapan,
Kenapa, kerana dia?
Hentikan soalan. Cuba cari jawapan.
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment