08 February 2012

Sedih; dan penawar

Manusia tak akan lari dari perasaan sedih, dan duka.
Aku sendiri sedang melalui fasa begitu
Sedang merasakan perasaan begitu
Biarpun apa punca yang menyebabkan kesedihan, hanya ada SATU yang Maha Mendengar segala rintihan.

Allah S.W.T

Aku akui. Mungkin aku tidak sesuai untuk berkata sebegini, tetapi hakikatnya, aku juga Hamba Allah. HambaNya yang hina. Sering berlumur dosa. Namun hakikat, aku masih HambaNya. Dan ketika ini, hanya DIA yang mengetahui segalanya.

Aku bukan seorang perempuan yang mampu diam bila dilanda sesuatu. Aku perlu untuk menukilkan sedikit dari sesuatu itu. Di sini. Sebagai salah satu terapi untuk diri; bercakap dengan diri; mungkin juga untuk memberi sedikit kekuatan kepada mereka yang sedang melalui fasa yang sama dengan aku.

Aku tak mahu terus bersedih dan membiarkan orang lain juga bersedih. Cukuplah aku, dengan apa yang aku rasa. Biarlah mereka hilang sedihnya.

Sedih. Bila manusia berasa sedih, tentu aliran air mata turut sama dalam kesedihan itu.
Itu normal.

Tapi, walau macam mana cara sekalipun, harus kawal kesedihan itu.

Terjumpa doa menghilangkan dukacita. Selalu ada doa ni dekat astro oasis. Tapi, itulah.
Bila senang, lupa. Buat tak tahu. Sekarang,, baru hati ingin meminta semuanya.


Ampunkan hambaMu Ya Allah..




-Ini Doa Menghilangkan Duka. Semoga dapat bantu kita, sama sama untuk menghilangkan walau apa pun kesedihan dan kedukaan yang di alami. InsyaAllah..





Ya ALLAH..hilangkanlah dukacita
Singkapkanlah kesedihan
Tuhan Yang mengabulkan doa
Bagi orang-orang yang didalam kesusahan
Tuhan yang memberi Rahmat di dunia dan Akhirat
dan Tuhan yang mengasihi kedua-duanya
Engkau rahmatilah dengan RahmatMU
Kau kayakan aku dengannya(Rahmat ALLAH) daripadaMU


Amin...

4 comments:

Incik.Fahmi said...

Amin...masa slowly recover sedey yg ade...truskan berdoa,insyaAllah :)

Farah Mn said...

InsyaAllah,,
Ini juga balasan utk diri sendiri. Atas perbuatan diri sendiri dulu.
Karma hits me

Incik.Fahmi said...

ish3..amik mse muhasabah dri k,sy pun bnyk sngt kesilapan yg disengajakn...amik mse yg ade cover ape yg patut,gudluck :)

Farah Mn said...

InsyaAllah.
:)
Percaya dengan Allah, Qada' dan Qadr Nya..
Goodluck juga!