04 February 2012

Redha dengan Ikhlas


Assalamualaikum.

Suddenly I'm here. Rasa macam nak bercakap lagi. maklumlah, orang suka bercakap ni kan. :)

Actually, just wanna share something. Something yang di baca dekat satu blog,

SINI

Perihal Sabar, dan Redha.

Ada kalanya, kita tak sedar. Bila mana kita terlalu gembira, kita lupa. Bila2 masa Allah akan timpakan kita dengan sesuatu. Dan bila kita ditimpa sesuatu, SABAR dan REDHA. perlu ada. Perlu tanam dalam diri.

Bak kata Irfan Khairi dalam blog dia,

"tak kira apa sahaja yang terjadi kepada kita, bersabar sepenuh hati… dan redha sepenuh hati (bukan berlakon sabar & berlakon redha)… you must really feel it in your heart! Pastinya pulangan yang lebih lumayan akan diberikan-Nya"
Hurm. Yup. Memang sesuatu yang biasa orang cakap bila apa2 dugaan dan ujian. Memang susah nak realisasi kan ungkapan tu. Tapi, bila kita fikir balik. Memang itu yang perlu kita letak kan dalam hati. Sabar, dan redha dengan Qada' dan Qadr. Biarkan apa yang hati tu rasa, yang penting kita cuba.

Dalam blog kat atas tu pun, banyak cakap pasal sabar dan redha. Banyak firman Allah berkaitan dgn sabar dan redha.


Entahlah. Aku bukan siapa2 nak bercakap tentang ni. Sesiapa yang kenal aku, mesti cakap "Poyo je" or bla bla bla.

Hurm. I know that. Up to you.

But, Kita hanya tahu bila sesuatu tu terjadi dekat kita. And terus terang, memang tak guna nak sesalkan perkara yang dah berlaku bertahun2 lepas. Walaupun kadang2 memang aku rasa nak patah balik. But tak guna.

note to me, and to other people out there, walau siapapun kamu, walau apapun kamu lakukan, selagi kamu masih hidup, selagi kamu berpeluang, dan selagi kamu di datangkan ujian dan dugaan, itu tandanya Allah sayangkan kamu.


Aku tahu, aku bukan siapa siapa. Tapi aku hanya ingin berkongsi, sekadar berkongsi.


Sebagai salah satu cara memberikan kekuatan pada diri, dan pada sesiapa saja.


And for now; Redha dengan Ikhlas. Itu penting. *walau sesukar mana sekalipun, Cuba..






InsyaAllah..





(I'm still a person, that need a guide in life..)



But again, Thanks to this BLOG. Sebab, atleast, got some motivation from there. Untuk bukak mata and hati sendiri...




Semoga kita sama2 peroleh kebahagiaan. Di Dunia dan akhirat.. Amin..

No comments: