Sedar tak sedar, it's been almost two weeks. So how are you now? "I will say I'm fine". :)
Kejap je masa berlalu. Kan. Alhamdulillah, I'm still breathing. Syukur Ya Allah.
Keep on moving, keep climbing.
Yeah. Life is like climbing. And hiking. Tak mudah nak sampai puncak, but senang sangat untuk jatuh. Once kita terlepas pegang, sure kita akan jatuh. Memang itu lah yang jadi dalam hidup.
Once kita lupa Dia, Dia akan uji kita. "farah, kau x nampak lagi?" What happened in your life.
Years by years, and I guess, maybe this year is a time for me to grow up.
Allah boleh tarik apa saja yang kita ada bila bila masa. Jangan terlalu cari kesempurnaan. And jangan terlalu bergantung.
Bila terlalu cari kesempurnaan, manusia akan leka. Akan tinggalkan apa yang dia ada untuk kejar sesuatu yang sempurna tu. Manusia lupa yang setiap manusia tu x sempurna.
Setiap dari mereka ada salah dan dosa.
Untuk apa sempurna tu?
Bila manusia terlalu bergantung dengan seseorang, manusia akan jadi lupa pada Dia. Dan balasan, Dia ada hak untuk tarik balik semuanya.
Hurm. Pengajaran buat diri sendiri. Kerana kali ini; Serik.
Bukan niat untuk menjaja perasaan hati ketika ini, tapi sekadar berkongsi dan mengingatkan sesama sendiri; termasuk diri sendiri.
Aku dah rasa. Karma itu ada. Memang ada. Kau? Aku tak berani kata apa-apa. Terserah pada Dia. Dia Tahu semua.
Sudahlah.
Mungkin ini balasan terhadap diri aku sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tersedia nanti.
Aku tak berniat untuk membenci sesiapa. maafkan aku kalau ada yang aku benci.
Walau siapa pun kita, kita semua tetap manusia. Yang sentiasa mencari jalan, yang tak pernah lepas dari dosa.
Cuma satu yang aku harap; semoga semua yang bergelar manusia bertemu bahagia di Jalan-Nya. temui kesedaran atas salah dan dosa sendiri.
#Hari ini; aku masih bertahan. Syukur Alhamdulillah, Ya Allah.
No comments:
Post a Comment