03 February 2012

Day 12 (Part 2)

Assalamualaikum.

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Dan hari jumaat ini jugaklah, terasa nak cakap sesuatu di sini. Konon nya, hati nak pergi jauh. Jauh sangat. Tapi, hakikatnya tak mampu melangkah.
Sedang mengumpul kekuatan untuk melangkah. Sedang cuba sedaya upaya. Siapa sangka. Sesuatu yang kita jaga sebaik mungkin, sesuatu yang kita fikir hak kita, tetapi sesuatu itu sebenarnya tidak pernah jadi milik kita. Mungkin hanya sekadar pinjaman. Ya. Kita hanya pinjam sesuatu itu dari Allah. Sesuatu dan segalanya.

Mungkin ada yang ingat "farah ni pandai bercakap je. Pandai tulis itu ini bla bla bla". Ya. Memang. Memang farah bercakap macam-macam. Memang farah tulis macam macam. Tapi yang di tulis untuk diri sendiri. Dan untuk sesiapa yang membaca, dengan harapan terdetik sesuatu di hati mereka. Itu niatnya.

Kononnya tadi, ingin "buang" semuanya. Setiap apa yang ada, memang terasa ingin buang dan campak kan jauh jauh. Tapi hakikat. Belum mampu untuk buang semuanya. Walaupun aku tahu, aku perlu buang. Buang jauh jauh.

hari ini juga. Aku berfikir lagi. Tentang Karma. Hurm. Sesuatu yang aku takutkan, sesuatu itulah yang terjadi. Ya Allah, betapa hebat kuasaMu. Betapa hebat apa yang Kau tunjukkan pada ku. Allah Maha Besar..

Siapa sangka. Aku yang suatu ketika dulu yang bongkak. Aku yang suatu ketika dulu yang lupa diri. Aku yang sautu ketika dulu selalu rasakan bahagia itu aku yang punya; kini aku terdiam. tersungkur.

Bukan kehilangan yang aku tangiskan. Aku redha apa yang diberi untuk aku. Tapi, rasa kesal tak kan pernah hilang dari diri aku.

Betapa hebat kebesaranMu Ya Allah..









Allah Maha Besar..




Aku ingin kekuatan itu; kesabaran itu; dan redha itu; DariMu, Ya Allah..

No comments: