Assalamualaikum.
Dah lama jugak rupanya tak update entry kan. Before ni macam2 jenis entry ada. Gembira, bahagia, suka, tapi, jangan lupa. Di sebalik setiap suka itu, akan hadir juga suram. Dan sedih.
Bila kita terlalu suka, kita leka. Kita lupa Allah. Dan sebagai peringatan untuk kita, Allah tarik sesuatu daripada kita yang kita sangka bahagia, untuk kita dekat kepadaNYA.
Ya. Itulah hikmah disebalik setiap kekecewaan.
Bila bercinta, pasti semua ingin bahagia. Tapi, sedar tak sedar, cinta bagaimana yang kita pilih?
Yang diredhaiNya? Ataupun cinta yang dimurkaiNya?
Jujur, diri sendiri juga pernah merasakan cinta itu. Dan ternyata, mungkin jalan yang dipilih adalah salah. Dengan bercinta, diri jadi lupa dan leka. Dan Allah ditinggalkan. Itu diri saya sendiri. Tidak berniat untuk menunding jari kepada sesiapa. Berdasarkan cerita sendiri, ingin saya kongsi sedikit pengalaman dan cerita.
Memang. Setiap wanita ingin disayangi. dan dicintai. Itulah saya. Dan bila sekali kita jatuh cinta dan sayangkan seseorang, sepenuh perasaan dan pengharapan kita letakkan. Itulah saya. Obses dan terlalu mengharapkan. Hingga lupa, Allah, Yang Maha Kuasa. Pejam celik, Allah tarik rasa bahagia bercinta itu. Kerana manusia boleh berubah. Dan itu yang berlaku.
Bila kita sayangkan seseorang dan cintakan seseorang, tidak semestinya orang itu merasakan sama seperti kita. Kuasa Allah. Cinta manusia boleh berubah. Kunfayakun. Tiada apa mampu mengubah takdir. Jangan kita salahkan perubahan itu. Walau sukar bagaimana sekalipun, cuba lawan fikiran.
"Jangan menyalahkan manusia". Tapi hakikat, diri sendiri pernah menyalahkan. Ampunkan aku ya Allah. Aku tetap hambaMU yang hina dan lemah.
Jadi, apa cara yang terbaik? "Terima ketentuan Allah. Redha dengan ikhlas. Lepaskan dan doakan kebahagiaan dia". Mungkin, agak selalu kita dengar orang bercakap tentang ini. Dan ternyata, memang itu cara yang sebaiknya. Tak dapat dinafikan, ia memang SUKAR.
YA Allah, hanya KAU Yang Tahu betapa Sukarnya sesuatu itu. Dan hanya Kau yang Dapat mempermudahkan sesuatu itu.
Untuk melawan sukar? Hanya satu caranya. DOA. Ya. Berdoalah seikhlas hati. Menangislah sepenuh hati, dan luahkanlah segalanya kepadaNYA. Allah Maha Mendengar. Andai hati dan hidup pernah hitam, mohon keampunan dariNYA. Bertaubatlah kepadaNYA selagi kita masih bernyawa.
Sekali lagi, diri sendiri ini juga bukan asalnya begini. Pernah ada hitam di hati, kotor, cacat dan tercalar seluruh hidup. Tapi, Allah Maha Pemberi Rahmat. Allah Maha Mengampuni.
Walau bagaimanapun, diri sendiri ini juga masih banyak kekurangan. Masih terkial-kial berjalan. Masih menyesali segala dosa lalu. Terlalu banyak dosa hambaMU ini Ya Allah. Namun aku bersyukur, kerana aku masih diberi nyawa untuk menebus segalanya.
Bila kita sedar akan dosa kita? Bila kita diuji dengan dugaan. Dan, bila bercakap soal cinta, jujur dari hati, Cinta yang selama ini aku puja, bukan cinta untukNYA. Bukan cinta dijalanNYA. Dan mungkin, kerana itu Allah menarik balik cinta itu.
Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau hilangkan sesuatu yang tidak baik untuk ku. Dan aku percaya, Kau memberi peluang kepada aku untuk ke jalanMU. Biarpun, dalam hati masih ada rasa dan perasaan tidak selesa, sedih, kecewa, tapi, hati ini percaya, ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Dan kita harus KUAT melawan Godaan dunia. Melawan godaan cinta. Untuk mencari Cinta padaNYA.
Bila terjadinya sesuatu perpisahan, Berdoalah. Berdoalah supaya kita redha, dan berjaya melupakan dia. Semoga dia sentiasa bahagia dengan kehidupannya. Di sini, sekadar untuk berkongsi. Terjumpa di blog2 lain, dan rasanya elok juga kalau dikongsi bersama. Untuk kita amalkan. :)
Doa Putus Cinta. Cara untuk melupakan seseorang. Kerana dengan doalah, kita berbicara kepadaNya.
saya percaya, ramai yang merasakan perasaan sebegini. Sama2 kita amalkan. Dan berdoa, untuk terus kuat berjalan menuju ke jalan NYA.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Aku masih belum kuat. Aku masih tidak kuat. Tapi aku mohon untuk kekuatan itu. Kekuatan untuk melawan godaan menuju ke jalanMu. Dan redha dengan ketentuanMu, Ya Allah..
2 comments:
Dear Farah who deserve someone better,
Stop blaming yourself. Semua orang pernah buat dosa. Look forward. Selagi awak masih ada banyak perasaan bersalah dalam diri, i would say it nearly impossible to forget him in a short time. Your words said forget, but your mind and heart never follow. Have faith and trust in yourself. Saya doakan lelaki yang hensom dan setia utk awak =)
Dear anonymous,
InsyaAllah. :) Thanks. But, it's not sepenuhnya about him. Kdg2 renung diri sendiri, and muhasabah diri balik. How my life was bila terlalu puja n lebihkan sesorang sampai lupa diri. Lupa Tuhan. I know I mcm mana. And I admit, Syukur sangat sebab perkara ni berlaku.
Better untuk renungkan balik kesilapan diri daripada biarkan hati untuk salahkan orang. InsyaAllah. :) Jodoh manusia mmg awal2 lg dh ditetapkan.
Just have to betulkan diri dulu, in order to have a better life, than insyaAllah, someone better will come.
:) Thanks kamu.
Post a Comment