09 February 2012

dia atau DIA

Kita menangis saat kehilangan dia;
Pernah kita tangiskan saat kita jauh dari DIA?
Kita mahu dia ada; tapi dia pergi
Mengapa kita tidak pergi kepada DIA yang sentiasa ada?
Kita rindu saat cinta bersama dia;
Pernah kita mekarkan rasa cinta kepada DIA?

Bila sakit;
dia tidak tahu
Tapi DIA tahu sakit yang kita rasa
dia tidak peduli
Tapi DIA tidak pernah mengabaikan
dia kini tidak lagi sayang
Tapi DIA sentiasa sayangkan kita
dia tidak mahu kita pergi padanya lagi
Tapi DIA sentiasa ada untuk kita pergi padaNya

Saat kita mula rasa dia segalanya
Lupakan rasa itu
Kerana tanpa DIA tidak mungkin kita bernyawa

Saat terdetik di perasaan tak mungkin mampu hidup tanpa dia
Betulkan perasaan
Kita hidup kerana DIA

Buka hati,
Percaya dalam diri,
Saat dia pergi, DIA telah sediakan semuanya
Agar aku, kamu, mahupun kita
Untuk mencariNya,
Dan suatu ketika nanti
Akan hadir dia yang sebenar dariNya....






-Bila mata tak mampu pejam, tiba tiba perasaan ingin bersuara. Sampai bila harus aku ratapkan dia yang pergi, sedangkan DIA ada, sentiasa Mendengar, Mengasihi, dan Mengetahui..

No comments: